Part 94

3.6K 118 11
                                    


Sambil mengikat tocang ekor kuda, Widya sengaja melengahkan masa berlama-lama di depan cermin. Hatinya seakan berat mahu keluar. Membayangkan Redza ada di sana bersama anak kembarnya, lagilah dia rasa tak tenteram. Untuk bersua-muka dengan anak-anak Redza, pasti mengingatkan dia kepada Nelly.

Janji Redza dulu tak mahu dengan Nelly. Kononnya lah kan? Sekarang tengoklah! Bukan satu, tapi dua orang sekali gus yang lahir dari rahim Tengku Nelly Zehra. Itupun, hari ini dia baru dapat tahu yang Redza ada anak kembar sebab dia tidak pernah bertanya.

Mana tak nya? Setiap kali mereka berjumpa, walaupun berakhir dengan nafsu asmara di atas katil, pastinya mereka bertelagah. Redza lebih banyak tahu tentang perkembangan Widya sedangkan perihal Redza, dia tak pernah dedahkan.

Ruang makan yang besar, Widya jejaki. Masing-masing menyorot pandang ke arahnya. Di atas meja, ada 3 biji kek sedang menunggunya.

"O.k. dah boleh mula dah. Najmi, switch-off the fan please?" suruh Budriz dan Najmi dengan segera mengikut arahan.

Hasya menunggu di depan kek berwarna pink sambil mendokong Harlis. Wardah duduk di tengah-tengah dengan sepasang kembar. Yang lelaki saling tak tumpah dengan wajah ayahnya, Tengku Redza Naufal. Yang si cilik kembar perempuannya pula, sangat cantik dengan mata bulat dan alis melentik. Makin Widya amati, semakin tidak keruan jadinya. Wajah itu mengingatkannya kepada seseorang. Nelly Zehra? Bukan!!!

"Come Widya. Today is also your birthday, right?" Redza menadah tangan Widya, membawa Widya mendekati kek yang berhias dengan lilin bernombor 2 dan 3.

Widya termanggu-manggu. Dia lupa yang hari ini hari jadinya. Juga hari jadi anak-anak kembar Redza. Baru dia teringat. Sewaktu dia menunggu Redza untuk sama-sama menyambut harijadinya yang ke-21, Redza sedang berada dalam bilik pembedahan menyambut kelahiran si kembar.

Kenapa dia lupa semua itu? Salah Hasya, kerana Hasya menjemputnya untuk majlis ulangtahun anak perempuannya, Harlis.

Happy birthday to you.....

Happy birthday to you.....

Ramai-ramai menyanyikan ucapan selamat untuk mereka berempat. Sesudah lilin terpadam, Wardah, Effa dan Hasya sibuk memotong kek dan membahagi-bahagikan kepada semua yang ada. 3 biji kek, macam manalah mahu dihabis kesemuanya?

"Hasya.... mana you tahu pasal my birth date?" Widya mengganggu kerja Hasya seketika.

"Oh! Redza pernah cerita, dia sengaja pilih tarikh pembedahan Nelly sama tarikh dengan your birth date. He loves you very much, Widya."

"I see...."

"You belum kenal lagi Rara dan Raiqal, kan? Pergilah jumpa mereka. The twins are lovely. Like you....."

"Apa kaitan dengan I? mereka berdua anak Nelly dan Redza,"

"Just go! Tu.... Redza tengah layan the twins tengok kartun." Hasya menolak tubuh Widya ke arah ruang rehat tidak berapa jauh dari meja makan besar itu.

"Hai," tak tahu bagaimana mahu menegur Redza yang sedang mengajak anak lelakinya berbual. Si comel Rara, sedang ralit menggoyangkan badan mengikut lagu 'Shark Do Do-Ping Fong' yang sedang terlayar di skrin TV.

"Duduklah! Meet my twins. This is Tengku Raiqal Mirza dan yang sebelah you ni, Tengku Rara Aruna." Redza menyebut satu-persatu nama anak kembarnya dengan mata yang bercahaya.

Widya telan liur bila Redza menyebut nama 'Rara Aruna'. Redza menamakan anak perempuannya sempena nama kedua Widya?

Si comel Rara, Redza raih ke pangkuan sendiri. Memberi ruang kosong untuk Widya duduk lebih rapat kepadanya.

Widya kelu. Masih tercari-cari ayat untuk memulakan bicara kerana tadi Redza menunjukkan reaksi tidak berapa senang akan kehadirannya di sini.

"You mesti terkejut bila nampak Rara tadi, kan? Wajah Rara saling tak tumpah macam you."

"Er.... ha ah! Mungkin, sepanjang Nelly pregnant, you asyik teringatkan I," Widya cuba berlucu. Mendiang mummy pernah cakap dulu, wajahnya iras mummy sebab daddy suka sangat renung wajah mummy sewaktu mummy mengandungkannya.

"Rara and Raiqal anak you, Widya. Our children!" bisik Redza selepas dia mendekatkan bibirnya ke leher Widya.

"What? I tak percaya. How could that happened?" bingkas Widya bangkit dari sofa. Saratkepalanya untuk berfikir. Langkah demi langkah yang diatur untuk ke biliknya terasa sunguh berat dan sumbang.

Ruang rehat ini juga terasa berpusing-pusing dan pandangannya semakin kelam.

"Widya!!" Redza alihkan Rara ke sofa, di sebelah abangnya. Dia bangun menerpa Widya yang sedang terhuyung-hayang.

Jeritan Redza menggamit ahli keluarga lain yang masih lagi berbual di ruang makan. Bila mereka sampai di hadapan TV, Widya sudah terbaring lesu di pangkuan Redza.

"Widya pengsan," beritahu Redza. Dalam kecoh itu, Redza paut bawah lutut Widya dan mencempung Widya ke bilik Widya.

Wardah berserta pengasuh anak-anak Redza yang mereka panggil Che' Nin mendapatkan kedua-dua beradik kembar itu. Rara yang tak mengerti apa-apa hanya tersengih bila Che' Nin mendepangkan tangan lalu mendukung Rara.

ESCORTWhere stories live. Discover now