Part 12

10.3K 263 7
                                    

Jeffry dan Tisha bergandingan ke meja buffet dan meninggalkan Redza bersama pasangannya.

"You dah makan?"

"Er... belum! I tunggu you,"

"You know something, I dengar macam best aje bila you ber 'I' dan 'you'. Sebelum ni, you sebut 'saya' dan 'awak'. Macam orang kampung!"

Widya gigit bibir. 'Macam orang kampung dikutuknya aku?' bebel Widya dalam hati.

"Gigit bibir tu, tanda marah ke? Jangan buat selalu macam tu. I pulak yang terasa nak gigit bibir you," Redza bukan sekadar memberi amaran, dia benar-benar terasa mahu menjamah bibir seksi itu.

Tak jadi dia meneruskan aksi kegemarannya ketika geram.
"Apa? You pun nak jadi Christian Grey ke?" selar Widya.

"Christian... who?" berkerut dahi Redza. Siapa yang Widya sebutkan? Seorang actor ke?"

"Forget about it. Jomlah makan. I dah lapar," beritahu Widya. Siang tadi memang dia tak punya selera makan kerana terlalu fikirkan pertemuan malam ini. Kalau dia tahu Redza mempelawa ke birthday party, tak adalah dia resah seharian.

Widya yang dulu mencapai piring dan menceduk jagung rebus berkrim, kepingan daging blackpepper dan sedikit coleslaw.
"So....you minat dengan erotic novel like Fifty Shades of Grey?"

Widya sedikit tergamam. Redza tahu siapa Christian Grey?
Kepala, dia angguk perlahan bersama rasa kebas di pipi.
Redza mengekori Widya di belakang. Dua piring sudah diletakkan ke atas meja kayu.

Bunyi bising dari satu kumpulan menahan Redza dari terus berbicara. Oh! Mereka sudah bersiap sedia dengan sebuah kek kecil dan beberapa batang lilin yang sudah menyala.

"Birthday boy, Tengku Redza Naufal... please come forward," seru seorang dari mereka.

"Come," ajak Redza kepada gadis di sebelahnya.
"No thanks. I nak makan. You pergilah,"

"Sure?"

"Ya... I will be fine."

Redza bangun melangkah ke tepi meja buffet dan mereka beramai-ramai menyanyikan lagu 'Happy Birthday' buat Redza.

Widya hanya tersenyum memandang dari jauh. Untunglah Redza ada kawan-kawan yang sudi meraikan harijadinya.
Dia? Hurmm... hanya sewaktu kecil saja mummynya membuat majlis. Selepas daddy pergi meninggalkan mummy, tak ada lagi apa-apa sambutan. Dia pun, tak pernah meminta apa-apa dari mummy.
Sepotong kek, Redza bawa untuk Widya. Muzik rancak tadi sudah bertukar nada. Lagu-lagu sentimental pula kedengaran. Ada beberapa pasangan menari berpelukan di tempat mereka berdiri.

Di satu sudut, ada beberapa orang lelaki berbual sambil memegang botol bir.

"You tak minum macam mereka?" tanya Widya kerana baru sekejap tadi Redza membawa 2 gelas coktail untuk mereka berdua.

"Kadang-kadang minum juga. But tonight, I tak boleh mabuk. I kena jaga you dari lelaki-lelaki yang pandang you macam nak telan."

Widya ketawa perlahan.
"Macam-macam lah you ni,"

Seketika kemudian, Redza meminta diri kerana ada tetamu yang baru tiba. Widya meneruskan suapan kek yang disuakan Redza tadi. Memang sedap! Kalau macam ni selalu, harus naik berat badannya.

"Hye sweetie! Would you like to dance?" seorang lelaki membongkok badannya sedikit lalu menghulurkan tangan.

Terpegun Widya dengan pelawaan penuh berhemah itu.
Widya balas dengan senyuman.
"Sure!" clutch di riba dinaikkan ke meja lalu berdiri meletakkan jari-jemarinya di atas tapak tangan lelaki yang tidak dikenalinya. Dan sudah semestilah dia seorang yang amat tampan. Sekacak Tengku Redza Naufal juga.

"Thank you. I'm Harraz." Pinggang Widya disentuh dan sebelah tangan lagi bercantum dengan jemari Widya. Langkah diatur dan Widya mengikutinya dengan tertib tanpa sebarang masalah.

"Nice to know you, Harraz. I'm Widya."
Dia mendongak merenung wajah kacak Harraz. Tetamu-tetamu Redza, semuanya model runaway ke?

