"Hujung minggu ni, I nak ke Phuket. Then sailing to Krabi. You nak ikut tak?" Redza menopang dagu dengan kedua-dua belakang tangannya. Senyum kecil merenung Widya yang makan penuh berselera.
Seperkara yang dia perasan, setiap kali sesudah berasmara dengannya, Widya pasti kelaparan tahap melampau-lampau. Mujurlah si langsing ini susah hendak naik badan. Makanlah banyak mana, tubuh Widya tetap begitu. Isterinya Nelly, sejak mengandung ini tubuhnya sudah dua kali besar dari asal. Makan, tak hengat dunia!
"Krabi lagi? Tak naklah! I have few paintings tempahan customer yang nak kena siapkan."
"I don't take 'no' as an answer."
Terlepas sudu dan garpu dalam genggaman Widya. Wajah Redza, dia soroti dengan geram.
"Buat apa you tanya I nak ikut atau tak kalau keputusannya, I kena escort you jugak? Paksa-rela namanya tuh!"
"Paksa-rela? Dari mana you belajar that words?"
"Kawan-kawan sekolah I dulu yang selalu sebut."
Tergelak kecil Redza. "Di mana mereka sekarang? Apa yang I tahu, kawan you cuma ada Fiqri seorang?"
Widya angkat bahu. "Entahlah! Lost contact. Ada yang sambung belajar, ada yang dah kerja. Atau mungkin, ada yang dah kahwin kot. Semenjak my mum bunuh diri, mereka larikan diri. Takut agaknya my mum jadi hantu cekik mereka." Widya pura-pura ketawa dengan lucuan sendiri. Padahal, hatinya terguris dipulaukan kawan-kawan sekolahnya yang dulu amat rapat.
"Pity you," tapak tangan Widya, Redza capai lalu meramasnya.
Geram atas paksa-rela Redza terhadapnya surut perlahan-lahan dengan pujukan itu.
"Harraz ada beritahu, you bakal jadi ayah. Betul ke?"
"He did?" Redza buat-buat terkejut tapi dalam hati tetap merasa lega yang Harraz tunaikan janji sebelum dia membawa Widya bercuti ke Bukit Fraser.
"Congrats!" ucapnya tanpa rasa. Perlu ke dia tunjuk gembira dengan perkembangan hidup Redza?
"Sayang..... kenapa you nampak sedih?"
"Tak ada apa-apa. Mana ada sedih?. Ermm... I dah kenyang. Jomlah balik, esok.... I nak kena pergi galeri. Sekurang-kurangnya satu atau dua paintings siap sebelum kita terbang ke Phuket, cukuplah!" Widya terlebih dulu tolak kerusi ke belakang. Dia pun perlukan rehat secukupnya sebelum kembali mengadap kanvas lukisannya esok.
Dari selesai makan malam tadi, Redza sedar yang Widya menguncikan mulut. Sepi ruang kereta yang hanya ditemani lagu-lagu jazz yang berkumandang.
"You tidur dengan Nellly atau...... baby IVF?" hampir sampai di tempat parkir Trefoil Service Apartment, Widya menerjahnya dengan soalan.
"Itu ke yang ganggu fikiran you sejak tadi?"
"I tanya.... jawab jelah!" ketegangan suara Widya jelas ketara. Lain dia menyoal, lain pula yang Redza balas.
"You fikir I lupa janji I tak akan sentuh my wife? Of course by IVF procedure. I'm glad baru sekali je mencuba, terus berhasil. Bukan murah tau, kos IVF tu?"
Widya diam. Redza kan, banyak duit? Setakat kos hospital, apalah sangat? Kereta yang Redza pandu inipun, rasanya tidak memadai buat Redza. Redza lebih dari mampu membeli jenama yang lebih hebat dari sebuah BMW. Entahlah! Mungkin citarasa Redza berbeza dari orang lain.
"Apa akan jadi nanti? Lepas bonda you dah dapat cucu, mesti dia makin sayang pada your wife, right? Nasib I pula, macamana?"
"You dah janji, kan? Yang you akan jadi isteri I bila umur you mencecah dua puluh satu," Redza mengingatkan Widya tentang janji yang pernah Widya lafazkan sebelum ini.
"I pernah cakap, kan? I tak akan jadi isteri ke-dua," Widya buka pintu kereta dan keluar mendapatkan pintu lif. Setiap kali berjumpa, pastinya mereka akan bertengkar tentang perkara yang sama.
Lantas, Widya teringat akan kata-kata Harraz siang tadi. Harraz sanggup ambil alih Kiwi Art Gallery dari Alampuri Marketing. Kenapa dia tak pernah terfikirkan perkara serupa? Apa kata, dia ke pejabat mendiang daddynya esok dan minta Uncle Wildan jualkan separuh dari sahamnya dan bolehlah galerinya diselamatkan dari cengkaman Redza.
Mana tahu, selepas Redza punya anak, dia juga bakal disingkirkan dari hidup lelaki itu?
Dia harus sediakan payung sebelum hujan!
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...