Part 15

10.5K 280 7
                                    

"Apa yang you nak I buat for the very first day I work as.... er, you know what I mean,"

Redza renung wajah Widya lama hingga gadis itu rasa tak selesa. Tangan Widya, Redza tarik menaiki tangga ke pool deck yang sama Redza mengadakan parti malam tadi.

Siang hari begini, barulah nampak hutan yang menghijau. Sejuk matanya memandang. Patutlah swimning pool berlantai kayu ini dibina di belakang rumah. Hampir tengahari pun, tak terasa teriknya. Redup sahaja pool deck dilindungi bayang-bayang pokok besar.

"Selain melukis, apa hobi you?" lain yang Widya tanya, lain pula Redza menyoal. Redza duduk di sette rotan dan menarik tubuh Widya duduk rapat di sebelahnya.

"Reading, maybe. Mostly, I lebih banyak tidur! Yeah.... kalau dah berejam mengadap my painting, badan pun penat." Panjang lebar Widya menerangkan.

"I ada banyak soalan nak tanya you."

"Tanyalah,"

"Today is your birthday. Kenapa you duduk dekat rumah saja? Shouldn't you go out to celebrate with your family?"

"Hurmm... my mum was too busy to remember my birth date."

"How about your dad? Or maybe siblings?"

"I lost my dad few years ago. Sama macam you, I pun anak tunggal."

"Oh! Sorry to hear that." Widya menjawab perlahan. Tercetus soalan lain pula di mindanya. Kalau Redza kata dia tak punya adik beradik, pakaian siapa yang berderet di dalam almari bilik yang ditidurinya itu?

"Bilik tempat I tidur, siapa yang punya? Baju dan seluar yang I pakai ni, milik siapa?"

Redza tersentak. Alahai... baru sekejap dia bilang yang dia anak tunggal. Haishhh.... susahlah untuk dia menyembunyikan aktiviti sosialnya.

"A girl before you,"

"Escort girl juga? So far, how many of them?"

"Hey! At the moment, I boss you. You tak ada hak nak tanya soalan tu."

"I nak tahu je. Tak boleh ke? Macamana you pilih perempuan yang baju, seluar dan undergarments pun sama size?" Memang menghairankan kalau Redza beli pakaian untuk dirinya sebanyak itu?

"F.Y.I.... I'm very selective. My taste, off course yang muda, cantik, tinggi dan ramping macam you. You didn't looked like a nineteen years old girl. That day, I assumed umur you dalam... er... twenty three."

Widya senyum sumbing. Mungkin kesusahan dan keperitan yang dia lalui membuatkan dia nampak lebih matang.

"Dari mana you dapatkan those girls? Melalui Tisha ke?"

"Few of them, yes. Tisha always recommended me to a new girl yang baru nak berjinak dengan modelling. Sebabnya, Tisha tahu I tak suka bekas orang."

"I fikir, dalam novel atau filem saja ada Mr. Grey. Tapi... tak sangka, in real life pun I boleh terjumpa lelaki yang sama wataknya dengan Christian Grey."

Redza ketawa.
"You samakan I dengan Mr. Grey? Well.... I rasa, semua perempuan dalam dunia ni, berangan dapat lelaki kaya, terkenal dan kacak macam dia kan?"

"I guess so. Thanks god, I'm not one of those people."

"Reason?" Redza renung wajah cantik gadis muda di sebelahnya.

"He's physcho. What kind of men who like to beat up women before sex? It's so scary you know?"

Redza senyum. Widya yang nampak polos dan naif, rupa-rupanya amat terbuka berbicara tentang hubungan seksual.
"You don't like hard sex. So... you prefer a romantic touch like this?" wajah yang bertentangan, mudah saja bibir Widya, Redza sentuh dengan lembut. Membenamkan bibirnya lama ke bibir Widya, kemudian mengucup ulasnya yang merekah tanpa sebarang palitan lipstik.

Widya terkaku. Bergelora jantungnya dan segala bulu roma tegak berdiri. Seketika kemudian, Widya alihkan kepalanya ke belakang, memaksa Redza melepaskan kucupannya.
"Sorry, I'm not used to this...."

"You've never been kissed before?" hairan Redza. Tak mungkinlah gadis secantik Widya tak punya teman lelaki?

Widya geleng.

"Boyfriend or someone special in your life?"

"No.... I don't have any."

"Good!" Redza senyum menggoda. Bertuah sungguh dia dapat berkenalan dengan Widya walaupun detik pertemuan mereka hanyalah di 7 Eleven.
Bibirnya, Redza dekatkan ke telinga Widya.
"Are you still a virgin?" bisik Redza dalam suara garaunya.

Berubah wajah Widya serta-merta dan pipinya panas. Ternyata dia sudah terlepas kata dengan pengakuan lurusnya.
Widya mahu bangkit dari kerusi tapi dihalang oleh Redza.

Pinggang Widya, Redza raih sehinggakan dia terduduk di pangkuan Redza.
"I will never let you go," itulah kata-kata terakhir Redza sebelum dia menawan bibir seksi itu sekali lagi.

'Never!' bisik hati Redza.

ESCORTWhere stories live. Discover now