Part 53

6.3K 190 12
                                    

Sehelai gaun lengan pendek berwarna kuning menjadi pilihan Widya dan Harraz juga setuju tanpa banyak komen. 3 jam di Belle Couture sedikitpun tidak memenatkan melayani Widya yang rambang mata mencuba berpuluh-puluh dress yang terdapat di situ.

Keluar dari butik, mereka membasahkan tekak di sebuah kafe berhampiran sebelum Harraz berniat membawa Widya ke satu tempat lain.

"You dah nak balik ke?"

"Ermm.. entahlah! Balik rumah pun, apa yang boleh I buat? TV.... Memang tak menarik minat I. Nak melukis, alatan lukisan I masih dalam kotak dan Redza larang I melukis dalam rumah. Kata Redza, studio apartment tu untuk I berehat." Bila galeri kecilnya di Setia Alam Mall siap, semua kotak-kotak itu akan dipindahkan ke sana.

"Betul apa yang Redza cakap! Bila you dah sibuk nanti, rehat pun kena cukup." Redza sudahpun memaklumkan yang Alampuri sudahpun membuat pelaburan besar dalam Kiwi Arts Studio. Satu kejutan juga sebenarnya. Demi cinta, lelaki akan buat apa saja untuk mengikat perempuan yang disukainya.

"Er.... You ada plan nak pergi tempat lain ke sebelum hantar I balik?"

"Ya. Nelly mintak I uruskan pasal live band untuk majlis resepsi mereka malam esok. You nak tengok mereka jamming tak?"

Bersinar mata Widya serta-merta. Cadangan yang menarik tu!
"Sounds good. Jamminng dekat mana?"

"Kota Kemuning. Kalau you nak ikut, jom lah!"

♡♡♡♡♡♡

I-Studio Jamming & Recording di Seksyen 31, Kota Kemuning mereka tuju. Sebuah Home Studio yang popular untuk para band group membuat rehearsal, menyewa peralatan muzik untuk event atau sekadar suka-suka berlatih dengan bayaran yang berpatutan dikenakan mengikut jam.

Dari ruang hadapan lagi, Widya sudah teruja untuk menyaksikan mereka berlatih dan menyanyi. Harraz ber 'hi-5' dengan beberapa orang pemuda di situ. Dengan Widya mereka berbalas senyum.

"Apa nama band yang you pilih untuk malam esok?"

"Esquire Band. Sebab Redza minat muzik Jazz, I chose them."

"I see." Nelly sudah kenal Redza lama. Mestilah dia juga tahu semua kegemaran Redza.

"Come. Mereka ada dalam sana. You jangan terkejut kalau I jamming dengan mereka juga."

"What? You also a musician?"

Harraz membalas dengan anggukkan. Dia menyentuh pintu studio dan sebelah tangannya menolak belakang pinggang Widya menolak si comel itu masuk terlebih dahulu.

Ketika itu jugalah, Eaquire Band baru menghabiskan sebuah lagu. Si penyanyi mendongak dan dia tersenyum lebar
"Widya? Is that you?"

Terangkat kening Widya. Lah! Louisa Refael rupa-rupanya. Penyanyi dan band yang sama di One Night Stand Pub & Lounge tempohari. Masih ingat lagi Louisa akan namanya?
Widya menerpa dan berpelukan seketika.
"Muahs...muahsss!" saling berlaga pipi.

"You both dah kenal ke?" Harraz pula yang pelik dengan aksi kedua-duanya tadi.

"Hye Harraz." Selepas Harraz ber 'hi-5" dengan kesemua ahli kugiran, giliran pipi Louisa pula, Harraz kucup tipis.

"Ya....that day, this girl menyanyi at pub. She have a beautiful voice, you know?" Louisa memuji. Widya punya bakat besar. Rugi sungguh kalau diperamkan saja.

"Oh really? O.k. kita cuba satu lagu. Sing with me, will you?"

"What? "

"Ala...., tak perlu malu-malu girl. Dekat pub boleh, for sure you can sing here too."

ESCORTWhere stories live. Discover now