Part 61

7K 228 27
                                    

Minggu berganti minggu dan Redza hilang tanpa jejak. Apakah dia dihukum kerana menolak lamaran Redza untuk kali ke-dua?

Art Gallery dan juga Kids Arts Centre telah pun dibuka beberapa hari yang lepas. Redza langsung tak datang menjenguk. Apa saja masalah yang timbul di awal operasi bisnes baru ini, Encik Syafiklah yang banyak turun padang.
Hendak bertanya, segan lah pula.

Ah! Dari dia asyik memikirkan tentang Redza, lebih baik dia berkurung dalam studio lukisannya. Hari bekerja begini, ruangan kanak-kanak juga lengang. Hanya ada 2-3 orang pelajar tetap yang sudah berdaftar untuk kelas 3 kali seminggu. 2 orang staf sedang melayani mereka.

Widya termenung depan kanvas putih di stand frame dengan kanvas kosong. Bunga apa yang mahu dia lakarkan hari ini?

Laptop di atas meja, Widya buka lalu foto-foto pelbagai jenis bunga yang dia ambil menggunakan kamera telefon mahalnya semasa di Cameron Highlands dulu, dia pilih satu-persatu.

Ada juga foto pemandangan cantik di sekitar hotel Avillion CH terselit di folder yang sama. Pantas akalnya merewang kepada kenangan hitamnya bersama Redza. Di mana kesuciannya diragut lelaki itu secara paksa rela.

'Paksa Rela?' dalam keterpaksaan dia relakan segalanya demi kelangsungan hidup. Menyesalkah dia?

"Ada apa dengan gambar tu?"

Widya tersentak mendengar suara Redza. Sepasang tangan menyilang di atas dadanya. Bibir Redza mendarat di pipinya dari sisi kanan.
"Er nothing! I sedang scroll gambar-gambar bunga. Dah lama I tak melukis, busy dengan set up galeri. You dari mana?"

"Dari opis. I miss you,"

Widya senyum segarit. Rindu? Apa makna rindu kalau berminggu-minggu senyap dan sunyi?

"Sayang..... I tahu you marah sebab dah lama I tak contact you. Bukan I sengaja tak nak jawab your calls,"

"Dah lah Redza. I tak nak dengar apa-apa. I nak marah untuk apa? I'm your escort girl. Jika you perlukan I untuk jadi teman tidur you, baru you cari I, kan? Tonight rumah mana? Trefoil or Casa Suria?" dia harus faham. Redza sudah ada isteri. Dia juga yang meminta agar diberikan ruang supaya hubungan gelap mereka tidak terlalu obvious di khalayak ramai.
Widya bangun mengemaskan berus lukisan dan tiub-tiub warna acrylic ke dalam bekasnya semula.

"You keluar dulu lah. Nanti jumpa dekat parking," suruh Widya. Redza ni bukan boleh dipercaya. Bimbang Redza buat macam-macam dalam studio kecil ini. Kalau terkantoi dengan staf mereka di luar, buat malu je.

"I nak tutup pintu galeri. See you," ujarnya lagi dan menunggu Redza melepasi pintu. Kemudian, Widya melangkah ke pejabatnya bagi mendapatkan beg tangan.

Memberitahu pekerja di ruangan kanak-kanak yang dia mahu pulang awal hari ini, begitu juga dia menyuruh Amirul dan Izzati menutup kids centre selepas kanak-kanak itu dijemput keluarga mereka sejam lagi.

♡♡♡♡♡♡♡♡

Di petak parkir khas yang disewanya, Redza sedang bersandar di pintu kereta hitam milik Widya.
"Mana kereta you?"

"I guna 'Grab Car' tadi. You jugak yang mintak supaya kita berdua tak expose sangat pada public."
"Yes, betul lah tu. Kebanyakan retail lot dalam building ni pun.... company you yang managed. Ramai yang kenal you. It' better to be careful." Widya picit butang remote.

"You belum jawab soalan I tadi. Trefoil or Casa Suria?"

"Give me the key," Redza tadah tapak tangannya.

"Beritahu dulu kita nak pergi mana," Widya berdolak-dallih. Kalau setakat nak balik ke Trefoil atau Casa Suria, tak jadi masalah langsung untuk dia memandu.

"Ikut je lah, tak payah banyak tanya."

Widya buat tak endah. Kunci keretanya masih dalam gengaman tangan sendiri.
"Fine, kalau you tak nak beritahu I balik sendirilah. Do whatever you please,"

"Widya....." lengan Widya, lebih pantas Redza paut sebelum Widya buka pintu.

"Kenapa degil sangat ni? I nak bawa you jumpa doktor. You dah lewat untuk routine check-up." Kunci di tangan Widya Redza rampas lalu dia heret Widya ke pintu sebelah kiri.

"I tahu kalau I tak ingatkan you pasal health screening, you tak akan pergi sendiri,"

"I hate going to the doctor,"

"I know," balas Redza perlahan. "But, I kena pastikan you sihat sepenuhnya bila you bersama I,"

"I'm clean and I don't need check-up," Widya buat muka. Macamlah dia jenis gila sex dan tidur dengan lelaki lain sesuka hati.

"You memang degil. You better watch out. Orang degil macam you, bakal dapat hukuman berat malam nanti." Ugut Redza.

"You nak buat apa?"

"Just wait and see," senyum Redza penuh dengan muslihat.

♡♡♡♡♡♡

Selepas membuat beberapa prosedur rutin di klinik, Redza pimpin Widya ke kereta semula.
Sejak dari klinik tadi, kepala Widya rasa menyucuk-nyucuk. Kenapa dengan dia? Terlalu memikirkan tentang hukuman yang bakal dia terima sampaikan kepalanya berat begini?

"Redza," langkahnya mula tidak teratur. Pandangannya mula kabur. Doktor suntik ubat apa tadi? Kalau suntikkan pencegah kehamilan yang biasa dia ambil, tak pernahlah rasa pening begini.

"What's wrong, sayang?" Redza pun hairan melihat Widya yang kerap kali memicit dahinya.

"I..... pening!" habis saja ayatnya, terus saja tubuh Widya lembik.

Mujurlah Redza sudah bersedia dan sempat menahan Widya melorot ke jalan tar. Cepat-cepat Redza cempung Widya ke dalam kereta.

ESCORTWhere stories live. Discover now