Part 41

8K 210 4
                                    

Iqbal henyakkan tubuh ke tempat duduk belakang Bently yang disewa Uncle Wildan. Kemudian, Wildan pula yang menyusul duduk di sebelahnya.

"Ke mana kita, bapak?" tanya pemandu berunifom dengan logo syarikat sewa kenderaan terbesar di ibukota ini.

"Pulang ke hotel terus." Pinta Wildan. Sesampai di hotel dia mahu memanggil seorang doktor bagi merawat luka di bibir Iqbal.

"Are you sure, kamu tak mahu berjumpa doktor?" tanya Wildan sekali lagi meminta kepastian dari bekas anak tiri mendiang abangnya.

"Sikit saja ni, Uncle. Lepas sapu ubat, should be okey."

"Pemuda seperti kamu harus sabar. Kenapa mesti terus bertumbuk?" tegur Wildan.
"Macamana nak sabar, Uncle? Tengku Redza tu, playboy terulung di sini. I can't believe Widya got involved with him." Iqbal mengeluh kesal. Dalam pub tadi, dia sedang berbual santai dengan Uncle Wildan yang memang menggemari irama jazz. Tiba-tiba saja dia terdengar nama Widya Willis disebut di pentas. Memang tak syak lagi itu adalah gadis yang baru dia ketemu pagi tadi.

Bila Widya menyebut nama Redza Naufal, lagilah dia tambah terperanjat. Sejak bila Tengku Redza bercinta dengan adik tirinya?

"Iqbal...."

"Ya Uncle?"

"Udah sampai. Kamu menung apa lagi?" Wildan bertanya dalam bahasa rojak Melayu-Indonesia. Kerap-kali dia berulang-alik ke KL atas urusan bisnes, lidahnya sudah betah dengan budaya dan bahasa di sini.

Iqbal senyum tipis. Pastilah dia termenung panjang memikirkan Widya yang cantik.

"Kamu, suka sama Widya?"

"Uncle.... Saya...." Serba-salah dia mahu mengaku. Dari dulu lagi dia terpaut pada Widya tapi mamanya menentang habis-habisan. Bila mama sudah lumpuh sebelah badan dan haya mampu duduk di kerusi roda sekarang, dia pula sudah terlewat untuk mendapatkan Widya.
Tapi.... Kenapa harus Tengku Redza? Seterunya dari zaman remaja lagi?

Bahu Iqbal Hazwan, Wildan tepuk perlahan.
"Uncle faham. Jika kamu tidak suka Widya, masakan kamu sanggup bertumbuk dengan teman lelakinya?"

Rasa tersumbat tekak Iqbal dengan kata-kata Uncle Wildan.
'Aku.... Over acting sangat ke tadi? Over protective?"

@@@@@
Setelah Bently hitam yang dinaiki Wildan dan Iqbal sudah tidak kelihatan, muncul pula Redza yang dipapah Raymond. Joyce dan Widya mengekor di belakang.

"Joyce... I drive them to Casa Suria. You nak ikut atau balik rumah terus?" tanya Raymond kepada kekasih hatinya.

"Tak apalah. I balik rumah je lah. See you at home, honey." Sempat mereka berkucupan sebelum Joyce mengambil kunci di tangan Raymond.
"See you, Widya."

"yeah. See you around. Thanks Joyce. Kalau you berdua tak ada tadi, tak tahulah apa yang jadi pada I dan Redza."

"Don't mention it. What friends are for, right?" Joyce merangkul bahu Widya lalu mereka berlaga pipi sebelum berpisah.

Di dalam kereta, Redza hanya mendiamkan diri. Kalau ikutkan hati, memang terasa nak hamburkan segala perasaan marah yang terbuku di dada tapi mengenangkan Raymond turut ada bersama, dia tahankan. Banyak persoalan tentang Widya yang harus dirungkaikan.

Yazid yang setia menunggu di muka pintu juga terperanjat melihat majikannya yang dipapah Raymond.

"What happened?" Yazid lekas-lekas mencapai sebelah lengan Redza lagi dan mengambil alih tugas Raymond memapah Redza masuk ke dalam rumah.

"Kena tumbuk tadi. You terus bawa Redza naik ke bilik,"

"Okey Sir." Yazid menurut perintah.

"Ray... thanks tolong kami. Tak apa. You balik lah, dah hampir satu pagi ni. Mesti Joyce tertunggu you dekat rumah. Don't worry, I boleh jaga Redza."

ESCORTWhere stories live. Discover now