Terjaga saja dari tidur, Widya alihkan kepalanya dari dada Redza. Bertambah sengal lehernya pagi ini. Sia-sia saja Redza memberi urutan malam tadi. Bukannya boleh baik tetapi menjerumus kepada urutan yang 'lain'.
Redza bergerak sedikit bila sedar pelukannya dirungkaikan. Terbuka sedikit matanya.
"Sayang.... Nak pergi mana tu?""Hari dah siang. Masa untuk bangun, mandi." Nak tergelak dengan perkataan mandi itu. Janji Redza mahu mandi bersama malam tadi hanya tinggal janji. Dia dan Redza terus 'padam' hingga ke pagi.
"Ten minutes, please?" Redza tarik tubuh Widya ke dalam pelukannya semula. Ah! Enak sungguh bertemu kulit dengan kulit di bawah comforter tebal.
Sepuluh minit tak mampu membuat Widya lena. Dia hanya menatap wajah Redza yang bersentangan dengannya. Mungkin hari ini adalah kali terakhir dia dapat meneliti wajah Redza sebelum lelaki yang dicintainya ini bergelar suami orang.
Belakang jarinya, Widya elus ke pipi Redza. Menarik nafas panjang. Sudah lebih setengah tahun dia bersama Redza. Yang lebih tepat berkhidmat sebagai 'Escort Girl" kepada Redza. Tinggal hanya seminggu saja lagi. Selepas itu, apakah khidmatnya masih diperlukan? Atau mungkin, Redza akan membuangnya terus?
"Sayang!"
"Hah!" tersentak Widya dari lamunan. Tapak tangannya di pipi Redza sudah dicekup Redza dan mengucupnya lama.
"You fikir apa?"
"Macam-macam. Tentang Kiwi Arts Studio, pasal you dan Nelly,"
Redza angkat tubuhnya bersandar ke divan, membawa tubuh Widya bersama-sama.
"Kita dah bincang semalam dan you pun dah setuju. Hari ni you terasa nak ubah fikiran ke?""Entahlah! My life is totally not what I expected to be. You....., my studio... your marriage...."
"Your uncle Wildan?" Redza menyampuk.
"Yes! My uncle too. Let say..... kalau dia paksa I balik ke Tandanao, macamana?"
"No he can't. You lahir di sini, warganegara Malaysia. Dia tak ada hak nak tentukan hidup you."
Widya mengeluh.
"I ajak you kahwin, you tolak. Kalau you jadi isteri I, your uncle tak boleh buat apa,""Kalau I kahwin dengan you, you tetap akan kahwin dengan Nelly? Takkan you nak batalkan majlis you yang tak sampai seminggu lagi tu?"
"Agama I tak larang I ada dua isteri, sayang. You..... isteri rahsia I."
Widya terkelu. Dia, bakal jadi isteri ke-dua?
"Redza..... bukan I tak nak, tapi.....""Tapi apa sayang? You takut bermadu? Don't worry. You bermadu di atas sijil nikah saja. Nelly dah setuju dengan syarat I kalau dia mahu berkahwin dengan I. It's a 'sexless marriage'."
"What? I tak faham. That day you pernah kata your parents mahukan cucu. How it could be happened if there is no 'sex'?" Widya keliru. Dia mendongak menentang anak mata Redza.
Redza senyum. Hidung Widya, Redza sentuh dengan bibirnya. Kemudian melekap pula ke bibir Widya. Sekilas saja ciuman dihadiahkan.
"IVF can help, sayang. Having baby not only just by traditional sexual intercourse.""Apa tu?" semakin dia tak faham.
"You pernah dengar bayi tabung uji?"
"Oh!" tercengang Widya. Redza ni gila ke apa? Berkahwin tapi tak mahu ada hubungan 'badan'?
"You mean, pernikahan you hanya untuk dapatkan baby 'halal'? Widya selalu mendengar kawan-kawan sekolahnya ada menyebut anak luar nikah itu sebagai 'anak haram'."Faham pun!"
