Part 103

4.5K 104 1
                                    


Terkedek-kedek Raiqal berlari ke pintu mendapatkan daddynya yang baru pulang. Sengihan lebar diberikan. Comel sungguh Raiqal dalam sepasang baju tidur lengan panjang bercorak patung Garfield. Maklumlah, mereka tiba di Casa Suria, hari sudah lewat petang.

"Hello my little bubba!" terus Redza meraih Raiqal ke dalam dukungan. Beg kecil milik Widya tadi, Redza sudahpun serahkan kepada Yazid dan Yazid membawanya ke bilik tamu di tingkat atas.

"Bubba?" berkerut dahi Widya.

"I used to call him that. First word came out from his mouth was 'bubba'. So, I guna nama tu supaya I tak lupa."

"Salam mummy, sayang!" pinta Redza dan Raiqal begitu pandai mengikut arahan. Dihulurkan tangan kecil untuk bersalaman.

"Good boy," Widya memuji. Tangannya di naikkan mahu mengambil Raiqal dari dukungan Redza.

"Widya, no!. You are not allowed to,"

"Why?"

"You kena jaga perut you. You tak boleh angkat sebarang benda berat,"

Widya turunkan kembali tangannya. Dan seketika kemudian, Che' Nin datang membawa Rara pula.

"Hye angel, this is your mummy. Salam?" pinta Redza dan Rara juga patuh dengan permintaan daddynya. Dia hulurkan tangan lalu mencium belakang tapak tangan Widya dengan tertib sekali.

"You belum berkenalan lagi dengan Che' Nin kan? Che' Nin, ini Widya, bakal mummy Raiqal dan Rara. And Widya.... ini isteri Yazid."

"Hah? Yazid dah kahwin?"

Redza senyum saja menyaksikan wajah terkejut Widya.

Redza memimpin Widya berehat di bilik tetamu. Bilik yang sering Widya gunakan apabila Redza memerlukan dia di sini. Itu pun sekadar hanya untuk menukar pakaian. Selebihnya dia lebih banyak tidur di bilik besar Redza.

"Kalau you perlu bantuan apa-apa, you boleh panggil Yazid." Dahi Widya, Redza kucup lembut.

"Thanks. I'm o.k. here. Tak perlu you sampai nak kena babysit me. I bukan tengah nazak nak mati," perli Widya.

"Sayang? Kenapa ni sampai cerita pasal mati? I tak suka...."

"I cakap je. Hari ni hari bekerja. You mesti sibuk dengan bisnes you. I boleh dengar phone you asyik berbunyi dalam kereta tadi."

"Work can wait," Redza menarik selimut hingga ke dada Widya.

"Hurmm... you rasa, I boleh jadi mummy yang baik buat Rara dan Raiqal ke?"

"Why not? Dari cara you layan student di art class you dulu, I pasti you boleh 'ngam' dengan mereka."

"All my students dah besar. Rara and Raiqal kecik sangat lagi," Widya membuat perbandingan.

"Listen, I tak mintak you babysit them twenty four hours per day. Their nanny, Che' Nin ada untuk jaga dorang. Bila you dah sihat, you boleh pergi Galeri seperti biasa."

"Redza...." panggil Widya ketika Redza sudah pun berpaling ke pintu bilik.

"Ada apa lagi, sayang? You nak minum ke?"

"No.... er... regarding your proposal..... I -,"

"It's o.k., Widya. You boleh simpann jawapan you sehinggalah you betul-betul sihat."

%%%%%%%%%

Bila tubuh Redza menghilang di sebalik daun pintu yang sudah ditutup rapat, Widya menggagau Iphone di dalam poket seluar panjang longgarnya.

Dia mendail nombor Reene dan tak perlu menunggu lama, Reene menyambut panggilannya.

"Hello babe, what's up?"

"Reene, aku nak tanya ni. Pagi tadi, Redza ada datang cari kau ke? Mesti Redza mintak key card dari kau, kan?"

"Ya..... what's wrong? Kau... gaduh lagi ke dengan dia?"

"Gaduh apa nya? Aku sekarang ada dekat rumah Redza?"

"Hah? Are you kidding?"

"Buat apa pulak aku nak tipu? Aku call kau ni, sebab tu lah! Mulai sekarang, kau tak perlu sudah-susah hantar makanan untuk aku lagi. Kesian kau, ulang alik setiap hari ke rumah aku."

"Setakat hantar makanan, small problem je babe. Kita kan, kawan?"

"Thanks, Reene. Kau sungguh baik hati,"

"So..... apa cerita kau dengan Redza? Dia ajak kau kahwin ke?"

"Hahahaha! Kau ni, ahli nujum ke apa?"

"What? Like.... seriously? Redza nak kahwin dengan kau? Kau... sanggup ke tukar agama disebabkan kau nak kahwin dengan lelaki Melayu?" memang Reene terkejut dan juga gembira sekaligus kerana Widya akhirnya mendapat kebahagian yang dicari olehnya selama ini. Walau bagaimana pun, dia ada terfikir yang Widya harus memeluk Islam terlebih dulu sebelum dapat menikahi Redza. Itu yang membuat Reene gusar.

Mujurlah Alexander beragama Kristian sama seperti yang dianuti keluarganya. Tak mungkin orangtuanya akan memberi restu jika dia bercinta dengan lelaki berbangsa Melayu.

"Ya.... aku tahu. Aku kena peluk Islam dulu. Kahwin tu, boleh tangguh. Banyak benda nak kena buat sebelum aku jadi isteri Redza. Sekurangnya tsampai aku dah betul-betul sihat,"

"Well babe... aku happy sangat untuk kau dan Redza. Cuma.... Redza tu. Nama je Islam, tapi perangai dia tak macam orang Islam. Macamana dia nak bimbing kau?" selama hampir 2 tahun Reene menjadi tempat berkongsi masalah Widya, banyak cerita tentang Redza yang dia dengar. Yang paling dia kesalkan, bukan ke orang yang menganut agama Islam dilarang mengamalkan seks bebas sebelum berkahwin? Redza pula, siap punya mistress lagi!

"Maksud kau.... pasal perangai Redza yang liar?"

"Hurmm..." Reene tak sanggup hendak menghuraikannya dengan lebih terperinci.

"Selama dua tahun lepas kami terpisah, Redza dah berhenti dari kegiatan lama dia."

"Kau percaya ke dengan cerita dia? dia jauh dari kau, mana kau tahu apa yang Redza buat?"

"Hati aku kuat mengatakan, Redza bercakap jujur."

"Kalau Redza betul-betul dah berubah, macamana kau boleh pregnant, babe? Don't tell me kau ada tidur dengan lelaki lain?"

"Isyhh! Apa kau mengarut sampai macam tu sekali? Kau tahu aku macam mana, kan?" Widya sedikit tersinggung dengan tuduhan yang Reene lemparkan.

"Aku mintak maaf kalau aku tersalah cakap,"

"I got to go. Nantilah, aku fikirkan semula pasal tukar agama tu. Bye Reene," tanpa menunggu Reene membalas, dia sudahpun swipe icon gagang berwarna merah. 

ESCORTWhere stories live. Discover now