SHAUQI dan Fatin meluangkan masa bersama pada hujung minggu itu. Pusat membeli belah menjadi tempat pertama mereka sebagai couple. Dan apa yang paling mengejutkan ialah Shauqi sentiasa belanja dan menggunakan duitnya walaupun sentiasa ditegah oleh Fatin. Fatin tidak selesa bila ada yang sudi berbelanja deminya, risau dicop mata duitan.
Banyak tempat yang Shauqi bawa termasuklah ke butik pakaian yang mahal serta barang kemas. Namun, Fatin menolak untuk dibelikan sebarang barang kemas. Macam over-lah pula, kan?
Setelah berbelanja di merata tempat, mereka berdua bersetuju untuk ke kedai makan pula.
"Awak ada craving apa-apa tak? Saya ikut awak saje." ujar Shauqi.
Fatin meninjau ke sekeliling ruang pusat membeli belah itu. Kedai yang sama sahaja yang muncul pada pandangannya. Kalau tak McDonalds, KFC, atau Burger King. Haish, dah habis fikir dah ini. Namun, tetap dia tidak dapat fikirkan kedai selain kesemua restoran yang disebut tadi.
"Erm... saya pun tak ada idea-lah nak makan apa." kata Fatin, kekok. Sambil tangan sibuk menggaru kepala yang berbalut tudung bawal.
"Macam mana ni? Tapi, perut lapar. HAHAHAHA." Shauqi ketawa untuk menutup rasa kekok.
"Biar saya fikir..." Fatin menggumam sambil tangan mengusap dagunya seolah-olah ada janggut disitu. Mata dikecilkan memandang wajah tampan Shauqi.
Namun, entah bagaimana wajah Damia pula yang muncul.
"Apa yang kau minat sangat dengan makanan Korea ni? Dahlah pedas, sakit perut aku." omel Damia. Dia tidak berhenti mengurut perutnya yang terasa pijar dan berasap dari dalam. Fuh, menyengat betul ramen dan ayam goreng ini. Warna merahnya pekat menyala.
"Sedaplah! Pedas sikit tu biasalah." kata Fatin.
"Pedas sikit kau cakap? Nak tercirit aku melantak ayam goreng merah menyala ni tau." kata Damia.
"...saya tahu kita nak makan apa!" kata Fatin.
Shauqi menjungkitkan keningnya. Tidak sabar dan teringin hendak tahu apa yang ada dalam benak fikiran Fatin sampai ambil masa yang begitu lama untuk makan. Dan Fatin pula mempamerkan senyuman penuh manis dan dalam masa yang sama, ekspresinya sungguh memberi maksud yang merisaukan ya.
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
Beberapa hidangan yang terhidang diatas meja makan ditatap dengan fokus. Tidak lepas langsung mata Shauqi merenung setiap makanan-makanan asing itu. Selalu juga dia nampak budak-budak perempuan makan, tapi tidak pernah sekalipun dia menunjukkan minat untuk rasa sebab takut dengan warnanya yang begitu menyerlah. Nanti tidak pasal-pasal meriah pula tandasnya malam-malam buta.
"Merah betul warna makanan-makanan ni." ujar Shauqi.
Fatin mempamerkan senyuman manis mendengar kata-kata Shauqi. "Orang Korea memang pro kalau makanan-makanan pedas ni. Dan tadi awak ada tanya saya kan kalau saya craving apa? Inilah apa yang saya tengah craving."
"Lain macam selera awak ni. Kesian jamban saya." seloroh Shauqi. Mendengarkan gurauan Shauqi itu, Fatin terus sahaja ketawa.
"Awak cubalah dulu. Serius saya cakap, semua ni sedap-sedap! Kalau awak tak nak pedas, awak boleh rasa tteobokki dia. Tak pedas sangat sebab ada cheese yang tolong cover rasa tu. Lepas tu, rasa dia manis-manis sikit. Insha Allah awak boleh telan." kata Fatin.
Shauqi menelan liur sambil menganggukan kepala. "Baik, saya cuba!"
Shauqi mencapai chopsticks yang berada disisi mangkuk. Kemudian, laju sahaja chopstick-nya cuba untuk mengepit rice cake yang sangat licin dan agak sukar untuk diangkat. Namun, melihatkan betapa hebatnya Fatin mengepit dan makan seperti manusia normal, buatkan Shauqi rasa tercabar.
YOU ARE READING
Through Our Metaphysics ✔
General FictionTale No. 2 : Through Our Metaphysics mengisahkan tentang enam watak berbeza yang melalui pahitnya kejujuran dan manisnya penipuan yang direka mereka sendiri. Through Metaphysics for a Second Chance mengetengahkan kisah diantara Shauqi dan Fatin yan...