Tepat 20 minit masa yang diberikan, handphone Widya menjerit semula.
"Hello Widya. I'm here."
"Got it. I turun sekarang," sudah sedia siap sepenuhnya tadi, Widya mengenakan loafers kegemarannya dan menarik key card dari tempatnya.
Keluar saja dari pintu kaca lobi lif, di depannya ada sebuah Range Rover Velar berwarna coklat keemasan. Widya senyum bila cermin kereta di sebelah penumpang bergerak turun. Yakin kereta itu milik Harraz Arrian. Lelaki kacak yang baru dia ketemu dua kali sebelum ini. Pertama kali sewaktu harijadi Redza dan kali keduanya di Starbuck Café.
"Get in," senyuman manis Widya, Harraz sambut. Comel sungguh Widya dengan blaus denim dan jeans warna senada.
"Hye Harraz!" pipinya dia suakan dan Haraz mengucup sekilas di tepi bibir Widya.
Alah! Raymond pun selalu berbuat begitu. Tentu saja Redza tak kisah!"Lama kita tak jumpa. You... makin cantik!" puji Harraz.
"Puji-puji tu, ada makna ke?" Widya membalas sambil ketawa kecil.
"Isyhh ... I ikhlas tau. Kalau tak percaya, belahlah dada I, x-ray lah hati I." giliran Harraz ketawa. Kini keretanya sudahpun meluncur laju keluar dari kawasan Setia Alam.
"Macam-macam lah you ni. By the way, kita nak ke mana ni? Cukuplah Redza sorang saja yang suka buat surprise."
Terhambur ketawa Harraz. Garau tapi amat menyenangkan. Kalau bukan kerana Redza lelaki pertama mengetuk tangkai hatinya, dia boleh jatuh cinta pandang pertama. Harraz dan Redza, sama-sama tampan. Daya pemikat Harraz pada lesung pipitnya yang ketara jelasnya setiap kali dia ketawa.
"You really love him, don't you?"
Widya hanya senyum lebar. Tidak mengangguk ataupun mengeleng.
"I rasa tak perlu I jawab soalan tu."Harraz mengeluh dalam hati.
"Eh, I tanya tadi. Kita nak ke mana ni?"
"Redza suruh I bawa you ke butik dan beli dress yang sesuai. Dia nak I bawa you ke majlis resepsi dia dan Nelly. You.... Jadi partner I untuk malan tu."
"Like... seriously?"
" Buat apa I nak tipu you? I pun suka kalau I ada partner malam tu."
"You tak ada girlfriend?"
"Girlfriends as in inverted coma 'girl-friends'. Yet, none of them have a special place in my heart,"
"Womanizer macam Redza jugak?" sinis Widya menempelak.
Sedikit pun Harraz tak ambil hati dengan cemuhan Widya.
"Sorry ya? I tak pernah simpan mistress macam Redza."Widya menjeling sekilas. Dia tahu Harraz sedikit memperli.
"Okey.... Kita dah sampai."
Widya memandang ke pintu-pintu kaca deretan kedai di depan matanya. Harraz memakir keretanya betul-betul di hadapan butik Belle Coture di Seksyen 7 ini.
Nyata, Harraz serius dengan rancangannya mahu membawa Widya ke majlis resepsi Redza dan Nelly esok malam.Widya masih berat hati mahu turun dari SUV sehinggalah Harraz membuka pintu kereta lalu menghulurkan tangannya
"Kenapa ni?" Harraz buat-buat bertanya walhal dia dapat mengagak apa yang tersarang di hati Widya ketika ini.
"Tak ada apa-apalah!" Dalihnya. 'Kau sendiri yang merelakan Redza bernikah dengan wanita lain. Kenapa harus kau tunjuk kecewa? Kau harus kuat, Widya!"
Widya senyum lalu meletakkan jari-jemarinya di atas tapak tangan Harraz. Sedikit melompat dia dari kereta tinggi ini. Elok pula dia mendarat betul-betul di depan badan Harraz sehinggakan tubuh mereka berlaga.
Dan kedua-duanya ketawa apabila sebelah tangan Widya terpeluk pinggang Harraz."Sorry! Tak sengaja." Maaf dipinta. Tindakan refleks tanpa disedarinya.
"Nevermind. Kalau you sengaja pun, I tak kisah. Lagi suka, adalah!" Harraz senyum mengusik. Pintu keretanya dia tutup. Lengan Widya yang baru dilepaskan dari pinggangnya, Harraz paut semula. Memimpin Widya ke pintu masuk Belle Coture .
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...