Part 30

9.7K 242 14
                                    

Kali pertama dalam seumur hidup Widya menaiki bot catamaran yang diberi nama Princess 65. Sebelum bertolak, Redza dan Widya bersarapan dulu di The Captain Gallery Cafe yang terletak di tengah-tengah Marina. Redza juga telah memberikan dia pil menahan mabuk laut bimbang Widya akan muntah ketika belayar nanti.

Bot pelayaran serba mewah ini boleh memuatkan sehingga 7 orang dan mempunyai 3 kabin.

"Hari ni, kita island hoping and snorkeling dekat-dekat saja. Petang nanti, kita belayar ke Phuket."

"Maksud you, kita tidur dalam bot ni?"
"Yes, esok pagi kita jalan-jalan dekat Phuket pulak. You suka tak?"

"Of course I suka. Thank you!" kedua-dua lengannya memeluk pinggang Redza dari sisi. Redza pula merangkul bahunya.

Widya teruja dengan jadual yang diatur Redza. Cuma.... bila diajak snorkling tu, berat sikit hatinya. Memanglah duduk di atas bot mewah ini, tidak terasa apa-apa. Di air dalam nanti, dia takut lemas.

Sekejap saja bot tiba di Loh Samah Bay. Dari atas bot lagi, boleh nampak air jernih dengan ikan-ikan kecil yang sangat banyak di dalamnya. Bot berhenti di tengah-tengah laut. Tergamam Widya dan segera dia menoleh ke wajah Redza.

"Ready for snorkelling?"

"Here?"

"Where else? Don't worry, you tak akan lemas. I'm always be with you."

Dua alat snorkling dihulurkan oleh krew dan Redza membantu Widya mengenakannya di kepala.

"Pegang tangan I, jangan lepas!" dari deck, Redza paut bahu Widya dan membawa Widya terjun ke dalam laut yang jernih. Terjerit Widya apabila tubuhnya mencecah air.

Betul kata Redza. Life jacket yang dia pakai membolehkan dia terapung di dalam air dalam. Redza juga mengotakan janjinya, tangan Widya tidak dilepaskan sama sekali.

Berkali-kali Redza mengajarnya menyelam dan fobia Widya dengan air dalam mula beranur hilang. Kepala dinaikkan semula ke permukaan.

"You okey,"

"I'm good." Ibu jarinya, Widya naikkan.

"I lepaskan tangan you sekarang. You... kena berani," pujuk Redza.

"Redza... janganlah!" larangnya dengan manja dalam bimbang yang bukan sedikit.

"Rileks, I tak pergi jauh." Perlahan-lahan, Redza lepaskan genggamannya.

"Redza....." Widya memanggil lagi tapi Redza tidak hiraukan dia.

Hanya kaki digerakkan di bawah air, lama-kelamaan Widya mula selesa.

Redza senyum lebar.
"That's my girl. I hope, lepas ni you tak akan lemas lagi dalam pool dekat rumah I." Gurau Redza dalam tawa kecil.

@@@@@@

Oleh kerana lewat bertolak dari Krabi Boat Lagoon Marina, tidak banyak pulau yang mereka jelajahi. Hanya beberapa buah pulau yang menjadi tumpuan pelancong mereka singgah, makan tengahari yang super romantik di Pradise Koh Yao Noi dan sempat mimum petang di Phi Phi Island. Selepas kembali ke lagoon Marina dan memenuhi tangki minyak, Princess 65 memulakan pelayaran ke Phuket yang mengambil masa kira-kira 1 jam setengah.

Di atas deck, hostess yang bertugas menyediakan minuman dan juga snek. Oh! Alangkah indahnya menikmati pemandangan laut lepas di sekeliling. Lengan Redza tidak lekang darinya, merangkul pinggang Widya dengan erat.

Acapkali juga mereka berkucupan tanpa perlu rasa malu pada krew bot mewah itu. Para petugas sudah lali dengan scenario sebegitu sepanjang kerjaya mereka.

"I nak baring dekat kabin, boleh tak?" Widya menguap kecil akibat kepenatan dengan akviti penuh mereka dari pagi.

"Sure. But.... nanti sampai Phuket, kita keluar tengok sunset, okey?"

ESCORTWhere stories live. Discover now