Part 58

6.6K 206 6
                                    

Tengku Zaharah terkejut bila terdengar pintu besar dihempaskan. Terpaling terus ke tubuh anak tunggalnya yang sedang mengheret beg beroda.

"Kenapa pulak tu, Nelly? Balik sorang je? Redza mana?"

"Aghhhhhh, benci!" jeritan nyaring membalas pertanyaan bondanya.

Pegang dada Tengku Zaharah. Terkejut sungguh. Apa punya perangai lah budak ni? Dari kecik sampai besar dan sekarang dah jad bini orang, masih tak berubah. Bila marah je, mulalah menjerit tak tentu pasal.

"Nelly!" tinggi jeritan Nelly, tinggi lagi suara bondanya. Bergema seluruh ruang tamu besar ini.

"Dah macam orang gila ni, kenapa?"

"Redza! Dapat laki handsome pun tak guna. Namanya je pergi honeymoon, satu malam pun tak tidur dengan Nelly,"

"Lah! Dah tu, dia tidur mana?"

"Manalah Nelly tahu? Entah-entah pergi langgan pelacur. Kat sana kan, banyak 'ayam' cantik-cantik?"

"Hai lah..... mesti ada yang tak kena. Ke..... kamu yang buat hal? Membebel tak berenti? Kalau asyik menjerit, jantan mana lah nak tahan?"

"Bonda ni? Suka menangkan Redza. Redza buat apa je, semua betul. Nelly ni bukan anak kandung bonda ke?"

"Apa yang bising-bising tu?" turun pula Tengku Kamal mendengar kekocohan di ruang tamu.
"Hah Nelly, bila sampai? Redza mana?"

Nelly gigit bibir geram. Nampak mukanya saja, papa tanya Redza. Bukannya nak tanya pasal dia?

"Entah dah berambus ke mana entah!"

"Nelly....."

"Kenapalah papa nak sangat Nelly berlakikan jantan yang tak ada hati dan perasaan tu? Sakit hati Nelly. Kalau Nelly tahu Redza layan Nelly macam ni teruk, tak payah kahwin pun tak apa."

"Apa lagi yang tak kena? Nelly jugak yang beria-ia setuju bila papa dan mak Engku Norma nak satukan Nelly dengan Redza. Memanglah papa tahu yang Redza tu kaki perempuan, tapi Nelly kena lah layan Redza tu elok-elok. Ubah dia jadi suami yang sempurna dan bertanggung-jawab. Ini belum apa-apa dah mengamuk."

"Jadi, papa sukalah Redza layan Nelly macam sampah?"

"Ye lah abang, pergi honeymoon tapi tak tidur sekatil, apa maknanya? Entah pelacur mana yang Redza usung ke hotel lain," Tengku Zaharah menambah rencah. Dia pun geram juga mendengar cerita Nelly. Ingatkan, selepas bernikah Redza hendak berubah. Kalau dia berada di tempat Nelly pun, dia akan marah.

"Sabarlah! Bagi Redza masa." Pujuk Tengku Kamal. Esok, terpaksalah dia bertemu empat mata dengan Redza dan membincangkan perkara ini. Jika tidak, punah rumah tangga anak tunggalnya jika dibiarkan berterusan.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Hai Fiq! Oh sorry for interupting,"

Fiqri yang sedang berbual dengan seorang pekerja baru Kiwi Arts Studio berpaling.
"Hey.... lama tak nampak?" Fiqri senyum ramah. "Kau tak mengganggu pun. Kami tengah bincang pasal susun-atur meja-meja student."

"I see." Mata Widya melirik pada gadis di sebelah Fiqri.

Fiqri baru tersedar yang Widya belum lagi diperlkenalkan dengan staf baru ini.
"Alah! Aku lupa la... ni Amira, baru je masuk kerja dua hari lepas. Mira.... inilah bos besar Kiwi Arts Studio......

"Fiq, ada pulak cakap macam tu? Hai, I'm Widya Willis. Nice to have you here." Dia hulurkan tangan dan Amira menyambut salam perkenalan darinya.

"Bos? Mudanya?" Amira sedikit terkejut bila Fiq menyebut perkataan 'bos besar' tadi. Mati-mati dia sangkakan pemilik Kiwi Arts Studio sama baya dengan Kak Maslina.

