Part 29

9.5K 234 2
                                    

Jam 3.00 pagi, Redza membangunkan dia untuk ke KLIA2. Digagahkan juga tubuh ke bilik air dan mandi air panas. Tak pernah-pernah lagi dia bangun se-awal begini.

Satu jam lebih penerbangan, mereka mendarat di Krabi International Airport jam 7.30 pagi waktu tempatan. Matahari belum pun terbit lagi, sebuah van shuttle sudah menunggu dan membawa mereka terus ke Krabi Boat Lagoon Marina yang hanya 15 minit perjalanan dari airport.

Mata yang layu tadi kini terang berderang menyaksikan deretan bot-bot pelayaran mewah yang bersusun di Marina yang menghala ke laut Andaman. Sungguh memukau. Apalagi, handphonenya, segera Widya keluarkan dan merakam pemandangan cantik itu. Memang patutlah Redza kata dia sukakan laut.

Sehinggalah van berhenti di hadapan The Cleat Condominium.
"We gonna stay here for one night. For the next few days, kita belayar."

"What? You mean.... di laut?"

"Mana ada orang belayar atas darat, sayang?" pipi Widya Redza cubit hingga gadis itu mengaduh.

"Sakitlah! Tapi.. I kan dah cakap, I tak tahu berenang."

"Life jacket kan ada? Petang ni, your first swimming lesson will start. I tak nak you takut air lagi lepas ni sebab I akan selalu bawa you ke sini."

Tangan Widya, Redza genggam kemas lalu dia bawa ke meja resepsi bagi mendapatkan kunci Grand Studio miliknya.

Bagasi mereka dibawa ke tingkat 1 oleh seorang porter dan setelah mengucapkan terima kasih dan diberikan sedikit tips oleh Redza, porter tadi menghilang ke perut lif semula.

"Please come in." Ajak Redza.

"Unit ni, you punya?" Widya rasa dapat mengagak rumah ini kepunyaan Redza memandangkan rekabentuk dalamannya seakan-akan sama di banglo Casa Suria.

"Do you like it?"

"Yes, very much." Pastilah dia suka. Ada ruang dapur moden yang serba lengkap dan ruang tamunya yang sangat luas dengan sofa berwarna krim. Jika diberikan peluang tinggal di sini selama sebulan bertemankan kanvas lukisannya pun, dia mahu.

"I show you the room," Bagasi milik Widya dan sebuah lagi bagasi miliknya dia tarik ke bilik yang mempunyai balkoni besar menghadap hutan paya bakau. Sama lagi pemandangan di belakang banglo Casa Suria.

"And this, our bed." Pinggang Widya, Redza tarik lalu Redza rebahkan tubuhnya ke tilam, membawa Widya ke dalam dakapannya.

Widya mengumam. Terkepung dalam kucupan hangat Redza yang tak berkesudahan.

"You... malulah! Langsir terbuka luas tu," omel Widya ketika dia berjaya melamepaskan bibirnya dari kuasaan Redza. Isyyhhh! Lelaki ni, tak puas-puas lagi ke menggomolnya dari petang semalam?

"Siapa nak tengok kita? Dalam hutan tu, monyet dan biawak banyaklah!"

Widya mencemikkan bibirnya.
"Berapa ramai perempuan you dah bawa ke kondo ni?"

"None. You are the first one."

"Tipu lah! Susah I nak percaya."

"Tak ada untung apa-apa kalau I nak tipu you. I baru beli unit ni tahun lepas dan baru siap diubahsuai sebulan yang lalu. Sebelum tu, I just rented a small studio unit."

"How often you datang sini?"

"Almost every year. But most of them, I came here in groups. Tapi.. you tahulah, I tak suka share bilik with my friends."

Widya diam sejenak. Banyak lagi yang dia hendak tahu tentang tunangan orang ini tapi entahlah, mulutnya terasa berat sekali.

"Enough talking. Sekejap lagi, orang dari kafe hantar makanan dan kita breakfast dulu. Lepas tu... I nak you berehat dan tidur sepuasnya. Petang nanti, I nak bawa you keluar ke Ao Nang beach. The most happening place here."

"Tidur je? Are you sure?" tanya Widya seolah kurang percaya dengan suruhan Redza.

Redza angkat kening. "Why? You terasa nak buat benda lain selain dari tidur?"

"Tak... er... tak ada apalah! Just forget it." Tersipu-sipu Widya lalu melarikan diri dari mahu dipeluk Redza.

"Love to see you blushing like this," komen Redza dengan senyuman lebar.

