Pintu bilik pejabat Maslina, Widya ketuk dan Maslina menyuruh dia masuk.
"Ha Wid? lama kak Mas tak nampak Wid, kenapa dah lama tak datang?"
"Sibuk sikitlah Kak Mas."
"Untung banyaklah tu dekat galeri Setia City Mall sana?"
"Boleh tahanlah! Kids centre, tak menang tangan staf nak melayan. Er... Fiq mana Kak Mas? Wid tak nampak kereta dia pun dekat luar?"
"Tunang dia ajak keluar. Cari barang-barang untuk kahwin. Fiq tukar syif petang hari ni."
Mendengar perkataan 'tunang' dan 'kahwin' itu, perasaan Widya dilanda sayu. BFF nya pun sudah mahu berkahwin walaupun usia Fiq baru mencecah 24 tahun. Muda-muda sudah bertemu jodoh.
Dia? entahlah! Masih menunggu putera dari kayangan agaknya.
"Wid! Lah, termenung pulak dia. Alex apa khabar?"
"Alex? Er.... macam tulah!"
"Aik.... semacam je Kak Mas dengar? Korang gaduh ke?" sama saja soalan Reene mengenai Alex sebelum ini.
"Tak! tak gaduh. Kami biasa-biasa je. Alex... ermmm, asyik outstation sejak kebelakangan ni. Kami dah jarang berjumpa."
"Kak Mas rasa, korang berdua dah patut fikir pasal kahwin."
"Kenapa Kak Mas cakap macam tu?"
"Alexander tu baik orangnya, Wid. Kenapa Wid tak nak serius dengan hubungan korang? Kadang-kadang Kak Mas rasa yang Wid hanya gunakan Alex."
"Gunakan untuk apa pulak?" apa maksud Kak Mas menuduh dia sebegitu?
"Untuk show-off pada orang ramai yang Wid dah boleh hidup normal. Wid dah boleh berpacaran dengan orang lain tapi hakikatnya Wid tipu diri sendiri."
"Sebab ni ke, Kak Mas suruh Wid datang jumpa Kak Mas? Nak pertikaikan hubungan Wid dengan Alex?"
Maslina terkulat-kulat. Perlu ke dia beritahu Widya yang Tengku Redza datang menemuinya beberapa hari lepas?
"Kak Mas mintak maaf, Wid. Kak Mas nak tengok Wid bahagia. Kalau boleh Kak Mas tak mahu Wid asyik digelung bayangan Redza."
"Wid dah cukup dewasa, Kak Mas. Diri Wid, masa depan Wid, biar Wid yang tentukan sendiri. Perasaan Wid pada Alex, zero percent. Ya... Alex lelaki terbaik yang Wid pernah jumpa. Wid sayang Alex, sayang sebagai seorang kawan. Macam.... Wid dengan Fiq."
"Tengku Redza dah balik, Wid." Maslina tak boleh berrsabar lagi. Dia harus sampaikan berita ini dan mahu menyuruh Widya hindarkan terus dirinya dari Redza.
Widya terkesima.
"Macamana Kak Mas tahu?"
"Macamana Kak Mas tahu? Maksudnya......"
"Wid terserempak dengan Redza. Dah dua kali. Pertama kali dalam lif, dan kedua.... dekat majlis kahwin kakak Reene."
"Oh!" Maslina mati kata. Harap-harap Widya tak tahulah yang Tengku Redza dan isterinya Tengku Nelly Zehra sudah lama bercerai?
Maslina bimbang hubungan telarang antara Tengku Redza dan Widya bakal bertaut kembali.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...