"Wid pergi duduk dengan Uncle. Biar abang sapu kaca kat lantai. Carefull," pesan Iqbal agar Widya tidak terpijak serpihan kaca.
"Hye Widya. You look exactly like your mom," setiba di depan sofa, Wildan terus menerkam Widya. Meraih Widya ke dalam pelukannya dan mencium pipi si cantik itu kiri dan kanan.
"Hi," Itu saja yang mampu Widya balas.
"Uncle tahu Wid mesti terkejut bila tiba-tiba saja uncle muncul. Uncle mintak maaf, sejak daddy Wid meninggal, Uncle tak pernah cari Wid. Sebabnya.... beberapa tahun lepas, uncle sakit teruk di kampung,"
Widya membatu. Hanya telinga dia pasang mendengar butir bicara bapa saudaranya.
"Wid tak ingin pulang ke kampung halaman daddy Wid?" soal Wildan. Kalau boleh, dia mahu membawa Widya pulang ke Tandanao buat seketika. Lebih-lebih lagi bila mendapat berita dari mulut Iqbal yang kekasih Widya akan bernikah dengan wanita lain.
"Maaf uncle, tempat Wid di sini. Wid tak akan ke mana-mana."
"Wid patut lihat tanah-tanah pusaka yang 'kakek' dan 'oma' tinggalkan buat Wid,"
"Wid tak perlukan semua itu, uncle. Kalau uncle mahu, uncle boleh ambil kesemua bahagian Wid."
"Wid, jangan begitu dong! Apa kerana Wid sudah punya cowok yang kaya-raya, Wid sudah lupa diri?".
Berkerut dahi Widya. Cowok itu apa? Widya menentang anak mata Iqbal.
"Cowok tu, maksudnya teman lelaki. Kekasih 'gelap' Wid, Tengku Redza Naufal," Iqbal menerangkan.
Widya ketap bibir. Melampau betul Iqbal ni tau? Semua pun nak cerita pada Uncle Wildan?
"Macam yang Wid dah nyatakan pada Iqbal, dah terlambat untuk ubah apa yang sudah berlaku. Wid dan Redza..... kami saling mencintai."Iqbal renung wajah Widya. Jujur sungguh Widya mengaku hubungan terlarangnya. Tak berselindung langsung!
"Wid..... tolong lupakan lelaki itu? Tanpa dia, Wid masih boleh teruskan hidup. Wid. Memanglah sekarang uncle masih bertindak sebagai pemegang amanah, tahun depan bila Wid sudah mencecah dua puluh satu tahun, tiba masanya uncle serahkan saham-saham Geogis kepunyaan Wid."
Widya berfikir sejenak. Tahun depan? Tahun depan juga dia berjanji untuk mengahwini Tengku Redza Naufal.
"Buat masa sekarang, Uncle mahu Wid bekerja di bawah Iqbal. Belajar selok-belok bisness peninggalan daddy Wid." Belum sempat Widya memberi kata putus, Wildan menyambung lagi. Memang besar harapannya ke atas Widya kerana dia tidam punya zuriat. Widya sahaja waris yamg tinggal dalam salasiah keluarga mereka. Kalaulah Widya mengahwini Redza, tentu Redza berupaya menakluk Geogis pula.
Widya mengeleng keras.
"Wid tak ada ijazah dan Wid tak minat bekerja di pejabat. Wid dah punya bisnes sendiri, uncle. Walaupun kecil tapi arts and paintings dah sebati dalam diri Wid.""Wid cubalah dulu..... jangan terus menolak." Pujuk Iqbal pula. Kesian pada Uncle Wildan yang mahu menjaga satu-satunya darah daging yang dia ada. Tapi kenapa Widya susah betul mahu menilai? Terlalu mabuk dengan cinta Redza agaknya.
"Beri masa untuk Wid fikirkan. Setidak-tidaknya sampai majlis perkahwinan Redza selesai." Hati Widya mula goyah dengan kesungguhan uncle Wildan. Dia mula terfikir tentang janji Redza. Benarkan Redza tak mahu berhubungan dengan isterinya? jika dinilaikan betapa 'rakus' dan kegilaan Redza di atas katil, susah juga mahu percaya yang Redza mampu bertahan. Contoh paling dekat sudah ada. Kononnya mahu menunggu dia benar-benar bersedia untuk menyerahkan tubuh, adalah palsu semata-mata. Kejadian di Avillion Cameron Highlands itu, apa?
Bukankan dia disetubuhi tanpa rela?
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...