Tak berkelip mata Widya dengan senyuman Redza yang begitu mempersonakan. Berderau darahnya.

"Redza... don't," Widya menahan dada Redza dari terus mendekat walaupun dia rasakan hatinya mula goyah.

Ding! Dong!
Kedua-duanya menoleh ke luar pintu bilik. Tentunya pembantu kafe datang membawa sarapan pagi.

"You're lucky this time." Redza kenyit mata lalu keluar dari bilik menuju ke pintu.

Widya tarik nafas lega. Redza memang gila!

@@@@@@@

Janji hendak membawa Widya ke kolam renang hanya tinggal janji. Masing-masing tidur lena hingga ke petang.
Sebelum senja menjelma, Redza dan Widy sudah bersiap untuk keluar. Sebuah van yang sudah Redza tempah mereka naiki ke Ao Nang Beach. Mula-mula mereka singgah di De'fish Seafood Restaurant. Dari luar, sudah terbau aroma masakan Thai yang sudah tentu enak sekali.

Lapar dari tengahari hanya mengunyah snek dan biskut sebelum keluar, mereka menikmati hidangan penuh berselera tanpa banyak cakap. Hanya sesekali Redza menyuap Widya dengan lauk pauk yang enak. Lagak seperti kekasih yang benar-benar sedang dilamun asmara.

"How is the food? Delicious?" soal Redza setelah masing-masing tersandar kekenyangan.

"Don't know how to describe it. Sedap, pedas, fantastic!"

"Perut dah penuh, better kita jalan-jalan along Ao Nang Beach. Ada banyak kedai sourvonier kalau you berminat."

"Oh really? I love to,"

Sepanjang malam, Widya tersangat gembira meninjau setiap kedai yang menjual pelbagai barangan cenderahati dan t-shirt. Banyak jugalah yang Widya beli untuk dihadiahkan kepada Kak Mas, Madam Lim dan anak-anak didiknya.

"Okey... kaki I dah lenguh. Let's go home." Maksud 'home' yang Widya sebutkan tentulah ianya lain tak bukan Grand Studio, The Cleat Condominium.

Redza mendekatkan tubuhnya lebih rapat kepada Widya. Pinggang Widya dia peluk erat. Di negara asing ini, para pelancong tidak langsung terasa kekok bila berpelukan di khalayak ramai.

"You dah penat atau you tak sabar nak make love to me?" usik Redza tapi usikannya Widya balas dengan cubitan di pinggangnya.

"You!! Tak ada ingat benda lain. I memang penatlah! Dah lama sangat tak jalan jauh macam ni. Nak jogging pun, tak ada masa."

Redza ketawa.
"Alasan! Macamana nak jogging kalau you suka bangun lambat!"

Kembali ke kondo setengah jam kemudian, Widya ke kamar mandi menggosok gigi dan mencuci muka seperti biasa. Redza sudah menunggu di katil sedang melayan panggilan telefon.

Senyap-senyap Widya panjat katil lalu menyusup di bawah lengan Redza. Kepalanya dilabuhkan ke dada Redza. Redza mengucup atas kepalanya dan menyambunh perbualan dengan si pemanggil.
Sedar tak sedar, hari sudah siang. Widya tak ingat apa yang telah berlaku malam tadi. Akibat kepenatan, dia tertidur terus di atas dada bidang lelaki yang sudah banyak menaburkan wang ringgit ke atasnya.

"Morning!" ucapan pertama yang dia terima takala Widya membuka mata. Wajah Redza betul-betul di depan matanya.

Widya senyum.

"Sleep well?"

Kepala pula, Widya anggukkan. Senyum tak lepas dari bibirnya. Tubuh sasa Redza sedang mengepung dirinya yang terlentang. Kedua-dua lengan Widya merangkul leher Redza menarik tubuh Redza menindih tubuh sendiri.

"Sayang, jangan goda I. Kita dah lambat....." tegah Redza tapi Widya berdegil enggan melepaskan pautan di leher Redza.

"I don't care." Ngumamnya perlahan, lalu melirik manja. Belakang tubuh Redza yang tidak berbaju, Widya elus dengan jari-jemari runcingnya.

"We need to save our energy on island hoping. Come and take a bath with me," Redza bangkit dari tubuh Widya. Dengan mudah, dia membawa Widya ke kamar mandi.

Malangya, di dalam bathup yang penuh dengan buih wangian shower gel, tubuh muda dan bergetah milik Widya melintuk-liuk menggodanya. Redza tewas dalam amukan nafsu sendiri.

ESCORTWhere stories live. Discover now