Part 60

7.3K 218 15
                                    

Widya masih lagi berada dalam rangkulan kemas Redza. Masih berkelubung dengan selimut yang sama hingga ke petang di dalam bilik utama Casa Suria.

"Redza..... pukul berapa nak pergi Setia Mall? Dah lewat petang ni," tapak tangannya, Widya tekan ke dada Redza lalu mendongak. Merenung wajah Redza yang masih terpejam. Dia tahu, Redza bukannya tidur.

"Tak payah pergilah. Baring macam ni, lagi best!"

"You kata nak tengok renovation progress?"

"No worries, sayang. I.D. people dah send semua gambar-gambar to my watsapp. Rasanya dah cukup buat masa ni."

"Jadi.... you sengajalah lah bagi alasan nak pergi Mall pada Kak Mas tadi?"

"Well....."

"You tak baik tau, tipu macam tu,"

"Sayang, you patut faham dengan status I sekarang. I dah ada isteri and you, my girlfriend. Mungkin Maslina dan Fiqri boleh terima. But how about their new staffs?"

Widya diam. Alah! Cara Redza melayani dia di studio tadi pun Amira dah tunjuk iri hati. Mungkin juga Amira sudah pun mengesyaki dia dan Redza punya hubungan istimewa.

"Termenung je, kenapa?"

"Tak ada apa lah!" dalih Amira perlahan.

"Malam ni, you tidur kat sini okey?"

"Kalau your wife cari you sampai sini, macamana?"

"Nelly tak pernah tahu dekat mana I tinggal. Dari dulu dia fikir I tinggal serumah dengan bonda I."

"Dia tak pernah tanya kawan-kawan you?"

Redza senyum.
"All my friends tak berapa berkenan dengan Nelly. Sebab tu dorang terkejut kenapa I setuju bila our family nak kami nikah,"

Widya membisu sekali lagi.

"Jom sayang!"

"Jom pergi mana?"

"Jacuzzi. Dah lama kita tak mandi buih," usik Redza sambil kenyitkan matanya.

Widya tergeleng kecil.
Redza ni, tak kenal erti penat ke?

♡♡♡♡♡♡♡♡

Entah mengapa, dadanya berdebar-debar sejak keluar dari lif. Langkah pendek-pendek, Widya aturkan ke pintu rumahnya. Bagaikan ada perkara buruk bakal berlaku.

"Ahh!"' Widya lepaskan nafas ketat di dadanya. Sepatutnya dia nyahkan unsur-unsur negatif di hari jadinya yang ke-20 ini.

Yang geram, seharian Widya menunggu panggilan atau watsapp dari Redza namun tak juga kunjung tiba.

Mana Redza menghilang? Sejak kali terakhir dia bermalam di Casa Suria, Redza terus sepi tanpa khabar. Janji Redza menyambut hari jadi Widya berdua-duan secara romantis nampaknya hanya tinggal janji.

Seperti tahun-tahun yang sudah dilalui, tiada siapa yang sudi meraikannya. Fiqri pun tak pernah ingat akan tarikh lahirnya. Lantas, apa maknanya cinta yang pernah Fiqri luahkan dulu kalau perkara sekecil itu pun dia tak pernah ambil tahu?

Gelap gelita rumahnya. Hairan sungguh Widya. Setiap hari sebelum keluar, dia akan pastikan lampu kecil di ruang berdekatan pintu terpasang supaya jika dia pulang lewat, tak perlulah dia meraba-raba dalam gelap.

Suis lampu, Widya tekan. Satu lampu pun tak menyala.
'Alah! Blackout ke?' tanya Widya pada diri sendiri. Semenjak dia berpindah dari rumah lamanya, tak pernah lagi unit Trefoil Service Resident ini blackout.

Widya resah. Dia tak pernah tahu di mana letaknya lilin atau lampu suluh. Takkan mahu bergelap sehingga kuasa elektrik pulih semula?

Mengharapkan bantuan dari lampu telefon bimbitnya yang juga hampir kehabisan bateri, dengan perlahan Widya mendapatkan pintu bilik.

ESCORTWhere stories live. Discover now