Part 19

10.8K 282 7
                                    

Tubuh Redza yang menyandar enak di jenang pintu, Widya pandang pelik. 'Lah! Tak faham ke aku nak tukar baju, nak gosok gigi dulu?'

"Excuse me, I nak tukar baju."

"So what?"

"So... what? Bagi I tutup pintu. I... nak tukar baju." Widya ulang semula kata-katanya tadi. Daun pintu, sudah diacah-acah mahu mengatupnya.
'Kang aku tutup betul-betul, jari kau terkepit baru tahu!' kutuk Widya di dalam hati.

"Tak boleh I tengok ke? You nak malu apa? I discovered every square inch of your body yesterday, remember?"

Merah padam wajah Widya. Dia mendengus kecil dan berpaling ke almari. Mengeluarkan sepasang pijama dan masuk ke bilik air.
Mana mungkin dia boleh lupa kejadian semalam?

Redza ketawa lalu melompat, menghempas tubuhnya ke tilam. Menunggu Widya yang entah bila akan keluar dari kamar kecil itu.

@@@@@@

"Kenapa nak discuss di sini?" bilik TV yang luas memanglah menarik perhatian Widya. Tapi.... bila teringat akan koleksi DVD x-rated yang Redza miliki, gerun juga dia.

"Discussion sambil tonton movie Fifty Shades of Grey," Redza kenyitkan matanya.

"Hell No!" bantah Widya. Dia ingin berpaling ke pintu, tapi tangan besar Redza lebih pantas mencekup pergelangan tangannya.

"I'm just kidding." Tangannya memicit remote home theatre dan sebuah lagu berirama sentimental kedengaran.

Gila lah kalau mahu menonton filem Mr. Grey bersama Widya. Pasti benteng pertahanan nafsunya akan runtuh dengan adengan-adengan super romantik dan 'hot' sepanjang jalan cerita. Kalau malam ini kegadisan Widya dia ragut, kemungkinan Widya akan membencinya kerana dia mungkir janji. Dan.... segala rancangan untuk 'mengikat' Widya akan musnah.

"Dance with me," pintanya lembut tapi lengan Redza sudah meraih pinggang Widya hingga tubuh mereka melekap di antara satu sama lain.

"Tapi.... you kata nak discuss something tadi?"

"Yeah... we can start now." Bibirnya meleret mengucup leher bawah telinga Widya. Rambut panjang Widya, tersanggul kemas di belakang. Bertambah senanglah untuk dia melaksanakan aktiviti kegemarannya.

"Redza....." Widya cuba mengelak. Ini mahu discuss atau mahu menggoda?

"I suggest you berhenti dari part time job you. Focus on your studio and your paintings. My proposal is....." sambil berkata-kata itu, langkah perlahan tetap diaturkan mengikut rentak lagu-lagu yang tak berhenti berputar.

"Be my girl. I akan bayar you setiap kali you temankan I ke mana-mana."

"You mean.... you nak I jadi your mistress?"
Eh! Redza ni, melampau tau tak? Dari one night stand, sudah berganjak kepada perempuan simpanan?

"Jadi peneman I ke setiap majlis yang I hadiri. Well, you boleh panggil 'Escort Girl' kalau you suka. Once you agreed, you akan jadi milik I. Within my contract deal, you tak boleh layan lelaki lain. Except... you quit or, I yang pecat you."

"Maksud you? I kena tidur dengan you? Kena layan nafsu you?" seram sejuk Widya dengan tawaran 'emas' dari Redza. Bersediakah dia mahu melepaskan 'mahkota'nya kepada lelaki playboy ini?

"Off course I want it that way. Tapi.... I rasa you cukup bertuah sebab my sexual encounter is not like other man. Besides, I told you before... I won't have sex with you until you're ready."

Alunan tubuh Widya terhenti serta-merta. Wajah kacak Redza dia renung tajam.

"Kalau you harus menunggu setahun atau dua tahun, you sanggup?"

ESCORTWhere stories live. Discover now