Tengku Harraz merenung skrin Iphonenya yang sedang bergetar. Hilang minat mahu menjawab apabila nama Nelly yang tertera.
Hurmmm, apa lagi yang Nelly mahu mengadu kali ini? Tentang Redza lagi?Bila ianya mati sendiri, Harraz alihkan semula perhatian pada fail yang sedang bersusun menunggu untuk di teliti.
Telefon yang berada di sisi kanannya berlagu semula. Harraz mengeluh. Nelly memang dari dulu memang berhati batu. Selagi tak dilayan, selang seminit pasti akan menelefon lagi.
"Hello...."
"Harraz!!! Kenapa lambat sangat pick-up my call? You ni sengaja nak lari dari I, kan?"
"Apa you merepek ni, Nelly? I baru je lepas meeting. Tiba-tiba you call I, nak mengadu pasal Redza ke?"
"You memang pandai lah. Tahu je apa ada dalam hati I. Ni yang buat I sayang lebih kat you," goda Nelly supaya Harraz sudi melayannya berbual.
"Alah.... you nak sayang I lebih-lebih pun, tak ada maknanya. You kan, tunang orang?"
"You tahu tak, mana Redza pergi? Puas I call tapi asyik masuk voice mail. Geram I,"
"You tanya I, buat apa? I bukan P.A. dia. You dah call office?"
"Dah! P.A. dia just beritahu yang Redza pergi holiday. Mana I tak geram, tinggal dua bulan je majlis kami tapi dia buat tak endah je." Ngomel Nelly.
Sakit telinga Harraz mendengar suara nyaring ala-ala katak di sebelah sana. Telephone di tepi telinga, Harraz jauhkan.
"Kalau dah pergi bercuti tu, memanglah tak dapat contact. Redza tu bukan suka 'roaming', tak suka orang tanya pasal kerja."
"You ni kan, kalau pasal Redza selalu sangat menangkan dia. You tahu tak, Harraz? Hari Ahad hari tu Redza kantoi dengan I tengah usung mistress baru. Entah-entah dia bawak perempuan 'jalang' tu bercuti, tak?"
Harraz senyum sendiri.
'Bukan entah-entah lagi, Nelly! Memang itu pun yang tunang kau buat!' kutuk Harraz dalam hati."Macamlah you tak faham perangai tunang you. Agaknya Redza nak enjoy untul kali terakhir sebelum jadi suami you. You doalah banyak-banyak, lepas kahwin Redza akan berubah dan bertaubat."
"Huh!" Nelly mengeluh perlahan. Taubat ke TAHU BUAT?
"I cakap ke. Janganlah marah!" Harraz mengikik di dalam hati. Redza nak bertaubat? Kalau dapat 'bini' macam Nelly, sampai kiamat lah Redza tak akan berubah.
"No... buat apa I nak marah kat you? Harraz, I bosanlah! Boleh tak malam ni I nak ajak you keluar? Kita pergi club ke. Lepas tu, I lepak rumah you? Sebenarnya kan.... dah lama I teringin nak tidur dengan you." Rayu Nelly dengan suara manja lagi menggoda. Alang-alang Redza sedang berseronok dengan perempuan lain, apa salahnya dia pun buat benda yang sama."
"You dah 'sangap' jantan sangat ke, Nelly?"
"Ye la.... dah lama I tak 'dapat'. Konon-konon nak tunggu 'first night' dengan Redza lagi dua bulan lah,"
"What? First night?" Harraz gelak besar, mengejek.
"Harraz! Kenapa you gelak pulak?" Nelly naik marah apabila Harraz memperlekehkan kata-katanya.
"Orang macam you dan Redza ada 'first night' juga ke? You berdua sama-sama dah tak ada virgin lagi," sinis Harraz menjawab.
"Huh, macam lah you tu baik sangat. You teruna lagi ke Harraz? Jangan nak tipu I lah?" Nelly mebalas dengan geram.
"Penting ke I beritahu you samada I masih teruna tau tak? Sebagai lelaki, I tak rugi apa-apa pun. Perempuan tak bermaruah macam you je yang rugi."
"Harraz!!"
"Dahlah, malas I nak layan you lagi. Sorrylah, you bukan taste I. Mujurlah bukan I yang kena nikah dengan you. Kalau bonda you suruh I kahwin free dengan you sekalipun, I tak hingin. Okey bye!"
"Tak guna! Harrazzzz!!" jerit Nelly lagi tapi malangnya Harraz sudah mematikan talian.
"Argggghhh!!" telefon di tangan, Nelly baling ke dinding dengan geram hingga pecah berderai.
Esok, terpaksalah dia menggantikannya dengan yang baru.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...