Bukan Widya tidak sedar akan apa yang berlaku ke atasnya. Bukan juga dia tak sedar dengan keadaan di sekeliling. Tapi, tubuhnya sungguh lemah untuk bertindak-balas. Saat Redza meletakkannya di lantai bilik air, membuka pakaiannya satu-persatu, malah Redza menyiramkan seluruh tubuhnya dengan air pancuran yang separuh panas, dia tak berdaya membantah.
Bukan seperti di dalam filem barat, selepas diberikan CPR hero dan heroin boleh berpeluk dan bercium sakan. Realitinya, tidak sebegitu. Nak buka mata pun tak larat tapi suara keras Redza menyuruh dia terus bertahan, sedaya upaya dia memaksa diri agar tidak terlelap.
Redza balut kepala Widya yang masih lembab dan menyarungkan bathrobe. Tubuh Widya sekali lagi dia cempung ke katil membaringkan Widya ke tilam dengan berhati-hati.
Kemudian, Redza melangkah keluar. Dia menunduk di tepi penghadang kaca yang boleh menampakkan seluruh ruang tamu.
"Yazid, bawa Dr. Kumar naik," arahnya dengan kadar segera.
"Yes, Sir!"
Redza kembali ke bilik untuk melihat keadaan Widya. Widya sudah tertidur.
"Widya... wake up!!" pipi Widya ditepuk beberapa kali. Dia sangat takut. Takut kalau-kalau Widya tidur terus."Redza.... what happened to her?"
Redza mengangguk pada suara yang menegur di pintu.
"This girl lemas. It's my fault. I tak tahu dia tak pandai berenang." Redza membuat pengakuan. Memang dia kesal dengan apa yang telah dia lakukan. Niat untuk bergurau di dalam air bertukar menjadi mimpi ngeri."Calm down, Redza. I saw nothing serious. Yazid beritahu you sudah beri bantuan CPR. Ada dia muntah-muntah lagi?"
"No... tapi dia lemah sangat, doc. I risau,"
Dr. Kumar mula melaksanakan kewajipannya memeriksa keadaan Widya. Redza hanya memerhati tanpa sebarang soalan.
"Biar dia tidur beberapa jam dan kemudian bangunkan dia. Beri dia makan bubur nasi dan telan ubat untuk pulihkan tenaga. Maybe, akan ada sedikit trauma akibat lemas tadi. Other than that, she should be fine."
"Thank you doc." Redza hembus nafas lega.
"I walk you down." Doktor peribadi keluarganya itu hanya senyum dan mengangguk. Gadis mana pula yang Redza bawa pulang ke rumah kali ini?
Hai lah anak muda! Gelaran 'playboy' yang Redza pegang dari habis sekolah menengah sehingga umur hampir mencecah 3 siri tak hilang-hilang lagi.
Bonda Redza, Tengku Razia sudah berkali-kali merungut dengan keengganan Redza menamatkan zaman bujangnya. Kata Tengku Razia, entah-entah kempunanlah dia mahu menimang cucu sebelum dia menutup mata.Setelah kereta Dr. Kumar sudah keluar dari halaman rumahnya, Redza ke dapur. Menyuruh tukang masak menyediakan bubur nasi. Dia juga sudah lapar. Sementara Widya masih lagi tidur, bolehlah dia mengisi perut dulu.
@@@@@
Dari hanya berbaring di sisi Widya, rupa-rupanya dia tertidur juga. Redza terjaga apabila Widya alihkan lengannya yang melingkar ke di perut Widya."Hai.... you awake?" tanyanya bersama senyuman. Wajah pucat Widya dia tatap lembut.
Widya tak jadi membalas senyuman Redza apabila teringat kejadian di kolam renang tadi.
"You almost killed me,""I know. I mintak maaf dengan apa yang I dah buat. I tak tahu...."
"I memang tak tahu berenang. I'd tried to stop you, but you didn't listen." Garang Widya marahkan Redza. Ini soal nyawa. Dia masih muda untuk mati!
"Hey, I dah mintak maaf, right?" Redza menekan interkom ke dapur.
"Bawa naik bubur yang I mintak tadi." Pesannya pada pembantu dapur. Sesudah meletak gagang, wajah Widya dipandang semula.
"You mesti dah lapar. I suruh my cook masakkan bubur untuk you."
"I tak nak makan. I nak balik!" Widya bangkit tapi tiba-tiba saja kepalanya terasa berat. Dia terduduk semula di tilam.
"You belum stabil. I tak benarkan you balik. You kena ingat, kerja you belum selesai."
Kerja? Redza senyum sendiri. Bukan Widya yang kena menemankan dia sehingga hari esok, tapi sudah terbalik. Dia pula yang harus menjaga Widya.Habis saja berkata-kata, kedengaran bunyi ketukan di pintu yang sememangnya terbuka.
"Masuk!" perintah Redza."Makanannya, Tengku."
"Bawa ke sini," arah Redza lagi.
"Perut you kosong lepas banyak muntah air tadi, Widya. You kena makan. I tak nak you jatuh sakit." Risau melihat Widya yang jual mahal.
"Pleaseee??" meleret pujukan Redza membalas jelingan tajam Widya. Jelingan bukan garang yang Widya tunjukkan buat dia menambahkan lagi godaannya."You tahu tak? Bau bubur ayam ni wangi sangat. Sedap tau, kalah bubur Mc D. Eh, lapar pulak perut I tiba-tiba. Kalau you tak nak tak apa. Sekejap je, I boleh habiskan,"
"Siapa kata I tak nak?" marah Widya lalu mangkuk di tangan Redza, dia sambar. Itupun dengan penuh hati-hati bimbang tertumpah ke tilam.
Sesuap demi sesuap Widya acukan ke mulut, langsung tak hiraukan Redza yang memerhatikan kelakuannya. Memang perutnya sudah pedih kelaparan.
@@@@@
"You bosan tak? Nak keluar?" soal Redza bila mendapati Widya sudah bertenaga semula.
"Keluar ke mana? I mean... you nak I escort you ke mana?"
"Lepak-lepak dekat lounge. Enjoying live band."
"Here, tak cukup lepak-lepak ke?" soal Widya kembali sambil ketawa.
"Hurm.... kalau dalam rumah ni, apa yang you nak buat? Tengok movie?"
"Boleh juga. You have any good movie in your collections?" mata Widya menerawang ke seluruh ruang rehat, tapi tak nampak sebarang set home theatre."You cari apa? DVD player?" bagaikan faham apa yang Widya selidiki.
Widya anggukkan kepalanya.
"My theatre room is upstairs. I've got many good DVDs. Especially X-rated movies. I tak kisah kalau you nak lepak depan TV. But..... I can't promise your 'No Sex' execution."
Bulat mata Widya. Redza ni.... Isyhhhh!
"Fine. Let's go out. I better get dress now." Widya angkat tubuhnya dari sofa. Tak kuasa mahu mendengar Redza mengarut lagi. Sudahlah godaan romantik Redza tahap dewa. Tengoklah apa yang jadi sebelum dia lemas siang tengahari tadi?
Kalau sudah berdua-duaan duduk dalam bilik TV, tak tahulah apa yang bakal berlaku.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...