Alayya Dafeena raba tempat tidur di sebelah. Kosong. Perkara itu buat Alayya langsung buka mata dalam keadaan terkejut.
Berkerut kening wanita ini saat lihat tempat tidur suaminya kosong. Tak tunggu lama, Alayya lantas bangun, tolak selimut ke tepi untuk cari sang suami.
Dalam hati, gadis ini tak berhenti memohon agar suaminya ada di dalam rumah dan bukannya keluar ke operasi.
"Abang?" Alayya buka pintu bilik sambil panggil Ezzaq tanpa henti.
"Abang?" seru Alayya lagi.
Serentak itu, Alayya terdengar bunyi kerusi berlaga dengan lantai rumah. Mata Alayya lantas memandang ke arah meja makan mereka.
"Kenapa sayang?" Ezzaq tampak risau memandang wajah Alayya. Laju saja kaki menapak hampiri sang isteri.
Alayya lepaskan nafas lega. Rambut di sisir ke belakang telinga sebelum dakap tubuh Ezzaq.
"Kenapa, sayang? Sayang mimpi buruk?" Ezzaq usap tubuh belakang isterinya, mahu menenangkan apa saja perasaan Alayya sekarang.
"Layya ingat abang keluar pergi operasi. Tempat tidur abang kosong," cerita Alayya bersama nada rendah.
Ezzaq tersenyum kecil.
"Abang tak akan pergi secara tiba-tiba dah. Abang janji, abang akan beritahu sayang dulu sebelum abang pergi." Ezzaq tahu dirinya salah kerana pernah menghilang begitu saja tanpa beritahu Alayya terlebih dahulu.
Ezzaq faham sekarang. Alayya lebih rela di ganggu tidurnya daripada Ezzaq tiba-tiba hilang tanpa jejak.
Perlahan-lahan, pelukan Alayya terlerai. Gadis ini lihat meja makan mereka, Ezzaq makan ke? Kenapa lelaki ini berada di luar?
"Abang...buat apa?" Alayya buka langkah semula, lihat benda yang Ezzaq lakukan.
"Abang tak boleh tidur, itu yang abang cari benda untuk di buat"
"Asingkan ubat lagi? Layya dah nak bersalinlah abang..." terbit senyuman pada bibir Alayya sebaik lihat ziplock beg kecil yang sudah berisi vitamin-vitamin Alayya.
"Abang tahu, abang saja asingkan lebih banyak. Biar terlebih, jangan terkurang." Ezzaq tarik kerusi, mahu Alayya duduk daripada terus berdiri.
"Ingatkan abang makan." Alayya kembali cari wajah sang suami.
"Dah pukul 3 pagi sayang. Tak pernah lagi abang makan sepagi ini." Ezzaq sambung buat kerjanya.
"Tahu pun dah pukul tiga pagi. Jadi kenapa abang masih tak tidur?"
"Abang tak tahu. Abang terlalu nervous untuk tidur. Abang rasa bila-bila je sayang boleh pop!" Ezzaq hanya beritahu saja puncanya. Bila difikirkan, memang akan buat bulu roma berdiri tegak.
"Arkh!" Alayya lantas pegang perut.
Refleks, Ezzaq berdiri, lihat isterinya di sebelah.
"Gurau bang gurau..." pecah tawa Alayya lihat muka cuak Ezzaq, dengan mata terbeliak besar. Alahaih...seperti Ezzaq pula yang akan bertarung nyawa dalam bilik bersalin nanti.
YOU ARE READING
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI
ActionEzzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata mas...