Part 104

4.5K 114 3
                                    


Memandangkan Widya masih lagi tidur, Redza tak sampai hati mahu mengganggu Widya. Niat mahu menemani Widya minum petang di balkoni bilik rehat juga dia batalkan.

Akhirnya Redza turun semula ke pool deck dan duduk di sette rotan.

Yazid yang sedang menatang dulang berisi kopi panas dan apple tart beserta kuih cucur kegemaran Redza menghampiri meja kecil di depan sette.

"Tuan...., boleh saya bercakap dengan Tuan?"

"Duduklah? Ada apa in, Yazid? Nak mintak naik gaji ke?"

Yazid ketawa kecil. Dia tahu yang Redza hanya bergurau.

"Selama ni, Tuan Redza dah bayar saya banyak, dah lebih dari cukup untuk saya dan Nin. Sebenarnya, saya nak bincang sikit mengenai Tuan dan Widya."

"You ada masalah dengan Widya ke? Atau Cik Nin tak suka Widya tinggal di sini?"berkerutdahi Redza.

"Tak.... Ini kan rumah Tuan? Takkanlah kami nak halang mana-mana tetamu yang Tuan bawa."

"Widya bukan tetamu, Yazid. Dia... bakal isteri I dan bakal jadi mummy Raiqal dan Rara.

Yazid terus angkat muka. Sedikit terkejut dengan pengakuan Redza.

"Alhamdulillah! Berita nilah yang saya tunggu-tunggu sejak sekian lama. Saya memang sukakan Cik Widya. Dari mula-mula dia hadir dalam hidup Tuan. Budaknya baik, tak sombong macam perempuan-perempuan lain yang Tuan bawa pulang sebelum dia."

Redza senyum dengan pujian demi pujian dari mulut Yazid. Dia faham kenapa Widya disenangi semua pekerja di Casa Suria Sebabnya, Widya tak pernah cuba berlagak 'Diva' ketika berada di sampingnya.

"Tuan Redza ada tanggugjawab yang besar kalau Tuan mahu ambil Widya sebagai isteri."

"Maksud you, pasal agama Widya?"

Yazid anggukkan kepalanya perlahan-lahan.

"Bukan senang mahu membimbing saudara baru kalau kita sendiri perlukan bimbingan."

Berubah air muka Redza. Dia terdiam sejenak. Memang betul akan 'ceramah' kecil Yazid tadi.

"Saya tak bermaksud nak singgung perasaan Tuan. Tapi.... ye lah! Saya tengok Tuan dengan bekas isteri Tuan pun, jauh menyimpang dari landasan agama," sebagai lelaki yang lebih 'tua' dari majikannya, tak salah dia memberi sedikit nasihat supaya Redza tidak terus hanyut.

Lagipun, sudah lebih 5 tahun dia bekerja dengan Tengku Redza dan sudah banyak kemungkaran yang berlaku dalam rumah ini. Dia sendiri sudah banyak mengumpul dosa bersubahat atas segala perbuatan 'terlarang' Redza.

Redza terhenyak, rasa terpukul dengan kata-kata Yazid yang benar belaka. Selama ini hidupnya di kelilingi kemewahan dan dia langsung tak menitik-beratkan soal agama. Solat? jauh sekali. Ketika sebelum berkahwin dengan Nelly dulu, seks bebas dan alkohol sudah sebati dalam diri. Kawan-kawannya pun sama saja yang menjerumus dia dalam kehidupan sosial.

"Apa yang I perlu buat, Yazid?"

"Belum terlambat untuk bertaubat, Tuan. ALLAH itu maha pengampun. Saya akui, dulu saya juga lalai untuk mengingatiNya. Alhamdulillah!, sekarang... ada seorang ustaz yang sudah membuka jalan untuk saya mengenali Tuhan yang Satu."

"Siapa nama Ustaz tu?"

"Ustaz Dasuki, Tuan. Setiap malam minggu, dia datang memberi ceramah di surau berdekatan."

Redza termenung seketika.

"Boleh bawa I jumpa dengan Ustaz Dasuki?"

"InsyaALLAH, Tuan. Dia... adalah seorang pengajar Maahad Tahfiz AlFurqan di Shah Alam ni. Ustaz Dasuki, saudara jauh arwah emak saya, Tuan."

