Part 93

3.5K 92 0
                                    


Widya tolak kerusi ke belakang setelah beg tangannya disangkutkan ke bahu. Tak kuasa mahu ber'bye-bye' lagi dengan semua yang ada. Dia sedar, kehadirannya di sini tidak disenangi Redza.

Rasa nak bunuh Hasya pun ada! Dia rasa terhina sungguh!

"Go and get her, Redz. Jangan lepaskan dia lagi." Budriz tepuk bahu sepupu isterinya yang nampak serabut dan terpinga-pinga.

Redza rasa sungguh bersalah. Kerana herdikannya tadi, Widya sanggup meninggalkan rumah penginapan ini. Lantas, dia berkejar ke halaman di mana tangan Widya sudah menarik picu membuka pintu keretanya.

"Don't go." Tegah Redza lalu menutup pintu HRV merah Widya semula. Berdentum bunyinya.

"You buat apa ni? I nak balik. Tak sudah-sudah sepupu you menipu I. Dulu, Harraz. Sekarang, Hasya pula. Entah-entah, memang rancangan you dengan Hasya. Tadi tu, you hanya berlakon buat-buat terkejut?

"I berani sumpah, I tak tahu apa-apa pasal tadi. Hasya's fit as a fiddle,"

"Yes she did,"

"You tak perlu pergi. Ini rumah mereka dan you tetamu Hasya. I tak ada hak untuk halau you."

"Don't flatter yourself. I'm not leaving because of you."

"Widya.... jangan degil? You belum sempat makan lagi. At least, stay sampai lepas lunch." Kali ini Redza berlembut.

Wajah Widya, dia renung tajam. Mohon simpati kerana jika Widya keluar juga dari sini, bermakna dia bakal dipersalahkan.

Lagi pun, dia sudah rindu untuk memeluk figura jelita di depan matanya ini!

###########

Usai makan tengahari, Widya memerap di bilik yang diberikan untuknya. Bilik kecil yang sama ditiduri Widya ketika kunjungannya yang pertama dulu bersama Harraz. Setiap apa berlaku di malam itu, masih terpahat utuh di kepala.

Harraz yang senantiasa memberi layanan yang baik sepanjang mereka bersama. Yang acapkali memberi kucupan romantis ketika mereka keluar kerana Redza begitu sibuk menjaga isteri dan anak yang bakal lahir. Sehinggalah sedikit demi sedikit, kasihnya beralih arah kepada sepupu Redza itu.

Kemuncaknya, dia tunduk pada godaan Harraz. Nafsu yang sudah lama terbatas dek kekangan kesibukan Redza, berjaya Widya lunasi dengan pujuk rayu Harraz. Dan bila Redza dapat tahu, segala-galanya musnah!

Tok! Tok! Tok!

Belum habis Widya menyelak lembaran kenangan pahit, kedengaran suara Effa memanggilnya. Dengan malas, Widya bangkit dari sofa kecil dan menyelak daun pintu. Wajah bakal ibu muda yang berseri-seri itu, Widya pandang.

"Yes, Effa?" senyum dilemparkan. Kemudian, anak mata Widya jatuh kepada perut Effa yang membulat.

"Marilah keluar. Kami semua dah ready untuk minum petang dan celebrate birthday Harlis." Ajak Effa, membalas senyuman Widya tadi.

"Oh! Sekarang ke? I thought ada barbeque dinner malam nanti?"

"Sorry, malam nanti tak ada apa-apa program. I dengan Naim kena balik petang ni jugak. Esok, Naim kena fly ke J.B."

"Baiklah! I ikat rambut sekejap. You pergilah dulu, nanti I datang."

Effa angguk lalu berpaling untuk pergi sambil tangannya memegang perut yang terasa bergelombang. Bakal bayi lelaki dalam rahimnya ini memang aktif bergerak sehingga kadangkala dia terasa senak sungguh!

ESCORTWhere stories live. Discover now