Part 67

3.3K 80 0
                                    

Menempuh laluan berbeza sewaktu menuruni Bukit Fraser, tidaklah sesukar mana walaupun jalannya berliku-liku juga. Harraz yang sudah terbiasa ulang-alik ke atas bukit mudah saja menggendalikan stereng.

"Harraz..... I masih tak percaya you've never had sex before?"

"Is it wrong for being a male virgin at my age?" Harraz mengerling wajah manis Widya sebentar sebelum menumpukan kepada selekoh yang bersambung-sambung.

"I tak cakap salah. I dapat rasa you seorang lelaki yang baik,"

"Maybe I'm not that good cause I love kissing those sexy lips," jujur Harraz mengaku. "For me, I prefer having sex with someone I love. Hopefully, yang bakal jadi isteri I. Dan tak rugi pun kalau I mampu bertahan sampai malam pertama." Harraz senyum sendiri. Itu hanya azam tipis, tak pasti samada ianya benar-benar bakal berlaku. Tengok sajalah malam tadi? Tarikan Widya begitu kuat, dia hampir-hampir lupa diri.

Atau mungkin, bila tahu yang Widya sudah tidak 'suci' lagi, dia mahu ambil kesempatan?

Mereka tiba di pintu gerbang yang punya dua persimpangan. Satu ke Raub dan satu simpang lagi papan tanda ke Kuala Kubu Bharu. Redza mengambil laluan ke KKB.

"You nak tahu something tak Widya? Pertama kali I nampak you masa parti Redza, I terus jatuh cinta. Masa tu, I fikir Tisha yang bawa you untuk cari pelanggan. Sorry about that,"

"What?"

"Selalunya, Tisha akan bawa 'fresh girl' untuk regular customer dia. Especially untuk Redza dan kawan-kawannya. Selepas Redza ganggu waktu kita sedang menari, I tak boleh stay lama dekat sana sebab I had flight to catch early in the morning. Sebab tu, I tak dapat jumpa you lagi."

Widya hanya diam, mendengar dengan penuh minat.

"Kalau I tahu, Redza memang berhajat nak jadikan you his submission, awal-awal lagi I bawak you keluar."

"I tak boleh tinggalkan Casa Suria senang-senang je malam tu. Redza belum bayar my paintings. Dia masih berhutang dua ribu ringgit. Masa tu, I betul-betul perlukan duit untuk survive,"

Giliran Harraz pula yang terdiam. Dia ingat lagi yang Widya pernah cerita yang perkenalan mereka atas urusan jual beli lukisan Widya yang terpamer di Galeri Shah Alam. Redza begitu licik sehinggakan Widya terus terikat dengannya.

Bila masing-masing sudah diam lama, Widya betulkan kedudukannya dan rapatkan kelopak mata. Mahu merehatkan diri biarpun seketika cuma sebelum sampai ke Trefoil Service Residence.

"You mengantuk ke?"

Widya mengangguk dalam mata yang terpejam.

"O.k..... you tidurlah. Dah sampai nanti, I kejutkan you." Harraz memperlahankan volume radio yang sedang terpasang supaya tidak mengganggu Widya. Sudahlah malam tadi dia bawa Widya keluar sehingga dinihari. Maunya tak mengantuk?

%%%%%%%%%%%

Kereta sudah diberhentikan, tapi tak segera Harraz mematikan enjin. Dia mengiring ke kiri lalu pipi licin Widya, Harraz elus.

Nafasnya, Harraz hela panjang. Mengapa ditakdirkan Widya bukan untuknya? Mengapa harus Redza yang selalu beruntung?

Usapan lembut di pipi, buat Widya terjaga. Segera dia tegakkan tubuh.

"Where are we? Kita dah sampai ke?"

Harraz angguk. "Tapi.... sayang rasanya I nak lepaskan you pergi. I masih tak puas spend time with you."

"You kena kerja esok. So do I. Galeri I, nak kena tengok juga." Senyum tawar Widya hadiahkan.

"Boleh I tahu, mana yang lebih penting buat you? Redza..... atau bisnes you?

Widya terngadah sebentar. Soalan apa tu?

"Kedua-duanya sekali. I love him most but gallery and my arts studio tu, nyawa I. You tahu, kan? Studio sekarang,bawah Alampuri Marketing, that's why I-,"

"You tak mahu tinggalkan Redza? You takut you hilang semuanya? Cinta dan kemewahan yang you miliki sekarang?"

"He took my virginity, Harraz. Dia dah lamar I. That was good enough for me."

"Leave him, Widya. I sanggup bayar balik semua duit yang Alampuri dah laburkan untuk galeri you. I love you and I want to marry you. We can live happily ever after,"

Tergeleng kecil Widya. Lelaki dan janji manis, memang payah untuk dipisahkan.

"Fairy tales is not real, not to a people like me. Go find another girl to suit you. Yang baik dan masih belum ternoda. Sorry, I'm too tired. Can I go now?" Widya memberi isyarat mata agar Harraz melepaskan central lock.

Dengan berat hati, Harraz penuhi juga permintaan Widya.

"Thanks. You tak payah temankan I sampai atas. I'll be fine." Beg di tangan Harraz, Widya ambil.

"Wait! I have something for you."

"Apa lagi ni, Harraz?" hairan bila Harraz hulurkan sampul surat berwarna putih.

"Macam you pernah cakap sebelum ni, Redza bayar banyak untuk servis you. Jadi, dalam envelope tu ada sedikit bayaran untuk you sebab you sudi temankan I untuk dua haro. See you around, Widya. Bye!" Harraz berpaling ke pintu kiri Ford Rangernya.

Widya pegun di kaki sendiri sehinggakan lidahnya kelu untuk membalas ucapan 'selamat tinggal' Harraz. Harraz terasa ke saat dia menyelar Harraz lebih keji dari Redza?

Langkah lemah Widya aturkan ke pintu lif setelah bayang kereta Harraz tidak kelihatan lagi.

Sesudah menutup pintu rumah, anak matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang lena.

Tengku Redza Naufal!

Widya tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghampiri sofa.

"Redza...." serunya sambil bibir Redza dikucup.

"Hi sayang!" terbuka mata saja, pinggang Widya terus saja Redza raih sehingga tubuh Widya tertiarap di atasnya. Kedua-dua lengannya merangkul Widya dengan erat.

Dan rindu...... terus menggebu.

ESCORTWhere stories live. Discover now