"Kalau begitu, esok you bawa I ke Tahfiz di mana Ustaz Dasuki mengajar. I ingin bercakap face to face dengan dia."


$$$$$$$$$$

Selepas bersarapan bersama pagi itu, Widya menghantar Redza ke kereta.

"Boleh I tanya you something?"

"What is it, sayang?"

"I dah sihat dan tempoh pantang I pun dah habis. Kenapa you tak mahu tidur dengan I?" 2 minggu sudah berlalu sejak dia berpindah masuk ke Cassa Suria, Redza adakalanya cuba menjauhkan diri darinya. Kebanyakkan masa Redza dihabiskan di pejabat dan hanya bercakap bila ada keperluan saja. Redza pulang ke rumahpun ketika Widya sudah masuk tidur.

Mujurlah ada Raiqal dan juga Rara yang saban hari tidak membuatkan Widya bosan dengan keletah mereka. Dan juga ada Che' Nin sangatlah rajin melayani dia berbual.

Redza renung wajah Widya sebentar lalu melarikan anak matanya ke arah lain.

"Disebabkan you dah tanya, lebih baik I berterus-terang saja dengan you."

"Ada apa, Redza? Something bad happened? Kita tak jadi kahwin ke?" berdebar-debar hati Widya.

"Sebelum kita nikah, you tahu, kan? You kena peluk Islam?"

"Mestilah I tahu."

"That's the point, Widya. You benar-benar dah bersedia untuk jadi seorang Muslim?"

"Sebab I dah setuju nak jadi isteri you, mestilah I dah sedia."

"Sayang..... I tak nak you rasa terpaksa tukar agama semata-semata kerana cinta."

"Maksud you?" Widya masih tidak faham.

"Bukan I tak nak kahwin dengan you tapi.... I rasa kita kena tangguhkan dulu. I dah bincang demgan Yazid dan I nak upah seorang Ustaz untuk datang mengajar agama empat kali seminggu. Bukan untuk you seorang, untuk I dan untuk semua yang tinggal di sini."

"Owh!"

"I pun bukannya Muslim sejati. Banyak sungguh dosa yang I dah buat termasuk salah I pada you. Bonda I tak boleh terima bila dapat tahu tentang anak-anak kita sehinggakan dia kena serangan jantung. Seminggu selepas dia koma, she passed away."

"Oh god! Sorry to hear that,"

"Mulai sekarang, I kena belajar kawal diri. Kalau boleh I tak nak sentuh you selalu. I'm so worry it will end up on bed. You faham kan?"

"Untuk berapa lama?"

"I don't know,"

"Kalau macam tu, lebih baik I pindah semula ke Trefoil."

Pantas Redza mengeleng. "Kalau you pindah, you akan terlepas kelas agama. Dan juga, masa you untuk Rara dan Raiqal sangat terhad. I nak anak-anak kita terima you sebagai mummy mereka. Lagi cepat lagi bagus." Redza ambil nafas seketika. "Cabaran besar untuk I sebenarnya. Dua minggu ini, I hampir sasau bila tak dapat kiss you." Redza mengaku kelemahan dirinya.

"Bila Ustaz tu mula mengajar?" soal Widya lagi. Kalau itu membawa ke arah kebaikan, buat apa dia mahu menolak? Lagi pun, cadangan Redza amat bagus. Tak perlulah dia berulang-alik ke Pusat Islam untuk belajar agama. Redza lebih berfikiran jauh.

"Kalau you setuju hari ini juga I akan contact Ustaz Dasuki."

"I'm o.k. with that."

"Good girl," leher Widya dia paut dan mengucup ubun-ubun Widya. Dia harus sedar, esok dan untuk sementara waktu sebelum mereka dinikahkan, tak mungkin dia boleh berbuat begini lagi.

"Satu perkara lagi, I dah panggil kontraktor untuk extend a mini studio bersebelah bilik tidur you. You boleh melukis di rumah atau di galeri ikut masa yang you suka."

"Thanks Redza. You sangat baik hati."

"You're welcome. I love you so much!" Redza masuk ke keretanya.

"Love you too." Balas Widya diiringi senyuman penuh bahagia.

ESCORTWhere stories live. Discover now