Widya melirik pandangan dalam Fiqri terhadap Amira. Ya lah.... Amira ini boleh tahan cantik. Comel, yang paling tepatnya. Umur? Mungkin sebaya atau lebih setahun dari Fiqri. Alah! Apa ada pada umur? Kalau Fiqri sudah berkenan di hati, dia tumpang gembira dengan perkembangan ini.

"Memang muda pun. In fact, lebih muda dari kita."

Kita? Widya angkat kening. Cara Fiqri menyebut 'kita' itu, kedengaran amat mesra sekali. Seolah mereka sudah lama saling mengenali.

"Wid? Bila sampai?" celah Maslina tiba-tiba di belakang.

"Hai Kak! Baru je sampai dan baru je Fiq kenalkan pada Amira."

"Baguslah kalau dah kenal. Actually, Tengku Redza yang dapatkan pekerja-pekerja baru dekat sini. Esok, ada lagi sorang mula kerja."

"Baguslah macam tu. Er.... agaknya bila boleh buka art class semula? Wid asyik dapat call dari parents tanya pasal studio kita."

"Budak-budak tu dah rindu kat teacher yang cantik ni, kot?" gurau Fiqri.

"InsyaAllah lepas semua perkakas sampai esok, Isnin dah boleh mula."

"Ada kerja nak buat lagi tak? Jom minum? Wid belanja," pelawa Widya.

"Wah! Peluang keemasan ni. Bukan senang nak tunggu Wid belanja." Fiq sengih girang.

"Nak mengutuk aku kedekut tu lah kan?" Widya cubit lengan Fiqri dan pemuda itu mengaduh.

Tergelak besar Maslina hingga tergeleng kepalanya.
"Mira..... dua orang ni, kalau berjumpa ada je yang nak digaduhkan."

"Gaduh-gaduh manja, Kak Mas! Nak lebih-lebih dengan Wid ni takut ada yang marah karang!"

"Fiq!" Widya mahu menampar lengan Fiqri tapi cepat-cepat Fiqri larikan diri ke belakang Amira.

"Hisyhh!!" rungut Widya.

"Dahlah korang! Hah Wid, esok Tengku Redza sepatutnya datang sini dengan Encik Syafiq nak discuss pasal progress renovation studio. Mereka nak jumpa Wid sekali. Ada Tengku Redza beritahu Wid ke?"

"Nak meeting esok? Wid tak tahu apa-apa pun? Nantilah, Wid tanya Redza sendiri." Widya bergandingan dengan Kak Mas ke restoran yang selalu mereka masuki di deretan kedai bangunan yang sama. Sambil berbual itu, tidak sedar Fiqri dan Amira sudah jauh tertinggal di belakang.

"Fiq.... aku nak tanya, Tengku Redza selalu datang sini ke?"

"Selalulah kot. Bukan ke Kiwi Arts anak subsidiary Alampuri Marketing?"

"Ye tak ye jugak kan? Tapi peliklah! Dia sebut tadi 'Redza' je? Something fishy here," Amira cuba mengorek rahsia. Setahunya Tengku Redza Naufal baru melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Nelly Zehra.

"Apa yang peliknya? Cuba kau fikir, kalau tak kerana owner Kiwi Arts Studio yang cantik tu, Alampuri nak invest banyak sampai sanggup bukak cawangan dekat Setia Alam Mall?"

"Maksud kau, Widya tu...." sedikit tinggi suara Amira.

"Syhhhh.... kita dah sampai. Yes! Widya buah hati Tengku Redza."

"lelaki tu kan dah kahwin?"

"Orang kaya macam Tengku Redza lebih dari mampu nak kahwin sampai empat sekalipun!" Fiqri membalas tanpa mengetahui yang Amira adalah adik kepada salah seorang kawan baik Tengku Nelly Zehra.

Amira terkesima di kaki sendiri. Jadi, betullah cerita kakaknya yang Tengku Redza seorang playboy dan punya mistress bersilih ganti?

Kesian sungguh Tengku Nelly Zehra!

ESCORTWhere stories live. Discover now