Terhenti langkah Redza bila Widya dengan drastiknya berpaling menghadapnya.
"Er... encik? Boleh saya dapatkan nombor Encik?" telefon yang dipegangnya, Widya dorong ke depan Redza."Untuk apa?" Redza buat-buat terkejut padahal dia gembira sangat dengan permintaan yang tak disangka-sangka itu.
"Esok.... encik text saya nombor akaun encik. Saya nak pulangkan semula duit encik yang saya pinjam tadi," Widya tahu nilai RM34.25 itu mungkin tak seberapa buat lelaki di depannya ini, tapi bagi Widya.... Hutang tetap hutang dan sudah pasti dia perlu membayarnya.
"I tak mintak you bayar pun. But... if you insist my phone number, should not be a problem." Senyuman manis dilayangkan lalu dia mengambil telefon di tangan Widya.
Jari mereka bersentuhan. Aliran darah terus naik ke dada sehingga Widya sendiri payah untuk menolak getaran yang melanda. Lekas-lekas dia tarik tangannya semula.
Setelah menekan 10 digit di skrin kaca, Redza menekan pula icon telefon berwarna hijau. Beberapa saat selepas itu, Iphone di dalam poket seluarnya bergetar. Redza senyum tanda puas hati. Dua kali untung dia malam ini. Dengan mudah dia memperolehi nama dan nombor telefon gadis cantik ini sekaligus.
"Nah, dah siap! Anyway... I'm Redza Naufal. And you.....?" sekali lagi dia berpura-pura bertanya padahal nama Widya sudah melekat di kepalanya.
"Widya. Nice meeting you, Encik Redza."
"No Encik. Just call me Redza. Nama you... Widya saja? Full name?"
"Widya Willis. Thanks again. See you around." Enggan melengahkan masa lagi, dia berpaling semula untuk ke kereta yang tak jauh dari tempat mereka bersuai-kenal.
"Widya...." seru Redza semula.
"Yes?" dia menoleh kembali kepada Redza. Apa mahu lelaki itu lagi?
"Don't take too much junk food. They're bad for your health,"
"Okey...." sepatah Widya membalas. Redza Naufal ni, doktor ke? Atau.... fitness consultant?
Apa-apa sajalah! Baik dia balik ke rumah dengan kadar segera sebelum malam semakin larut. Kawasan perumahan tempat dia tinggal, boleh tahan sunyinya. Takut juga kalau terjadi apa-apa.@@@@@@
Pintu belakang Viva putih miliknya dibuka. Plastik makanan ringan di jinjingannya, Widya letak dengan cermat. Selepas menutup pintu, dia membuka pula pintu sebelah pemandu.
Sambil mengacukan kunci kereta, Widya mengintai dari cermin pandang belakang. Redza masih berdiri tegak di koridor. Agaknya Redza menunggu dia keluar dari kawasan ini dulu.
Widya memulas kunci. Lebih kurang seminit saja enjin keretanya dapat dihidupkan dan tiba-tiba mati semula. Tak sempat lagi dia menarik tali pinggang keselamatan.
Ah sudah! Bala lagi? Dekat 7-E lupa nak bawa dompet duit. Sekarang ni, kereta pula buat hal. Aisyhhh!
Widya cuba menghidupkan enjin sekali lagi. Harap-harap dapat bernyawa semula lah!
Hanya bunyi gasar kedengaran dan kemudian mati semula. Tangannya mula memukul stereng dengan geram.
Eeeeeeiiii, time-time ginilah kau nak buat hal wahai si Putih! Dah malam pekat, mana ada lagi workshop bukak? Kalau adapun, dia nak bayar dengan apa? Duit syiling?
Arghhhhh!!!!!Butang bonet enjin, Widya tarik lalu di keluar konon-konon untuk memeriksa apa-apa masalahnya. Macamlah dia banyak ilmu tentanh enjin kereta. Setakat isi minyak dan pam tayar, tahulah dia.
Telefon bimbit jenama 'murah' nya, Widya tarik keluar dari poket jump suit lusuhnya. Memantulkan cahaya torchlight ke dalam bonet enjin.
Mula-mula Widya periksa, wayar yang menyambungkan ke kepala bateri. Mungkin sudah longgar sebab itu Vivanya tak dapat dihidupkan."Kereta you ada masalah ke?"
O-mak-kau!! Terkejut Widya yang sedang menunduk. Terus tubuhmya terinjak ke belakang dan kakinya tersadung dengan kaki Redza. Pantas pula Redza menahan tubuhnya dari jatuh.
"Opss! Sorry buat you terkejut," maaf dipinta. Tak sangka Widya boleh terperanjat besar dengan tegurannya.
"Nevermind. Er... tak tahulah kenapa tiba-tiba enjin mati. Saya cuba start semula, tak boleh hidup."
"Hurmm... I pun tak tahu sangat pasal enjin kereta. Nak I call mekanik?"
"Dah pukuk berapa ni? Ada lagi ke workshop bukak?" Widya mula tak keruan. Viva lama inilah satu-satunya kenderaan yang dia ada. Kalau rosak, habislah dia.
"I ada kawan yang kerja bengkel kereta. Wait, I call him."
"Tapi Redza..... saya tak bawak duit. Macamana nak bayar?"
"Just leave it to me," Redza bergerak sedikit jauhl dari Viva putih dan bercakap dengan seseorang di talian.
Widya memandang Redza dari jauh dengan perasaan berbaur. Kali kedua dia mendapatkan pertolongan dari lelaki yang sama. Penyelamat dari kayangankan yang diturunkan untuknya?
Teringat akan slurpee yang ditinggalkan di seat belakang yang mungkin sudah mencair, Widya ambilnya lalu duduk di atas konkrit penutup longkang yang lebih tinggi dari jalan tar. Menyedutnya dengan laju kerana tekaknya sudah haus sejak sekian lama.
'What a bad day.....' keluh Widya di dalam hati.Redza kembali ke kereta Widya. Terkesima melihat gadis itu selamba duduk di atas simen yang pasti kotor dan berdebu. Hendak tak hendak, dia mencemarkan juga punggung slack jenama mahal yang dipakainya.
"Okey.... kita tunggu kawan I sampai,""Lama ke kena tunggu?" Widya menilik jam tangan. Dah dekat 12.00 malam ni. Jam berapa baru boleh sampai rumah? Dia sudah kepenatan ya amat!
"Minum sorang je?" usik Redza sambil memerhatikan straw yang masih dikemam Widya. Pertanyaan Widya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Memang dia berpesan kepada Yusman, jangan terlalu terkocoh-kocong datang kerana dia mahu berlama-lama bersama Widya.
"Sorry. You nak ke?" Widya jauhkan cup plastik dari wajahnya. Sekadar main-main mempelawa. Takkanlah Redza mahu berkongsi straw dengannya? Sudahlah bengkang bengkok straw digigit olehnya.
"Why not?" terus Redza rampas minuman sejuk di tangan Widya.
Tergamam Widya seolah tak percaya. Biar betul? Lagilah matanya membulat. Habis licin baki Slurpee yang tinggal.
Grrrr!!!
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...