84

18.4K 610 15
                                    

Tak berhenti Ezzaq cium anaknya yang baru selesai mandi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tak berhenti Ezzaq cium anaknya yang baru selesai mandi. Wanginya bukan main, buat sesiapa saja obsess dengan wangian tersebut.

"Geramnya ayah." Ezzaq cium si kecil ini buat kali terakhir sebelum bawa masuk ke dalam bilik.

Pakaian perlu dipakaikan dengan segera, risau jadi perkara lain pula nanti.

"Lihatlah, pegawai Inspektor kita dah bertukar watak, memakaikan pampers anak." Alayya menegur daripada meja solek sebaik lihat sang suami sedang siapkan Eusof di atas katil.

Ezzaq tertawa kecil. Kalau lihat secara rawak pun, memang agak kelakar. Ezzaq mandikan Eusof sambil memakai uniform polis lengkap, semuanya kerana mahu terus ke tempat kerja selepas ini.

Alayya ikat rambutnya agak tinggi daripada biasa, lalu dapatkan Ezzaq yang sedang membongkok tanpa sudah, mahu pakaikan Eusof pakaian.

"Abang pergilah kerja, sayang boleh uruskan," kata Alayya.

"Tak apa, sikit lagi." Ezzaq selesaikan urusannya dahulu, barulah tenang mahu tinggalkan rumah.

"Harini luka sayang macam mana? Masih ngilu?" Ezzaq beri tumpuan pada Alayya sambil gendong sang anak yang masih celik.

"Lebih better daripada sebelum ni. Sayang rasa sayang dah boleh berdiri lama sikit kalini"

"Kalau tak boleh, jangan paksa. Kalau perlukan rehat, rehat saja. Abang dah masakkan makan tengah hari, sarapan untuk sayang pun ada. Kalau ada masa, tengah hari nanti abang balik. Kalau tak sempat, abang akan mesej sayang, beritahu abang tak sempat balik. Apa-apa call abang." Ezzaq berdiri betul-betul di hadapan Alayya.

"Baik Inspektor"

"Sayang, sayang tahu tak sayang lebih cantik pakai macam ni?" pandangan Ezzaq berubah redup, kuyu merenung wajah polos Alayya.

"Macam ni? Berkain batik, sanggul setinggi menara Kedah." Alayya pegang rambut yang sudah diikat sekuat mungkin.

Ezzaq mengangguk.

"Ya, cantik sangat. Berseri muka." Ezzaq cubit pipi Alayya dek kegeraman.

"Bahaya abang ni." Alayya alihkan tangan Ezzaq.

"Abang tak merbahaya, jangan risau. Abang lebih daripada mampu untuk berpuasa." Ezzaq tengok Eusof di dalam dukungan.

"Jangan makan luar." Laju saja tangan Alayya naik memukul pinggang sang suami.

"Tak akan pernah," jawab Ezzaq serius.

Serentak itu, telefon Ezzaq berdering minta di angkat. Tubuh Eusof agak tersentak dek terkejut. Menangis si kecil itu dek bunyi bingit yang tiba-tiba menyerang telinga.

"Meh." Alayya sudah bersedia untuk ambil Eusof.

Ezzaq tidak menolak. Pasti rakan kerjanya juga yang hubungi seawal pagi ini.

[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAIWhere stories live. Discover now