Part 90

4.4K 102 11
                                    



Semalam Widya sudah mengambit cuti kecemasan. Hari ini, terpaksalah dia munculkan diri walau di bawah matanya masih lagi sembab akibat banyak menangis seharian.

Anak mata staf yang bertugas di Kids Centre mengekori langkah Widya ke pejabat kecilnya dengan memakai kaca mata hitam.

Reene tidak terkecuali. Petang semalam, Alex mencarinya dan mengajak dia minum petang. Segala yang berlaku pagi semalam, semuanya sudah luahkan dengan panjang lebar. Alex rasa sungguh terhina. Dia fikir, Widya terlambat bangun untuk ke tempat kerana mendapati tubuh Widya masih dibaluti jubah mandi.

Bila Tengku Redza datang memeluk Widya dengan erat denganhanya memakai boxer, Alex benar-benar rasa terpukul. Selama hampir 2 tahun ini Widya anggap dia apa? Hanya peneman berbual di kala sunyi? Atau.... hanya untuk menunjukkan kepada semua orang yang Widya sudah boleh move on dari cinta lama?

Sanggup Widya menipu Alex? Patutlah Widya tidak pernah memberi sebarang jawapan balas akan kata-kata cinta Alex.

Macam-macam manusia di dalam dunia ini. Lelaki baik sikit punya ramai, yang 'jahat' dan tak berperikemanusian seperti Tengku Redza itulah yang Widya mahukan?

"Knock! Knock!"

Reene memberi isyarat bunyi seiring tangannya mengetuk perlahan pintu bilik Widya yang sememangnya terbuka.

"Morning," dia melangkah masuk sambil membawa sebuah fail untuk diteliti Widya.

"Morning babe. Kau dan sarapan ke? Ni... aku ada beli nasi lemak untuk semua. Ambil lah, bawak pergi pantri."

"All right!" Reene capai plastik yang pasti di dalamnya ada banyak bungkusan nasi lemak yang sedap. Widya tidak lokek mengenyangkan para pekerjanya setiap minggu dengan pelbagai sajian yang dibeli atau pun Widya order online dari pelanggan tetap Kiwi Art.

Widya sedar yang Reene datang menyergah tentu ada sebab. Entah-entahh Alex sudah mengadu.....

Ha! Kan betul? Reene datang semula dengan 2 biji pinggan dan muk berisi Nescafee panas.

"Buat susah je kau bawakan pinggan dan minuman untuk aku. Aku boleh pergi ambil sendirilah," dalam membebel itu, tetap juga sambut pinggan dari tangan Reene.

Nasi lemak yang masih berbaki di atas meja, Widya letakkan ke atas pinggan kosong tadi. Bau haruman daun pandan dan santan menerjah seisi ruang pejabat Widya.

"Duduklah! Kita makan sama-sama," pelawa Widya. Sesuap demi sesuap nasi lemak kegemarannya dikunyah penuh beselera.

"Babe, kau menangis semalaman ke? Tu..... bawah mata kau bengkak?"

Terhenti suapan Widya lalu mengangkat muka. Menjawab tekaan Reene dengan senyuman kelat.

"Kau bukan nak tanya pasal mata aku je kan? Ada benda lain...."

"Alex! Petang semalam, dia jemput aku minum petang."

"Aku dah agak!" benar telahannya tadi. Pasti Alex mencari Reene.

"Well.... waktu pagi dia datang sini nak ajak kau breakfast. Bila aku beritahu kau tak masuk kerja lagi, dia terus pergi. Katanya nak pergi rumah kau, bimbang kau tak sihat. Apa cerita kau dengan Redza?"

Widya tarik nafas sehingga hidung yang terasa sendat, berbunyi sama.

"Kau dah dengar semua dari Alex, buat apa kau nak tahu pasal aku dengan Redza lagi? Yes! Redza came early in the morning and..... we ended on bed,"

"Sejak bila, Wid? Kau.... tak kesiankan Alex? Sampai hati kau buat macam tu,"

"I don't know! Aku sendiri tak faham dengan hati aku. Dalam aku sakit hati dengan Redza, tapi tarikan Redza terlalu kuat. Aku..... aku tak pernah mahukan orang lain, kecuali Redza."

"Macamana pulak dengan Harraz? Kau dengan Harraz pernah juga...."

"Itu lain, Reene. Dia tipu aku, tipu Redza sebab Redza tak pernah terfikir yang Harraz boleh ambil kesempatan,"

"Kau tak terfikir ke Alex juga kecewa sama dengan apa yang kau rasa masa Redza tinggalkan kau?"

"Babe.... kau tolonglah faham dengan keadaan aku. Aku.... tak pernah cintakan Alex. Aku anggap dia hanya sebagai seorang kawan baik."

Reene mengeluh berat. Kesian Alexander. Dia berharap sangat Alex bakal menemui seorang gadis yang benar-benar tulus mencinta. Yang lebih elok, gadis yang belum pernah ada hubungan dengan lelaki lain sebelum ini.

ESCORTWhere stories live. Discover now