"Ehem! Selamat petang.... Ada mana-mana lukisan yang encik berminat?" formal Widya menegur sama seperti pelanggan galeri yang lain.
Kelihatan dua orang lagi pengunjung yang baru melangkah masuk dan Widya tersenyum ke arah mereka seraya mengucapkan selamat datang.
Redza menoleh, merenung wajah ayu Widya.
"Tak sangka minat you dah berubah. Sejak bila you suka lukis gambar pemandangan?" anak mata Redza tertumpu pada gambar bot Catamaran 'Princess 65' berlatar belakang sebuah pulau di perairan Thailand. Redza senyum tipis. Bot pelayaran mewah inilah yang sering Redza sewa setiap kali dia membawa Widya bercuti ke Krabi.
"Life is complex, Mister Redza. People change, so do the interests," Widya membalas. Dia tahu apa yang berada dalam hati Redza ketika ini. Dan dia juga faham kenapa Redza lebih berminat dengan gambar bot Catamaran itu. Hanya dia dan Redza saja yang mengerti.
"I berminat nak beli lukisan ni," Redza merujuk kepada lukisan besar di hadapannya. "It will hang on Casa Suria's wall."
"Sorry, it's not for sale," tungkas Widya.
"Oh really? kenapa ada tag harga dekat sini? Hurm.... Dua ribu ringgit? Not bad,"
"I mean, I won't sell it to you."
"I sanggup bayar double,"
"Sorry, duit you tak laku kat sini. Do you think money can buy everything that you want?"
"Of course I do. Jangan lupa, galeri ni wujud selepas I beli lukisan you. Or should I remind you, I paid for your 'virginity' three years ago?" Redza menunduk, membisik di tepi telinga Widya.
Berubah terus wajah Widya. Mujurlah dua orang pelanggan tadi baru saja melangkah keluar dari galeri. Mungkin juga adengan tegang di ruang ini yang buat mereka tidak selesa.
"I benci you!" gumam Widya lalu mendongak, menentang anak mata Redza dengan garang. Tangan sudah naik mahu menampar pipi Redza tapi lelaki itu lebih pantas mencekup pergelangan tangannya.
"Stop lying to yourself, Widya. After we made love last night, I should hope you've gotten me out your system."
"What you expect, then? A gold medal?"
"Sweetheart!" terlepas terus pegangan tangan Redza. Dia dan Widya sama-sama menoleh ke pintu masuk.
"Hai Alex! You're early," Widya meluru ke hadapan Alexander, memaniskan muka selagi boleh.
"You ada masalah ke?" pipi Widya, Alex cium sekilas.
Redza memerhatikan gelagat kedua-duanya lalu dia pun bersedia angkat kaki untuk keluar.
"Siapa lelaki tu?" soal Alex dengan rasa curiga. Bukan dia tak nampak apa yang cuba dilakukan lelaki bertubuh sasa itu terhadap Widya.
"Nobody, just a normal rude customer." Bebel Widya. "Boleh kita pergi sekarang?" lengan Alex, Widya tarik ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan beg tangan. Sebenarnya, dia mahu bawa Alex pergi jauh dari Redza.
Syukurlah kerana Alex hanya kenal bekas kekasihnya melalui nama. Tak pernah sekalipun Widya menunjukkan gambar sebenar Tengku Redza Naufal yang satu ketika dulu, pernah bertakhta di hatinya.
Redza sempat pasang telinga mendengar jawapan Widya tadi.
'Rude customer?'
Tak apa, Widya. Kau akan terima balasannya nanti!
#############
Makan malam mereka dihadiri Uncle Wildan dan juga kekasih barunya yang bernama Eva. Setahun lalu, isteri Uncle Wildan yang menghidap kanser serviks meninggal dunia sesudah ianya merebak ke tahap 4. Dan kini, Uncle Wildan sudah mempunyai cinta baru, iaitu setiausahanya sendiri.
"Alex... Widya...... kamu berdua sudah lama berpacaran. Why not you two get married now?"
Widya terbatuk ketika baru menyuapkan ketulan meatball ke mulut. Segera Alex hulurkan gelas air putih buatnya.
"Now?" setelah air sejuk lalu ditekaknya, barulah Widya mampu berkata-kata.
Eva ketawa dengan tindakalas Widya apabila persoalan tentang perkahwinan dikeutarakan. Dia tahu yang Widya pernah dikecewakan seorang lelaki Melayu. Tidakkah sepatutnya Widya terima saja Alexander Mirza Pratama sebagai suami? Mereka nampak sepadan berdua.
"Maksud Uncle, seharusnya kalian harus cepat menikah. Barulah Uncle senang mahu tinggalkan kamu di sini. Uncle sudah melamar Eva dan sejujurnya Uncle mahu bawa Eva ke Tandanao dan menetap terus di sana." Eva di sebelahnya, Wildan kerling dengan ekor mata.
"Really? Congrats Eva. I'm very happy for you," bicara tentang perkahwinan, tidak Widya endahkan. Widya lebih teruja mendengar berita pertunangan bapa saudaranya.
Dia senang sekali dengan Eva kerana wanita yang sudah bergelar janda sejak sekian lama itu bukanlah seorang perampas. Sesudah isteri Uncle Wildan meninggal dunia, barulah mereka berpacaran.
Selepas berpelukan dengan Eva, Widya kembali menghadap makanannya. Dia perasan, Alex merenung tajam wajahnya seolah tidak puas hati. Puas dia memujuk Uncle Wildan untuk bekerjasama menyatakan hasrat hatinya tapi Widya suka sangat mengelak setiap kali dia memberi 'hint' mahu mengambil Widya sebagai isteri.
"What? You tak nak makan ke? Nanti sejuk makanan tu, dah tak sedap." Tegur Widya, pura-pura tidak faham dengan renungan lelaki di sebelahnya.
"Kenapa susah sangat you nak terima lamaran I?"
"I er...."
"I do love you so much, Widya. I can't wait any longer to marry you."
Widya angkat muka. Merenung wajah Uncle Wildan dan Eva silih berganti. Mereka berdua juga sedang menunggu jawapannya.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...