Part 80

3.8K 90 4
                                    


2 TAHUN KEMUDIAN.


Anak mata Reene jatuh pada Widya yang sedang termenung. Dagu Widya bertongkatkan tapak tangan sendiri di mejanya. Sejak akhir-akhir ini, Reene sedar mood pemilik Kiwi Art Gallery itu asyik tak menentu, tak seceria selalu. Widya ada masalah dengan teman lelakinya kah?

Reene ketuk meja kayu dengan jari-jemarinya yang runcing.

"Hel..... lo!"

Widya tersentak lalu panggung wajahnya ke atas, di mana Reene, Assistant Manager Kid's Centre itu sedang merenungnya penuh tanda tanya.

"What?"

"Apa?" Widya menanyakan kembali.

"Aku tanya kau, kau tanya aku soalan yang sama? Aku pelik tengok kau sepanjang minggu ni. Kau.... bergaduh dengan Alex ke apa?"

"Alex? Mana ada gaduh? Kami berdua, baik-baik jelah,"

"O.k...... hurmmm. Kalau o.k..... mana dia sekarang? Selalunya, setiap petang Jumaat dia datang jemput kau untuk dinner,"

"Hah? Alex sepatutnya dah sampai...." Widya kerling jam di dinding dan tersedar akan rutin mingguannya.

"Baik aku pergi sekarang. Talk tou you later," Biingkas dia membuka laci mahu mencapai beg tangannya dan tiba-tiba saja Widya teringatkan sesuatu. Lalu, laci itu Widya tutup smula.

"What's wrong?"

"Aku lupa, Alex tak ada. Dia outstation, patutlah dia tak call tadi. Selalunya, dia akan hubungi aku sepuluh minit awal sebelum dia sampai,"

Tergeleng-geleng kepala Reene. Dia mengintai keluar dari balik ruang kaca pejabat kecil Widya. Di luar sana, ada beberapa orang kanak-kanak yang sedang mewarna, dilayan oleh dua orang pekerja mereka.

Esok dan lusa, ruang kanak-kanak ini akan penuh dengan pelbagai aktiviti memandangkan ramai dari pengunjung Setia City Mall ini tidak melepaskan peluang menghantar anak-anak mereka ke Kiwi Kid's Centre bersebelahan Arts Gallery dan para ibu-bapa bolehlah membeli-belah dengan aman.

"Kau memang tengah ada masalah." Bebel Reene. Dia tarik kerusi dan duduk berdepan dengan Widya.

"Kau tak ada kerja nak buat ke?" Widya mengingatkan. Walaupun mereka berkawan baik hampir 2 tahun yang lalu, tetapi hakikatnya dia tetap bos di sini.

"Memanglah ada banyak kerja. Tapi.... kerja yang aku buat sekarang, sejak setahun lebih jadi pendengar setia masalah kau, kau patut ucap terima kasih tau? Percuma tau servis aku,"

"Kau nak apa sebenarnya?" Widya senyum senget. Faham sangat makna kening Reene yang terjungkit-jungkit itu.

"Ceritalah! Aku tengok muka kau yang mendung dua-tiga hari ni, akupun sama susah hati."

"Hurmm.... aku mimpi dia lagi."

"Mimpi siapa? Alex?"

Widya mengeleng perlahan. "It's extremely.... hot! Kalau boleh aku tak nak bangun dari tidur,"

"Oh! Tapi.... setakat ni kau mengaku yang kau tak pernah tidur dengan Alex. Maknanya, kau wet dream dengan...... your ex;- Tengku Redza?"

"Entahlah! Dah hampir seminggu aku mimpikan dia. Aku fikir hanya mainan tidur pada mulanya. Tapii.... makin menjadi-manjadi sejak kebelakangan ini." Widya tarik nafas berat bila teringatkan mimpi yang selalu mendatangai sejak akhir-akhir ini. Dan kenapa lelaki itu adalah Redza, bukannya Alex teman lelakinya sekarang?

"Aku ingat kau dah move on?"

"I'm over what had hapenned to us. It just means, that," Widya berhenti di situ. Mata, dia pejamkan seketika dan ambil nafas. "O.k.... I'm still mad. Aku benci bila asyik teringatkan dia. Dua tahun, Reene. Dua tahun aku cuba bunag nama 'Tengku Redza Naufal' dari kepala aku, tapi aku tak boleh!"

"Alex tahu ke?"

"What?" apa kaitan Alex dengan ceritanya tadi?

"Tahu pasal mimpi kau dengan Redza?"

"Kau gila? Untuk apa aku beritahu Alex pasal semua mimpi-mimpi aku?" Widya menyoal semula.

"Apa sebab kau tak nak beritahu Alex?"

"Senang je. Aku tak nak dia terluka."

"Tapi kau tak cintakan Alex. Dia patut tahu yang kau......."

"Dah! aku tak nak dengar lagi. Cuba kau letak diri kau dekat tempat aku? Alex sayang aku tapi aku tak boleh jatuh cinta pada orang lain selagi aku tak dapat lupakan Redza."

Reene mengeluh. Widya memang degil. Redza pula ego tak bertempat!

"Aku nak balik. Kau.... jangan lupa pastikan semua pintu berkunci seperti biasa." Seperti selalunya, Widya memberi peringatan. Galeri lukisannya hanya beroperasi sehingga jam 8.00 malam, sebaliknya Kid's Centre akan ditutup pukul 9.00 nanti. 

ESCORTWhere stories live. Discover now