"I miss you so much dear!" sapa Harraz sesudah Widya melabuhkan punggungnya ke tempat duduk di sebelahnya. Harraz sengetkan tubuhnya lalu mengucup pipi Widya seperti selalu.
"Good, thank you. Alah! Baru tiga minggu lepas kita jumpa, takkan dah rindu kot?"
"Mestilah rindu. Lagi kerap kita jumpa, lagilah buat I terindu-rindu." Harraz memulas stereng dan memandu keluar dari perkarangan Trefoil Service Apartment.
"Uhuk-uhuks!" Widya buat-buat terbatuk mengundang tawa besar Harraz.
"Over betullah you ni. Mengada sangat tau, nak jiwang karat!" Widya mengerling manja. "Kita nak pergi mana pulak hari ni?"
"You rasa nak buat apa?"
"Ermmm..... last time dah tonton filem dan shopping. Hari ni, tak nak pergi shopping mall lah," Widya membuat kira-kira.
"Nak relax-relax dekat pub? Atau..... nak pergi studio jamming?"
"You putuskan. I ikut je." Widya memberi ruang untuk Harraz membuat pilihan.
"Kalau you suruh I buat pilihan, you jangan menyesal nanti?" ugutan kecil Harraz berikan.
"Hah? Kenapa jadi macam tu, pulak?" Widya menoleh ke sebelah. Lain macam je senyuman Harraz tu?
"I lebih prefer bawa you balik my condo. Kita 'tapau' Pizza dulu. Lepas tu boleh makan sambil chit-chat till midnight."
Oooo.... itu rancangan Harraz? Tapi kenapa Widya dapat rasa ada niat tersembunyi di sebaliknya?
"Senyum-senyum tu, you suka ke dengan my plan?"
"Are you planning a trip to the bed with me, Mister Harraz?" penuh berlapik Widya menyoal dalam ertikata 'Are you looking forward to have sex with me?' Kening Widya terjungkit.
"Well ..... I'm trying to take my chance,"
"Great! Jadi.... you tak kisah ke nak hilang title 'Teruna Idaman?" perkataan 'Teruna' itu, Widya tekankan supaya Harraz sedar keinginannya tak selari dengan prinsip yang Harraz pegang selama ini.
"I'm dead serious, Miss Widya. I tak terasa nak tidur dengan mana-mana gadis melainkan you."
"Sorry Harraz. I'm not available tonight and for the rest of the week,"
"I see......" Harraz sedikit hampa kerana Widya sedang datang bulan. Tapi tak mengapalah, mungkin ada masa lain nanti.
"Kita pergi makan dekat mana-mana Thai Seafood Restaurant ajelah, boleh?" Widya meminta. Hilang moodnya malam ini untuk bersantai-santai dengan Harraz di pub. Harraz teringin juga mahu merasai tubuhnya?
Kalaulah Redza tahu........
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...