SUDAH beberapa hari sejak Damia sedarkan diri dari pengsan, tetapi dia masih belum dibenarkan keluar oleh doktor yang menjaga termasuklah papa sendiri. Jadi, terpaksalah dia menghadap segala kebosanan dengan merenung tingkap. Tingkap pula cuma menghidangkan pemandangan kawasan parkir kereta untuk pelawat dan kakitangan hospital.
Apalah, bagi pemandangan yang gempak sedikit. Seronok jugalah nak lepak hospital lama-lama. Ini tidak, bagi pemandangan yang kosong dan sendu. Buat dia rasa macam nak lari hospital lagi adalah. Fuh, kuatkanlah semangat ini.
"Assalamualaikum." sapa satu suara.
"Waalaikumusalam." balas Damia, malas. Suara itu datang dari Puan Azila, mestilah dia kenal. Kerana itu jugalah, dia memilih untuk tidak menoleh. Buat sakit hati dan bernanah jiwa sahaja memandang.
"Mama ada bawa bubur untuk Damia makan. Adalah sikit lauk-lauk macam lobak masin dengan ikan bilis kalau kamu nak rasa masin-masin sikit. Tapi, tak boleh banyaklah." seloroh Puan Azila. Dia meletakkan beg kertas berisi bekal makanan keatas sidetable hospital. Dia keluarkan satu persatu bekal yang berisi makanan.
"Saya tak ada seleralah. Buat apa bawa makanan lagi? Makanan hospital pun saya tak makan, inikan pula makanan yang aunty bawa." rungut Damia.
Puan Azila mencuri lihat makanan hospital yang terbiar sejuk diatas cardiac table. Betullah, Damia memang langsung tidak menjamah makanan yang disediakan pihak hospital kepadanya. Untuk seketika, dia termenung sahaja melihat makanan yang dia bawa. Kalau itu pun Damia tidak mahu, inikan bubur buatannya.
"Damia tak nak makan bubur ya?" soal Puan Azila.
"Aunty ni memang tak faham bahasa ke atau tak nak faham?" Damia menyoal dengan kasar. Orang memang tidak mahu makan dan tiada selera, sibuk juga nak bertanya. Entah apa-apa. Nak kata buta, elok sahaja dia datang sini tanpa bertongkat.
Puan Azila tersenyum kelat apabila disoal begitu. Tan Sri Naim yang baru sahaja masuk kedalam wad Damia, terus tertunduk merenung lantai apabila isterinya itu disoal dengan kasar.
"Damia, mama tanya sebab dia risau. Lagipun, Damia belum fully recovered jadi mama nak pantau gaya pemakanan Damia supaya lebih teratur." nasihat Tan Sri Naim dan menapak kearah katil Damia perlahan. Kemudian, dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Damia.
"Risau, my butt." sindir Damia, perlahan.
"Erm sayang, tak apa. Biar saya yang suap dia makan. Awak duduklah dulu." kata Tan Sri Naim.
Mangkuk bubur yang berada diatas cardiac table diambil dan dibuka. Kemudian, dia mencedokkan bubur itu dan disua ke mulut Damia. Tetapi, Damia tetap begitu juga. Tidak mahu membuka mulut dan memberi kerjasama.
"Makanlah, lenguh tangan papa ni tau." pujuk Tan Sri Naim. Lama Damia membiarkan dia memegang sudu itu di udara.
"Nanti Damia makanlah, papa letak sajelah dekat sana." kata Damia. Hatinya merungut kecil melihat dia dipaksa seperti kanak-kanak.
"Kalau biar dekat sana, nanti Damia tak nak makan langsung. Kesian mama tau dah masak dekat rumah tu dan sakit kepala dia nak cari menu sesuai untuk Damia. Damia kena isi perut juga sebelum makan ubat. Boleh ya, Damia? Damia baik kan? Damia anak papa, kan?" Tan Sri Naim mengusik seperti bapa yang melayan anak perempuannya berusia 5 tahun pula.
"Apa papa ni? Damia dah besarlah." cebik Damia.
"Apa lak? Semua ayah akan nampak anak perempuan dia kecil lagi tau. Tak apalah, papa akan gantung sajelah tangan papa dekat sini. Lenguh pun lenguhlah. Janji Damia setuju juga nak makan." kata Tan Sri Naim. Dia membiarkan tangannya yang masih memegang sudu itu berada diawangan tanpa sokongan sampai tangannya terasa pedih kerana lama sangat bergantungan dihadapan muka Damia.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...