NADHIRAH memerhatikan ruang restoran itu dengan muka yang kosong tanpa perasaan. Dia sangat mengantuk kerana perlu mengikuti mama dan papanya ke perjumpaan syarikat mereka dengan syarikat lain. Ini bukan cerita klise ya, nak berjumpa dengan anak dato' dan dipaksa berkahwin.
Tidak sama sekali!
Kehadiran dia disini cuma untuk menemani. Nak duduk dirumah seorang diri, mama dan papanya tidak benarkan. Kata mereka, sangat berbahaya. Walhal, pembantu rumah dalam rumah itu bukan main ramai.
Dia pun bukannya budak kecil mahupun remaja yang perlu dikawal ketat lagi. Dia sudah berusia 24 tahun. Layak berkahwin, layak memenuhi keinginannya sendiri.
Lagipun, mama dan papanya bawa dia kesini bukan untuk meraikan hari-hari yang istimewa. Mereka cuma kisahkan syarikat mereka. Hal-hal yang memberi keuntungan. Semua benda yang memberikan mereka berdua pengalaman baru. Perkara yang tidak membosankan mereka berdua.
Match made in heaven. Merekalah itu.
Nak kata mereka cintakan duit, macam tak. Sebab kalau cintakan duit, mesti mereka kedekut nak berikan duit pada Nadhirah. Kad kreditnya pasti disekat. Akaun banknya pasti disemak setiap masa. Tapi, mereka tak buat semua itu.
Mereka cuma cintakan kerja. Mereka obses pada kerja. Workaholic.
"Sayang, kamu tak nak makan apa-apa? Banyak hidangan atas meja tu." Puan Sri Nabihah tiba-tiba sahaja datang menyapa anak perempuannya yang statik berada dimeja yang sama. Tidak berjalan mahupun meninjau makanan yang disediakan.
"Kenyanglah, ma. Tak apa, Nad duduk sini saje. Kalau Nad lapar, pandai-pandailah Nad ambi sendiri dari meja buffet tu." kata Nadhirah, lembut.
"Kamu bosan ya?" tebak Puan Sri Nabihah.
Nadhirah mempamerkan senyuman yang penuh rasa bersalah sebelum membalas, "Bolehlah."
"Kenapa tak bagitahu? Kalau tak mama dan papa boleh saje balik sekarang. Lagipun, semua perbincangan dah habis. Tinggal nak sign kontrak saje. Itupun ambil masa juga sebab mereka ada isu lagi yang nak dibualkan. Kamu faham-faham sajelah." usik Puan Sri Nabihah lalu tangannya mengusap perlahan bahu Nadhirah.
"It's okay, ma. Nad okey saje. Mama pergi sajelah habiskan hal mama tu. Nad tunggu mama dan papa dekat sini." ujar Nadhirah.
"Kalau kamu dah cakap macam tu, apa yang mama boleh buat kan? Okeylah, mama janji mama habiskan semua kerja mama cepat-cepat. Lepas tu, kita balik. Okey?" pujuk Puan Sri Nabihah.
Nadhirah hanya mengangguk dan pamerkan senyuman manis pada mamanya. Usai berbual, mamanya beredar mendapatkan Tan Sri Hasif dan kenalan mereka. Nadhirah memandang gelagat mereka semua dan menghela nafas perlahan.
Demi menghilangkan rasa bosan yang membara, Nadhirah membuka aplikasi Instagram. Walaupun macam bosan sebab menghadap gambar kawan-kawan yang tiada makna apa-apa itu, namun dia tetap memaksa dirinya untuk menatap gambar itu. Nak hilangkan bosan, itulah caranya.
Ketika Nadhirah ligat scroll semua gambar-gambar, jari runcingnya berhenti pada sebuah gambar yang di-post kelab kaunseling universiti mereka bersama caption,
Aktiviti di Hari Menghargai bersama 20 orang pelajar yang terpilih!
Nadhirah bukan kagum atau rasa rugi kerana tidak mengikuti majlis itu. Namun, matanya laju sahaja menangkap wajah teman lelakinya yang turut berada disana. Iyalah, semua orang tahu yang majlis itu diadakan untuk mereka yang solo mencari kawan. Dan, Zahran bukan lelaki solo.
Dia dah ada kekasih. Nadhirah ialah kekasihnya.
Emosi Nadhirah kosong. Dia bukan tak ada perasaan, tapi dia dah lali akan situasi ini. Dia tahu yang Zahran sering bermain cinta dengannya. Kata-kata manis dari bibir itu tiada walau satu pun yang ikhlas. Percaya atau tidak, dia sering dicurangi. Bukan sekali atau dua kali, malah berkali-kali.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...