Part 46

7.2K 198 1
                                    

Langkah lemah dihalakan ke sette rotan di hujung pool deck.

Skrin kaca telefon pemberian Redza, Widya renung bagaikan mampu tembus hingga ke belakang. Tiada sebarang perbandingan untuk dia rungkaikan perasaanya ketika ini.

Marah? Dendam? Sakit hati? Kecewa....
Jiwanya bergolak. Bertahun kebelakangan ini, dia sudah terbiasa hidup berseorangan. Tiba-tiba saja datang seorang lelaki mengaku bapa saudaranya dan membawa wasiat peninggalan daddy?

Kenapa baru sekarang? Kenapa tidak dari selepas dia kehilangan tempat bergantung semenjak mummy menamatkan riwayat hidupnya dengan cara tragis?
Selama yang dia tahu, semua harta milik daddy sudah menjadi hak isteri baru daddy. KalauIah Uncle Wildan mencarinya selepas mummy pergi, dia tak berada di rumah Redza sekarang.
Jika dapat dia putarkan waktu........

"Sayang!"

Widya tersentak apabila jari-jemari Redza hinggap di bahu kirinya. Dalam mengelamun panjang, dia tak sedar langsung yang Redza duduk di sebelahnya.

"Maslina nak apa? Ada masalah dekat studio ke?"

"Er.. tak ada apa. You kata nak keluar sekejap lagi kan? I naik atas dulu, bersiap." Widya memberi dalih seraya bangkit dari sette rotan. Senyuman hambar dilontarkan.
Malangnya, pinggangnya ditarik semula. Terduduk Widya dipangkuan Redza.

"Redza....." Widya cuba meleraikan pelukan Redza walaupun sedar, memang payahlah untuk dia dapat meloloskan diri.

"Senyuman tak ikhlas you tadi, nampak sangat you menipu. I tak akan lepaskan you, kalau you tak berterus-terang dengan I. Tak payah keluar hari ni pun tak apa."

"Tolong jangan paksa I, boleh tak?" marah Widya walaupun dengan nada yang amat perlahan sekali.

"Kalau atas nama 'paksaan', lebih teruk dari ini yang I buat pada you." Rangkulannya diketatkan.

Widya membatu. Apa saja perkara yang dibualkan dengan Kak Maslina tak ada kaitan langsung dengan Redza. Jika Redza ambil tahu sekalipun, tak akan merubah apa-apa. Hidupnya sudah terikat dengan Redza dan dia tak akan berpaling lagi.

"Betul lah lelaki berumur yang Iqbal bawa ke pub malam tu, uncle you?"

"Hurmm...."

"Selama ini, you tipu I lah? You said you have nothing leave behind?"

"I did......"
Nafas, dia tarik perlahan. Bagaimana harus dia mulakan?

"Tentu ada sebab uncle you mintak tolong Iqbal untuk cari you."

"You curi dengar ke I bercakap dengam Maslina tadi?"

"I dengar.... Tapi I tak boleh pick-up semuanya."

"Tak ada yang penting sangat pun. Cuma..... daddy ada wasiatkan saham syarikat daddy sebelum dia tukar agama. Maybe..... Uncle Wildan jadi pemegang amanah. I'm not very sure about that. I kena jumpa dia to find out. Which...... I think, it won't necessary anymore."

"Kenapa you cakap macam tu? Silap-silap, you lebih kaya dari I."

" I don't think so. Syarikat daddy tak sebesar Alampuri."

Giliran Redza pula yang senyum hambar.
"Atau.... You menyesal sebab baru sekarang you dapat tahu pasal wasiat mendiang daddy you? You menyesal sebab you dah jual tubuh you pada I. Sebab tu you termenung lama tadi?"

"Redza.... I tak terfikir macam tu pun!" Widya menafikan tapi sebenarnya itulah yang terlintas si fikirannnya sebentar tadi.

"I dah siasat tentang Wildan Wilson dan juga Willis Wilson. Is Geogis Wilson Freight Management sounds familiar to you?"

Wajah, Widya alihkan supaya mata mereka bertentangan.

"Itu... nama company daddy I. You nak I pergi kepada my uncle?"

"No way. You're mine, remember?"

"Tapi..... tak salah kan, I dengar apa kata Uncle Wildan dulu. Lepas tu, baru I buat decision. Lagipun..... tak lama lagi you akan sibuk dengan isteri. Apa salahnya I kerja dengan Iqbal?" Widya cuba mengusik Redza

Pantas Redza mengeleng.
"I tak nak you selalu ada dekat dengan Iqbal Hazwan. I tak mahu dia rampas you dari hidup I."
Pipi Redza, Widya sentuh dengan tapak tangan.

"You know how much I love you, right. I'm not going anywhere unless you ask me to do so." Bibir Redza, Widya kucup dengan penuh perasaan. Membayangkan seluruh hatinya hanya buat Redza.
Tangan Redza melurut rambut panjang Widya yang dibiarkan lepas.

"Sebab tu, I mahu Kiwi Arts Studio jadi subsidiary Alampuri Marketing. I ada plan untuk masa depan kita." Usai saja bertukar air liur, Redza membangkitkan tawaran yang diberikan beberapa hari lalu.

"Let me talk to my uncle, first. Sebolehnya I tak nak terlibat dengan family Iqbal. You know, mamanya tak pernah sukakan I."

Lega hati Redza mendengarnya.

"Lepas kita keluar, I hantar you balik. Esok, you jumpa Maslina dan mintak nombor Uncle you. I'm sure dia ada tinggalkan bisness card dia."

"I will. Thanks, Redza."

Redza senyum manis.
"You're welcome." Dan bibirnya ditaut kembali ke bibir Widya.

ESCORTWhere stories live. Discover now