Part 77

3.3K 78 8
                                    


Harraz merenung Widya yang sedang menunduk. Sudu dimain-mainkan dengan baki kek di depannya.

"Dear...... are you crying?"

"No," nafi Widya walaupun suaranya jelas kedengaran serak. Sendunya mendatang semula.

Harraz turun dari stool merapat ke sebelah bahu Widya.

"Tahun lepas, I ada berjanji akan bersedia untuk jadi isteri Redza pada hari jadi yang ke dua puluh satu. Tapi hari ni, Redza tak muncul....."

"I faham apa yang you rasa," Kepala Widya, Harraz tarik ke dadanya.

Mendengar pujukan Harraz, bergema tangisan Widya. Teresak-esak dia hamburkan segala kesedihan yang melanda sejak berbulan-bulan ditinggalkan sepi oleh Redza.

Sekian lama Harraz memeluk tubuhnya dan Widya sendiripun sudah rasa sangat letih kerana terlalu banyak menangis. Segera dia renggangkan tubuh dari rangkulan Harraz.

"You nampak penat. Apa kata you masuk bilik dan tidur?"

Widya angguk lalu bangkit dari kerusi. Tangannya mahu mengutip piring kek yang digunakan tadi tapi cepat-cepat Harraz menghalang.

"Biar I yang kemas sekejap lagi." Pergelangan tangan Widya, Harraz capai lalu jari-jemarinya mengelus tapak tangan Widya.

"Smile please? I'm here to make you happy." Jarinya menguis saki baki air mata di pipi Widya.

Widya mendongak, cuba lagi untuk senyum walaupun terasa serba tak kena. Jari-jemari Harraz yang mengelus pipinya membuat dadanya berdebar-debar. Apa yang dia rasa sekarang tak sama ketika Redza menyentuhnya.

Jari Harraz merayap ke sudut bibir Widya. Dalam kelopak mata yang sembab dan bibir yang sedikit terbuka itu, Widya tetap nampak cantik dan seksi. Memukau perasaan, gelora di dadanya sukar untuk digambarkan oleh kata-kata.

Widya langsung tak mengelak sewaktu Harraz membenamkan bibirnya ke bibir gadis yang dipujanya. Malah, Widya membalas lebih lagi dari apa yang diberikan ketika mereka berkucupan di Fraser Hill tempohari.

Naluri yang bangkit, Harraz tambah berani bertindak. Tali pijama di pinggang Widya, Harraz lepaskan. Dengan mudah juga baju luar dari satin licin itu melorot ke kaki Widya.

"Gosh! I need to have you right now," bisik Harraz di leher Widya sebelum kulit mulus itu dikucup bertalu-talu.

"Take me to bed, then." Widya juga tak mampu menahan keinginan yang sudah mulai bangkit.

Tak bertangguh lagi, Harraz paut pelipat lutut Widya dan mencempung tubuh langsing itu ke bilik tidur.

"I'm too long to not see such beauty," puji Harraz sambil matanya melayari setiap lekuk di tubuh Widya yang terlentang di atas katil. Pakaian di tubuhnya juga, Harraz tanggalkan satu persatu.

"I'm not beautiful." Widya membisik perlahan ketika Harraz mengepung tubuhnya. "I'm damaged good," ujarnya lagi sambil melarikan anak matanya ke arah lain tapi Harraz tarik kembali dagunya agar mereka bertatapan semula.

Bibir Widya, Harraz pagut semula. Dari lembut, lama-kelamaan ianya semakin membara hangat. Tewas dalam amukkan nafsu yang sudah mengusai kedua-dua insan berlainan jenis itu. 

ESCORTWhere stories live. Discover now