"You're such a good dancer, you know." Harraz memuji. Dalam hati, lain pula pujiannya. Cantik sekali gadis pedamping Redza ini. Dari mana Redza dapatkan? Melalui Tisha ke?
"Not that good," Widya merendah diri. Semasa kecil, dia ada mengikuti kelas ballet sebab itu dia tidak kekok menari.

Redza yang sedang berbual, berkali-kali mengerling ke arah pasangan yang sedang asyik menari. Itupun mujurlah ada jarak di atara kedua tubuh mereka. Namun, jiwa Redza tetap terganggu. Cemburu? Entahlah!
"Guys, help yourselves. Kita sambung borak nanti." Redza menepuk bahu kawan-kawannya dan menyuruh mereka ke meja buffet.

Langkah diaturkan kepada Harraz dan Widya. Bahu Harraz disentuh perlahan.
"May I?" dia meminta kembali Widya dari pegangan Harraz. Mana boleh dia biarkan Harraz semakin erat memeluk pinggang Widya?

Harraz berpaling. 'Ah! Datang sudah pengacau. Rasa tak puas menari dengan si cantik ini.'
"My pleasure," Harraz tersenyum walhal dalam hati punyalah dia rasa berat mahu melepaskan Widya kepada Redza.

Maka, tangan Harraz di pinggang Widya berganti pemiliknya. Harraz terus meninggalkan pool deck dan menuruni anak tangga. Sekarang jam pun sudah melepasi 12.00 malam. Sekejap saja masa berlalu. Dia harus pulang ke rumah kerana dia ada penerbangan awal pagi esok ke Kuching.

Redza tarik rapat pinggang Widya ke tubunya. Memaksa tangan Widya beralih ke bahu Redza.
Bibir Redza mendekati tepi telinga Widya.
"Siapa yang izinkan you menari dengan Harraz?"

"Hah? I kena mintak izin dulu ke?"

"Don't ever get closer to anyone here."

"Why?" Widya kehairanan. Redza cemburu ke?

"Coz I yang invite you. Dan I tak suka lelaki lain senang-senang sentuh you."

Widya diam. Hanya tubuhnya beralun mengikut rentak tari perlahan kaki Redza.
Oh! Macam tu, pulak?

Penat berdiri lama, Redza tarik tangan Widya duduk di kerusi rotan berkusyen.

"Borak apa dengan Tisha tadi?" soal Redza padahal bukan dia tak dengar apa yang mereka bualkan. Sebab itu, dia cepat-cepat mencelah.

"Nothing much. Tiba-tiba saja Tisha offer I kerja. Mudah sangat kan? Tisya tu buat bisnes apa ya? Modelling agensi ke?" Widya bertanya semula. Kalau Tisha memuji dia cantik dan tinggi, apa lagi pekerjaan yang sesuai? Tentulan model peragaan pentas ataupun model majalah.

"You nak tahu juga? I rasa tak payahlah you terima."

"Eh mestilah I kena tahu juga sebelum I buat decision." Widya bertegas. Kerjaya yang harus dia titikberatkan untuk masa depan dia. Nak harapkan hasil lukisannya, belum menjaminkan pendapatan yang lumayan.
Apa hak pulak Redza ini melarang dia bekerja dengan Tisha?

"Betul.... Tisha dan Jeffry ada modelling agency. But, I rasa dia nak offer job scope yang lain."

"What kind of job?"

"A CALL GIRL!"

"What? You mean......" terbuntang mata Widya.

Redza mengangguk. Gelas cocktail berkaki dia capai lalu meneguknya. Tersungging senyuman Redza dengan aksi Widya yang terkejut 'beruk'!

@@@@

Melepasi 2.00 pagi, seorang demi seorang meninggalkan majlis seraya mengucapkan selamat hari jadi buat Redza sekali lagi.

Widya masih duduk di kerusi rotan sambil berpeluk tubuh. Dingin semakin terasa. Dia mahu pulang, wang tunai yang dijanjikan Redza, belum lagi dia terima. Takkanlah di tengah-tengah party dia mahu meminta duit dari Redza?

Bosan menunggu, dia naikkan kaki ke atas sofa, lalu duduk bersimpuh. Menyandarkan kepala seenaknya.

Kesemua tetamu sudah bersurai, Redza kembali ke tempat duduk Widya. Tuxedo hitamnya ditanggalkan apabila mendapati Widya sudah meringkuk kesejukkan. Segera dia tutup bahagian bahu Widya yang terdedah. Dia amati wajah Widya yang sudah diliputi separuhnya dengan rambut.

Lah! Dah tidur?
Tergeleng kepala Redza. Tanpa bertangguh tubuh langsing Widya, Redza cempung menaiki tangga ke salah satu bilik tidur di tingkat dua.

ESCORTWhere stories live. Discover now