Part 101

4.4K 106 3
                                    


Malam menjelma, Reene tiba di unit apartmen Widya dan mendapati kawan merangkap bosnya itu masih tertidur pulas.

Segera dia mengejutkan Widya untuk mandi air panas dan juga makan bubur yang dibawa dari rumahnya.

"Lamanya aku tidur," bebel Widya lalu bangkit dari katil. Kini, tubuhnya terasa sedikit segar, tak seperti sewaktu baru keluar dari klinik petang tadi sehinggalah dia berjalan pun kena papah.

"Mandi air panas tau! Biar tambah segar badan kau," pesan Reene dan Widya mengangguk. Reene memanglah seorang kawan yang baik.

Sewaktu sedang makan bubur di dapur, Reene merenung Widya yang menyudu dengan lahap sekali. Sebelum dibenarkan pulang petang tadi, Widya hanya diberikan susu oleh pembantu klinik dan dilarang menyentuh makanan pejal.

"Babe,"

"What?" Widya angkat muka menentang wajah Reene yang sedang tunak merenungnya.

"Aku faham kenapa kau tak nak Redza tahu pasal miscarriage kau ni, but how about Iqbal and Uncle Wildan? Mereka berdua famili kau, Wid."

"Aku.... aku malu dengan Uncle Wildan. Aku tolak lamaran Alex di depan Unlce Wildan dan Eva. Aku berkeras yang aku hanya mahukan Redza. And look at me now? You know how stupid I am?" mangkuk bubur yang sudah kosong, Widya kuis ke tepi. Dia menggogoi semula.

"Sudahlah babe. Kau buat aku rasa bersalah pulak sebab ambil Alex dari kau,"

"Don't you feel bad about Alex. Dari mula kenal Alex, aku dapat rasa aku tak mampu serahkan hati aku buat Alex. Alex deserve someone better,"

"Aku faham. Please stop crying. Kau tak dengar ke nasihat Kak Mas petang tadi? Kalau kau terus macam ni, kau boleh dapat sakit."

Widya senyum kelat. Cuba melindungi hatinya yang terhiris teruk!

Sampainya hati kau, Redza!

#########

2 hari Reene menemani Widya siang dan malam, maka hari ini Reene terpaksa meninggalkan Widya keseorangan. Bimbang juga jika dibiarkan Kiwi Art Gallery dan Kid's Centre tanpa pantauan. Walau staf-staf mereka boleh dipercayai, tapi harus juga diawasi.

Bak kata pepatah: 'Kucing tiada, tikus pun menari-nari'.

Reene senyum kecil bila teringatkan pepatah lama itu. Serasakan comel bila terbayang watak tikus dan kucing dalam kartun 'Tom & Jerry' semasa dia kecil.

Ketenangan Reene di pejabat terganggu oleh kedatangan Tengku Redza Naufal secara melulu. Di belakang Redza, muncul Azita bersama wajah serba-salahnya.

"Maaf, saya dah cuba tahan dia supaya tak ganggu Cik Reene tapi Encik ni tak nak dengar cakap saya."

"Tak apa Azita. Biar I yang handle. Tolong tutup pintu bilik dan awak boleh sambung keja."

"Baiklah Cik Reene. Saya keluar dulu,"

Reene mengangguk dan setelah pintu sudah tertutup rapat, dia terus berdiri dan mencerlung Redza dengan garang.

"Where is she?"

"Who?" Reene buat-buat tak faham. Lelaki ego seperti Redza tak patut diberi muka.

"You tahu siapa yang I cari. Come on, Reene. Dekat mana you sorok Widya? I kena jumpa dia."

"Apa lagi yang you nak dari Widya?"

"I love her and I want her deeply,"

"Are you sure, Mister Redza? After you hurt her feelings so bad?"

"Apa yang you tahu pasal kami?" dia dan Reene berbalas tanya.

"Kesemuanya, Redza. Widya tinggalkan Alex untuk you. Tapi tengok apa yang you dah buat?"

"I know, I'm so damn stupid to let her go. Please Reene. Tolonglah I untuk kali ni je. Kalau betul-betul Widya dah tak boleh terima I, I akan pergi jauh dan I tak akan ganggu dia lagi."

"Promise?"

"I janji. Beritahu Widya ada dekat mana. I dah pergi Trefoil unit tapi key slot Widya dah tukar pada yang baru,"

Reene senyum segarit. Memang patut Widya buat begitu.

"Nah! Ambil I punya."

"Kenapa dia beri you simpan kunci rumah dia?"

"She holed up in the house and please don't ask me why,"

Dalam terpinga-pinga, Redza capai juga kad yang Reene letakkan di atas meja. Kenapa Widya berkurung di dalam rumah sehinggakan dia menekan loceng beberapa kali pun, Wdya tidak hiraukan?

"Thanks Renee. I owed you this!" Redza lambaikan key card di tangannya.

"Yeah! You owed me.... a bunch of Widya's happiness, Mister!" laung Reene sebelum Redza menutup kembali pintu biliknya.

%%%%%%%%%%

Iphone yang berada di tepi bantal, bergetar dan Widya tersenyum pahit bila mendapati nama Fiqri tertera di skrin.

"Hello!" Widya menyambut panggilan Fiqri. Takkanlah dia mahu menghindari semua orang di sekeliling kerana kecewa dengan Redza?

"Wid! Aku baru dapat berita pasal kau. Maaf, aku tak ada dekat situ. Aku balik kampung Amira nak uruskan pasal kenduri kahwin kami,"

"Tak apa, Fiq. Kau telefon aku ni pun, dah cukup baik. Thanks!" Widya sebak semula. Walau sibuk dengan urusan pernikahannya pun, sempat lagi Fiqri menelefon.

"Kalau aku dapat jumpa Redza tak guna tu, memang aku 'bagi' dia cukup-cukup. Tak sudah-sudah dia nak sakitkan kau. Dua tahun dia hilang, lepas tu datang semula semata-mata nak balas dendam pada kau ke?"

"Dah Fiq, bukan salah dia sepenuhnya pun! Aku yang salah! Aku yang bodoh kerana taksub sangat dengan cinta Redza. Aku tak larang bila dia datang dekat aku. Dan aku tak bantah bila dia sentuh aku, akhirnya.... aku yang sakit sendiri, Fiq!" Widya tak dapat menahan tangis lagi. Segalanya dia hamburkan kepada kawan baiknya yag sudah dia anggap sebagai seorang abang.

"Aku nak sangat jumpa kau, Wid. Walau aku tak pandai nak pujuk perempuan, tapi aku boleh pinjamkan bahu untuk tadah air mata kau."

"Jangan Fiq! Kau tak boleh datang sini. Kau dengar luahan aku kat phone ni, dah cukup untuk aku." Widya kesat air mata yang tak henti-henti mengalir. Sudah 3 hari dia meledani kesedihan sendiri. Dia lupa akan nasihat Kak Mas supaya jangan terlalu stress.

ESCORTWhere stories live. Discover now