Hampir tengahari barulah Widya terjaga. Itupun bila perutnya terasa pedih kerana waktu sarapan sudah lama berlalu. Redza pun tiada di atas katil.
"Auchhhh!!" sewaktu dia cuba alihkan badan dari pembaringan, kedua-dua bahunya terasa berat dan lengannya terasa lenguh. Berapa lama agaknya Redza tertidur beralaskan dadanya?
Bibirnya bersiul pula bilamana dia gerakkan kaki menuruni katil. Peha dan celah kelangkangnya juga lenguh ditambah rasa perit dan pedih di bahagian sulitnya.
"Morning, sayang!"
Widya tersentak. Redza baru saja masuk menatang dulang berisikan sarapan pagi. Roti yang sudah siap bersapu pentega dan juga seteko kecil kopi panas. Harumannya memenuhi ruang bilik.
"Breakfast dulu sebelum mandi. I tahu you jarang skip breakfast, nanti you dapat gastrik." Senyum Redza seperti tiada apa yang berlaku malam tadi.
"Okey, I'm done. I nak mandi." Sedikit cebisan roti Widya gigit dan mengunyahnya. Kemudian, dia bangun dari katil. Melangkah dengan sedikit payah ke kamar mandi yang agak jauh dari kedudukan katil
"Aaaaa....." Widya terjerit kecil. Tak semena-mena tubuhnya melayang ke udara. Sekejapan saja dia sudah berada dalam dukungan Redza. Automatik, lengannya merangkul leher Redza.
"I hate you," ngumam Widya di sebalik dada bidang Redza yang tak berbaju.
"You hate me or love me, both are in my favour. I will always be in your heart. Right, honey?"
Widya mencebik.
"Macam pernah dengar je ayat tu?"Redza ketawa. Siapa tak kenal akan nukilan William Shakespeare yang penuh dengan kata-kata puitis dan mendalam?
Terkesima Widya apabila Redza mengendong dia ke jacuzi terbuka di balkoni bersebelahan kamar mandi. Terbayang di ruangan matanya akan adengan berahi mereka selepas balik dari party 'buih' di rumah Joyce dan Raymond tempohari.
"Redza.... Ke... napa you bawak I ke sini?"
"Lah..... itu jacuzzi kan? Tentulah I nak mandi. Mandi dengan you...."
"I.... Er.. turunkan I sekarang? I nak.... Err... nak masuk bilik air, nak gosok gigi dulu."
"Kenapa tergagap-gagap ni, sayang? Bukannya kita tak pernah make-out dalam jacuzzi tu?"
"It's not that. Betul.... I tak selesa kalau I tak terus gosok gigi bila bangun tidur."
Redza senyum lalu dia turunkan Widya ke lantai. Tanpa bertangguh, berdesup Widya menerpa kamar mandi dan menguncinya rapat-rapat.
Redza ketawa lagi. Macamlah dia tak ada kunci pendua untuk membukanya.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...