"Tapi.... Takkan you tak akan ada perasaan langsung bila dah tidur sekatil dengan wife you?"
"Dengan Nelly? I dah 'muak' dengan dia." Redza ketawa perlahan. Nelly yang sudah beratus kali tidur dengan lelaki bersilih-ganti itu hendak dia gauli? Oh tidak sama sekali.
"One day, you juga akan 'muak' dengan I, how?"
"Selagi you tak tidur dengan lelaki lain, I tak akan muak dengan you." Redza memberi kata putus. Cukup pantang baginya berkongsi tubuh perempuan yang disukainya dengan orang lain.
"Kalau I buat juga?" Widya sekadar menduga.
"Hurmm... itu tandanya you dah tak cintakan I lagi."
Widya pejam mata.
"End of this year, I dah masuk dua puluh tahun. Boleh you tunggu I setahun lagi? I will be your wife when I reach twenty one. Meanwhile, I'm still your 'Escort Girl'." Widya juga berusaha mencari jalan penyelesaian untuk dia terus terikat dengan kekasih hatinya."Okey, one year. I hope you sudah cukup matang that time. Mana tahu, masa tu I sudah jadi seorang ayah dan you kena faham I kena beri kasih sayang I pada anak I juga."
"How about Nelly?"
"Kita cuba ikut your plan dulu. Nelly..... nantilah I fikirkan. Jom mandi. Perut I pun dah lapar."
Widya senyum. Dia renggangkan tubuhnya dan menginjak ke birai katil. Tubuh telanjangnya, dia balut dengan tuala besar yang dikutipnya dari lantai. Kemudian, dia membuka walldrobe dan mengambil tuala bersih dan hulurkan kepada Redza.
*******
Memandu kereta berasingan, mereka bersarapan lewat di sebuah restoran berhampiran Kiwi Arts Studio. Sambjl mengunyah mee goreng, Redza tak lepas dari merenung wajah merah Widya yang kepedasan sambal nasi lemaknya.
"Kenapa tenung I macam tu?" semakin kebas pipinya bila anak mata Redza tak lepas dari wajahnya.
"Muka merah you sekarang, teringat I pada momen you dalam bath-up tadi. How you cried my name......"
"Redza.... Dahlah! Tak nak ingat lagi pasal tu," Widya melingas ke serata ruang restoran. Mujurlah pelanggan lain jauh dari meja kecil mereka. Lewat bersarapan ini, Redza punya pasal lah! Konon lapar sangat! 'Willy' Redza yang asyik lapar, rupa-rupanya.
Redza sengih. Seketika kemudian, dia teringatkan sesuatu. Tangannya menyeluk poket. Sekeping key-card diletakkan di depan Widya.
" I ada hadiah untuk you.""Apa ni? Kunci rumah siapa?" Widya membelek kepingan keras yang Redza serahkan kepadanya.
"Studio apartment untuk you. I nak you pindah segera. I tak berapa selesa nak pergi rumah you selalu. Betul cakap you, Casa Suria pun tak selamatuntuk you kalau I dah jadi suami Nelly."
"Rumah daddy I macamana? Sorry, I tak akan jual....."
"I tak suruh you jual. I tahu, rumah tu sangat bermakna buat you. You sewakan saja. I boleh suruh my assistant buat iklan cari penyewa. Lagipun, it's too big for you."
"Redza.... Dah banyak sangat you belanjakan untuk I. If anything happen to us?"
"Anggap saja hadiah dari I. Tanda cinta I. Trefoil Service Apartment berdepan je dengan Setia City Mall. Senang untuk you ulang alik ke galeri baru you."
Tiba-tiba saja Widya rasa kenyang walhal baru separuh nasi lemaknya terluak.
"Redza..... you tak rasa ke all these were too much?"Redza geleng.
"Kalau you betul-betul sayangkan I..... you pindah, okey?"Widya bungkam. Teragak-agak mahu memberikan persetujuan. Apakah betulkah aturan hidup yang dipilihnya ini?
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...