Part 72

3.3K 92 2
                                    


Sesampai di galeri, kelihatan Redza sudah menunggu di depan pintu kaca. Anak mata Widya membesar.

"You tak sepatutnya datang sini." Marah Widya.

"Dan you tak sepatutnya pergi without any goodbye kiss," Redza membalas balik.

"Jangan nak mengada sangat, boleh tak? Hujung minggu ni, you nak I ikut you ke Phuket, kan? Hanya tinggal dua hari saja lagi."

"Sejak bila you pandai membebel ni?" Redza ikut Widya masuk ke galeri.

"Sejak you suka buat hidup I huru-hara." Dengan geram, Widya mengomel lagi sampai herot-berot bibinya.

Akma tiba-tiba masuk ke ruang galeri, tergamam dengan kehadiran bos besar Alampuri Marketing itu. Sebelum ini, bukan dia tak pernah nampak Tengku Redza datang menjemput Cik Widya di depan galeri. Tapi, bila tengok secara dekat, memang lidahnya kelu. Hatinya tiba-tiba mencair.

"Morning Akma," ucap Widya buat Akma yang bagaikan kejung melihat ketampanan Redza.

"Morning Cik Widya."

"Oh ya! You belum berkenalan dengan Tengku Redza Naufal? Dia nilah bos besar galeri ni."

"Hai Akma. Nice to meet you," Redza menunduk sedikit kepalanya.

"Hai,"

"Jom, Mister Redza. Kita bincang di bilik I," Cewah! di depan staf bukan main Widya berlakon formal padahal baru sekejap tadi mereka bertelagah. Agak-agaknya kalau jadi pelakon, boleh menang pelakon terbaik festival filem.

"Jumpa lagi, Akma." Ucap Redza berbasa-basi. Nak berbual pun, moodnya kurang baik pagi ini. Mana tidaknya? Bangkit saja dari tidur, Widya sudahpun keluar rumah. Baru dia bercadang hendak mengajak Widya sarapan bersama pagi tadi.

Akma hanya mengangguk. Kegugupannya belum lagi hilang.

Fuyoo! Senyuman Redza.......

Kalaulah jantung boleh tanggal, agaknya dah terkeluar dari dada, boleh tergolek-golek ke hujung kaki.

Setelah lantai parque bilik pejabat kecil Widya Redza jejaki, dia tutup pintu rapat lalu menekan punat tombol pintu.

"I dah pernah bagitau, kan? I tak nak you tonjolkan diri selalu dekat sini? Apa kata my staff nanti? Hari tu, Harraz yang datang. Sekarang, you pulak! Mesti dia fikir I ni suka layan ramai lelaki. Lagi teruk, kalau Akma kecam I ni seorang playgirl." Terus saja Widya menyeranah.

"Elok juga lah you dapat title tu. Sebelum ni,you selalu gelarkan I,'womanizer'." Redza membidas sinis.

Widya mendengus. "Kalau you datang hanya untuk sakitkan hati I, lebih baik you pergi. I nak siapkan lukisan tempahan pelanggan," Widya bangkit dari kerusi dan cuba melepasi tubuh Redza. Dia mahu segera ke studio mininya. Dari menghadap wajah Redza yang cemberut, lebih baik dia lepaskan marah pada kanvas di stand frame.

"Sayang......." lengan Widya, segera Redza paut. Terpusing tubuh Widya dan terus masuk dalam pelukan Redza.

"Apa ni Redza? Lepaslah! Kalau Akma nampak nanti...."

"I peduli apa?" bibir Widya dipagut kasar sambil melepaskan amarahnya.

Meronta-ronta Widya lalu dia menumbuk-numbuk bahu Redza.

"You tahu, kan? I memang suka girl yang kuat melawan." Pinggang Widya, Redza paut dengan kedua-dua tangan dan angkat tubuh Widya ke atas meja kayu.

"Redza, apa you nak buat?" Widya cuba bangun tapi Redza lebih pantas bertindak. Kedua-dua tapak tangan Widya, Redza kilas ke belakang.

"You nak tahu apa I nak buat sekarang?"

"Redza..... don't!" tergeleng-geleng kepalanya. Anak mata Widya merayu penuh simpati.

"Sejak kebelakangan ni, you suka cari gaduh dengan I, kenapa Widya?"

"Sebab...." Air mata Widya sudah menitis. Tangannya yang dikunci Redza di belakang, amat sakit dirasakan.

"Tell me why," Redza mendesak lagi.

"You.... semakin jauh. Kalau you rasa hidup you lebih bahagia dengan isteri dan anak you yang bakal lahir, tolong lepaskan I."

"No Widya! You dah janji nak kahwin dengan I bila umur you masuk dua puluh satu. I akan tuntut janji you. I won't let you go."

"Redza please..... tangan I sakit," Widya sudah teresak-esak.

Redza tersentak. Akibat panas hati, tanpa sedar dia menyakiti Widya. Tangan di belakang tubuh Widya, dia lepaskan. "I'm sorry, sayang. I tak sengaja."

"Go away and leave me alone." Berjurai-jurai air matanya.

Dengan keluhan yang terbias dari bibirnya, kedua-dua tapak tangannya mengusap rambut sendiri ke belakang. Menyesali akan kekasaran yang dilakukannya sebentar tadi.

Widya naikkan lutut dan kemudian menekup wajahnya di situ. Aksinya seolah anak kecil yang baru dimarahi ibunya kerana berbuat nakal.

"Widya...."

"Pergi!" suara Widya dari bawah mukanya bergema dalam serak.

Redza tak tahu macamana mahu memujuk lagi. Hendak tak hendak, dia harus meminta pertolongan Harraz bagi menjernihkan segala kekusutan yang melanda dalam hubungan cintanya.

ESCORTWhere stories live. Discover now