Sehinggalah ulang tahun kelahirannya tiba, Redza masih gagal Widya jejaki. Mana janji-janji Redza mahu berbincang tentang hala-tuju hubungan mereka apabila umurnya mencecah 21 tahun?
Dan lagi..... sudah berbulan Redza tidak mengunjungi di Trefoil. Tidakkah Redza rindu untuk bermesra dengannya lagi di katil?
Atau Redza, semakin sibuk menguruskan persiapan untuk menyambut kelahiran anak sulungnya bersama Tengku Nelly Zehra?
Pulang awal dari galeri, Widya menunggu di ruang tamu. Sekejap-sekejap telefon dikerlingnya. Nak call atau tak ni? Buatnya Redza masih tak sudi mahu menjawab panggilannya, bakal mengundang kecewa nanti.
Dalam hati masih berharap yang Redza muncul membuat kejutan untuk hari jadinya sebagaimana yang lelaki itu lakukan tahun lepas.
Tayangan premiere di HBO juga tidak menarik minatnya. Maklumlah, cerita aksi ganas. Manalah dia suka? Kalau kisah-kisah romantik ala-ala Notting Hill atau yang sewaktu dengannya, tentulah dia boleh layan dari awal sampai ke hujung cerita.
Dalam melangut itu, tanpa dia sedari sudah lebih sejam dia pulang dari Setia City Mall tapi Redza tak muncul-muncul juga.
Hai la.... merajuk lagi ke tu?
Widya capai telefon dan merenung skrin untuk kesekian kalinya. Masih seperti tadi, tiada apa-apa notifikasi di bahagian paling atas. Terbit rasa menyesal kerana terlalu mengharapkan kehadiran Redza di sisinya malam ini.
Aplikasi Whatsapp, Widya sentuh dan nama Redza dikuisnya.
Me @ home nw,
expecting u 4 my b'day gift.
pls come ASAP
Vertu Redza yang berada di dalam genggaman Harraz, berkelip-kelip. 1 pesanan dari Widya masuk.
Ketika itu jugalah, Redza sedang mengiringi katil Nelly Zehra yang baru disorong keluar dari wad menuju ke bilik pembedahan.
"Widya texted you something," Harraz hulurkan fon di tangan tapi Redza hanya mengeleng.
"Kau balaslah dan buat apa yang patut. Aku tak ada masa nak layan!"
Harraz terus berhenti melangkah. Dia biarkan sahaja Redza dan ahli keluarga yang lain mengiringi Nelly yang bakal menimang cahaya mata sekurang-kurangnya 2 jam dari sekarang.
Satu persatu pesanan yang datangnya dari Widya dibaca. Hari jadi Widya? Secara kebetulan atau sememangnya Redza sengaja memilih hari ini untuk pembedahan Nelly supaya ianya mudah diingati?
Harraz menaip sesuatu, membalasnya dengan pantas. Lalu dia lajukan langkah ke kumpulan keluarga Redza lalu menyerahkan Vertu di tangannya kepada Tengku Razia.
"Bonda, ini fon Redza. Tolong pegang sampai Redza keluar dari OT."
"Harraz nak ke mana pulak tu? Tak nak tunggu anak Redza sekali dengan kami ke?"
"No. I ada hal penting nak buat. Esok, I datang tengok baby. I mintak diri dulu ya, bonda." Harraz menyalami Tengku Zaharah dan juga bonda Redza Tengku Razia.
"Tu mesti nak jumpa girlfriend," usik Tengku Zaharah dan sempatlah Harraz mendengar omelan bonda saudaranya sebelum dia menyambung langkah.
"Harraz dah ada girlfriend? Anak Tengku mana?" Tengku Razia pula yang terkejut.
"Entahlah, khabarnya gadis keturunan Indonesia." Tengku Zaharah mula cucuk jarum. Haruslah Harraz kena bebel dengan besannya ini nanti sebab Harraz amat rapat dengan keluarga Redza.
"Orang seberang? Dah tak ada keturunan kita ke yang dia berkenan? Ishhhh, I tak rasa Tengku Laila berkenan dengan pilihan cucunya." Komen Tengku Razia. Esok, mahu juga dia bergossip dengan bonda Harraz. Harap-harap Harraz tak adalah sampai membelakangkan keluarga jika mahu berkahwin nanti.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...