Rompin House - papan tanda di luar banglo kolonial menarik perhatian Widya.
Apatah lagi halaman banglo separuh mewah itu yang cantik dan terjaga rapi. Widya terasa bagaikan berada di dalam filem Inggeris klasik.
"Nice house," belum lagi tengok keadaan di dalam rumah, bibir Widya ringan memuji.
"Agreed. Walaupun dah lama, tapi masih cantik. Actually, banglo ni, milik kerabat Sultan Pahang lama dulu sehinggalah diwasiatkan kepada moyang I."
"I see." Widya hanya mengangguk. Harraz dan Redza berketurunan Tengku, tak mustahil banglo ini menjadi warisan mereka.
"Come, mereka dah tunggu kita untuk minum petang."
Ruang tamu yang besar menyambut kedatangan mereka. Cantiknya! Betul-betul gaya English Heritage. Sepasu orkid putih menarik perhatian Widya. Dia kan suka bunga?
"Mana semua orang?"
"Harraz! Sini!" baru saja Widya bertanya, ada yang melaungkan nama Harraz. Siapa lagi kalau bukan si mulut becok Hasya.
Harraz tarik tangan Widya ke ruang makan yang menempatkan meja besar. Wangian scone menusuk hidung. Terdapat juga curry puffs dan juga jem strawberi berserta nenas di atas meja. Terus lapar perut Widya. Ialah, tadi hanya sempat bersarapan sebelum dia leka dengan kanvas lukisan di studio kecilnya.
Berpelukan dengan Hasya dan berlaga-laga pipi, barulah dia duduk di kerusi bersebelahan Harraz. Tak lama kemudian, terdengar kecoh suara ramai dari arah dapur.
Tiga pasang mata menoleh ke arah sana."Harraz dah sampai?"
"Ya, bonda. Sorry lambat sikit. I bawak Widya pusing-pusing area clock tower dulu." Terkejut juga Widya kerana Harraz membahasakan dirinya 'I' sahaja.
Melihat Harraz bangkit dari kerusi dan mendapatkan bondanya lantas memeluk wanita yang masih bergaya itu, Widya turut berdiri dan menunggu Tengku Atiqah melepaskan tubuh Harraz sebelum dia sendiri menghulurkan tangannya.
"Apa khabar Tengku?" dia tunduk menyantuni belakang tapak tangan bonda Harraz.
"Alhamdulillah! Tak payahlah ber'tengku' dengan Aunty. Kalau you dah berkawan dengan Harraz, maknanya Aunty kena anggap you macam anak Aunty juga."
"Terima kasih, Aunty."
Nenda, makcik dan sepupu-sepupu Harraz yang pernah diperkenalkan pada Widya di majlis resepsi Redza turut ada.
Seorang demi seorang, Widya menyalami mereka."Mari semua minum. Nanti sejuk scone ni tak sedap." Ajak Hasya.
Sekali lagi Harraz tarik tangan Widya dan meruntun gadis itu ke kerusi. Semua yang ada di situ buat-buat tak tahu sahaja.
Sambil makan, Widya juga berkenalan dengan teman wanita sepupu-sepupu Harraz yang dua orang itu. Naim berpasangan dengan Effa dan Najmi berpasangan dengan Wardah. Cantik kedua-duanya, lengkap dengan shaw melilit di kepala dan Nenda Harraz nampaknya sudah serasi dengan calon cucu menantu mereka.
Widya mula canggung berada di tengah-tengah keluarga yang nampak begitu sempurna. Terasa dirinya begitu kerdil sekali.
"Dear, you should try this homemade orange marmalade. Sedap makan dengan scone," merasakan yang Widya seolah terpinggir dalam keriuhan keluarganya, Harraz mula memainkan peranan.
"Haah, Widya. Cuba lah rasa. Caretaker rumah ni berasal dari England. Dia guna resepi nenej moyang dia tau!" Hasya menambah. Barulah dia teringat Widya turut bersama mereka di meja makan.
"Thanks," Widya senyum manis lalu mengambil mangkuk kecil yang berisi marmalade yang disuakan Harraz.
"Hasya... I baru perasan yang I tak nampak lagi your husband. Dia tak datang sekali ke?"
" Budriz datang dengan papa nanti. Mungkin dalam perjalananan dah kot,"
"Oh!" itu saja yang mampu Widya balas dan seterusnya dia memotong scone dan menyuapkan ke mulut."
"Dah berapa lama Widya dengan Harraz berkenalan?" tiba-tiba saja bonda saudara Harraz membuka mulut.
Widya serba-salah. Serentak dia dan Harraz berpandangan sesama sendiri.
"Er.... kita dah kenal berapa lama, Harraz?" Widya cuba mencongak-congak. Sama lama dengan dia kenal Redza."Dah setahun lebih, kan sayang?" Harraz mengerling manja buat si cantik di sebelah hingga Widya jadi tak keruan.
'Sayang'? Kalau Redza dengar ni, masak!!"Setahun lebih dah ke? Lama tu! Agak-agak bila nak bertunang? Tak elok bercinta lama-lama. Tengok Naim dan Najmi ni ha. Tengah tunggu masa sesuai je nak naik pelamin."
Widya terkesima dengan kata-kata Nenda Laila. Telan liur dia sebentar. Dia dan Harraz? Bertunang? Isyhhh, ini tak bole jadi nih!
"Sebenarnya saya dengan Harraz -," tak jadi Widya meneruskan ayat bila terasa tapak tangan Harraz menepuk pehanya di bawah meja.
"Nenda, sebenarnya Widya ni bukan beragama Islam."
"What???" serentak semua yang berada di ruang makan ini terjerit kecil.
"Ya.... orang tua Widya keturunan Belanda Sulawesi. Jadi, dia perlukan masa untuk mendalami agama Islam dulu sebelum jadi isteri Harraz. Harraz pun tak nak push sangat, takut juga Widya terbeban." Harraz tersenyum ke sebelah. Harap Widya berpuas hati dengan alasan yang dia berikan.
"Patutlah you cantik, Widya. And comel sangat!" Wardah memberi komen.
"I've told you. Girlfriend along macam anak patung. And she is only twenty years old."
"Hah? Mudanya!" Effa dan Wardah sama-sama lontarkan seruan terkejut yang serupa.
Tergelak kecil Harraz. Dah sah-sahlah mereka fikir dia sengaja menjerat gadis muda untuk kepentingan diri.
Mujurlah suara memberi salam di pintu depan kedengaran. Tentu suami Hasya dan papanya sudah sampai.
Widya boleh bernafas dengan sempurna sekarang. Bimbang terlalu banyak info mengenai dirinya dibedah-siasat, bimbang akan berkait pula dengan Redza.
Tapi..... sampai bila dia dan Harraz mahu berlakon?
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...