Part 1

27K 382 12
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Turun dari Kiwi Arts Studio yang terletak di tingkat 1, Widya menyusuri koridor di depan lot-lot kedai di bangunan yang sama.
Langkahnya terhenti di depan cermin kaca 7-eleven lalu membelek jam tangan baby G-shocknya. Sudah melebihi jam 10.00 malam. Kebanyakan kedai sudahpun ditutup kecuali restoran mamak yang jarang dia masukinya. Ah! Laparlah pulak perutnya. Di rumah, stok barangan dapur juga sudah habis licin semalam.

Widya bergerak ke pintu masuk 7-e. Fikirnya mahu membeli sedikit makanan ringan, roti dan juga jem untuk dibawa balik.
Baru hendak mencapai pemegang pintu kaca, ada tangan lain yang sudah membukanya dari dalam.

Pandangan Widya terpaku pada lelaki yang hendak keluar dari kedai serbaneka itu.

Redza juga pegun hendak melangkah. Masing-masing berpandangan dengan mata yang seakan melekat di antara satu sama lain. Dadanya tiba-tiba bergetar dipukau sepasang mata bulat yang dengan alis mata melentik. Hidung mancung terletak lengkap bersama pakej bibir terbentuk cantik.

Pelik! Tak pernah lagi dia terpesona pada kecantikan seorang gadis tanpa sebarang solekan. Lipstik samar di bibir juga seakan sudah tak kelihatan. Ya! Jarang sekali dia bertemu dengan seorang perempuan yang punyai kecantikan asli seperti gadis yang terpacak di depannya bagaikan patung.

"Ehem!" Redza legakan tekak yang terasa tersumbat. Mahu menegur dengan cara apa?
Hai atau... Assalamualaikum?
"Ladies first!" Dia menundukkan sedikit kepala lalu meminggir ke tepi.

Widya tersentak. Dia turut sama dibawa perasaan sebentar tadi.
"Thank you," ucapnya sambil senyum singkat di hujung bibir. Hidung Widya sempat menghidu wangian yang sangat maskulin ketika dia melewati dada bidang lelaki itu.

Setelah memastikan Widya sudah sepenuhnya berada di dalam kedai, Redza pun melangkah keluar. Dia berdiri sekejap di depan pintu kaca lalu mengintai ke dalam. Nampak gadis tanpa nama yang bertembung dengannya sebentar tadi sedang memilih snek di rak.

Fuh! Mujurlah dia sudah selesai membuat urusan pembelian barang 'penting' tadi sebelum gadis itu muncul. Jika tidak, malu besar dia.

Selesai bermonolog sendiri, Redza masuk semula ke dalam 7-e. Bukan hendak membeli barang lagi, tapi tujuan utamanya mahu mengekori si cantik yang sudah membuatkan hatinya terpaut. Dia bergerak ke rak lain buat-buat membelek majalah sambil matanya mengawasi segala gerak-geri gadis itu.

"Hai Bob!" sergah Widya pada cashier yang sedang mengira wang-wang kertas di dalam mesin register. Segala makanan ringan dan juga biskut dilambakkan di atas kaunter.

"Widya! Huh, terkejut aku! Banyaknya borong? Siang malam kau makan junk food je ke?"

Widya tergelak.
"Ha ha! Pandailah kau buat lawak. Kalau siang malam aku mengadap ni je, mau tulang aku reput semua. Eh! Jangan kira lagi tau, aku nak ambil slurpee jap!"

Tergeleng kepala Bob dengan perangai Widya yang tamak.

Redza senyum lebar. Untung juga dia masuk semula ke dalam kedai. Tak perlu bersusah payah interview, dah dapat dah nama si cantik itu tanpa sengaja.
'Widya!' memang kena sungguh sebaris nama itu dengan empunya diri.

ESCORTWhere stories live. Discover now