"You nak pergi mana? I belum puas peluk you." Pinta Redza supaya Widya terus menemaninya lebih lama di katil.
"I lapar dan I tak pernah skip my breakfast. Dan sekarang dah pukul berapa? You already made me late to work,"
Redza ketawa perlahan dan mengucup bibir yang sedang mengomel itu sebelum melepaskan tubuh Widya.
"Sebab you juga, I kena shower sekali lagi," Widya membebel geram lalu bergerak ke almari dan mengutip tualanya di lantai. Macam Redza sahajalah yang bersalah padahal dia juga sama-sama tenggelam dalam nafsu.
Serentak itu juga bunyi loceng di pintu kedengaran. Widya dan Redza saling berpandangan.
'Who is it? I pernah beri amaran dulu, tak ada sesiapa dibenarkan masuk dalam rumah ni."
"Yes I did. Nobody came here since Harraz....." ayat Widya terhenti di situ. Tak mahu dia mengungkit kisah lamanya bersama Harraz.
Dia berpaling ke almari dan mengeluarkan bathrobe dari kain kapas dan melapisi tuala singkat yang terlilit di tubuhnya.
"Baik I pergi tengok siapa yang datang dan halau dia pergi." Kalau itulah yang buat Redza puas hati, dia akan lakukan juga tak kira siapa pun yang berada di luar rumahnya. Mungkin juga orang yang menekan loceng itu tersalah nombor unit.
Melihat Redza mahu bangkit dari katil, segera Widya menahan.
"Don't move," Tak mungkin dia mahu membenarkan Redza menemaninya ke pintu. Di mana, hidung Widya masih terbau oleh adengan berahi mereka tak sampai sejam tadi. Masih lagi terasa betapa enaknya 'Willy' Redza di dalam organ intimnya.
"Don't move?" Redza mengulangi arahan Widya. Tak percaya sungguh! "Hey, I'm not some random teenager hiding from your parents,"
"Oh please! Stop being ridiculous." Widya cepat-cepat meninggalkan bilik lalu menerpa pintu masuk rumahnya dan tidak menoleh ke belakang lagi. Dia berharap, Redza akan ke kamar mandi dan selepas itu dia pula ingin membersihkan diri.
Pintu, Widya buka lebar dan saat itu juga serasakan darah naik hingga ke kepala.
"Good morning, sweetheart!"
Oh Tuhan! Tolonglah beritahu yang ini adalah mimpi semata-mata?
Widya telan liur berkali-kali setelah bibirnya terasa pedih bila dia menggigitnya. Ternyata, apa yang sedang berlaku sekarang adalah kenyataan. Dia tidak bermimpi!
Tiba-tiba saja Alex melutut di kakinya dan mendongak ke wajah Widya.
"Widya Aruna Willis, I know I might not be the best you can do," Alex menyeluk poket seluar dan mengeluarkan kotak kecil dan membukanya. Sebuah cincin bertatahkan berlian yang sama Alex suakan kepadanya dulu di depan Kiwi Art Gallery Setia City Mall kembali menyapa anak mata Widya.
Widya terkesima lalu mengelengkan kepala dengan ngeri.
"Good morning," suara serak basah Redza di belakang yang semakin hampir terus memakukan Widya.
Redza yang hanya memakai boxer di bawah pusatnya merangkul pinggang Widya dari belakang. Anak mata Redza jatuh kepada lelaki yang masih melutut di kaki Widya.
"Widya?" Alex terpana.
Inikah Tengku Redza Naufal, bekas teman lelaki Widya? Macam pernah jumpa. Ya... dia masih ingat lelaki yang berada di Kiwi Art Gallery sewaktu menjemput Widya untuk makan malam bersama Uncle Wildan dan Eva.
Widya tak berani berkata-kata walau sepatahpun. Hanya memandang Alex berdiri dengan canggungnya. Wajah Alex merah kerana marah. Atau... kerana dimalukan teruk?
"I'm about to leave," Alex cuba menipu padahal ikutkan hati dia ingin berlama-lama dengan Widya, mahu membincangkan tentang perkahwinan mereka. Sekarang, angan dan impiannya sudah tak bermakna lagi. Sudah hancur musnah!
"Yeah! I can see that," Redza membalas seadanya. Bibirnya tersenyum sinis, bangga dengan diri sendiri.
Alex berpaling dan kedengaran tapak kasut kulitnya berderap-derap di lantai licin, membayangkan hati yang retak seribu. Hampir 2 tahun menunggu penuh sabar untuk memiliki Widya, inikah balasan yang dia terima dari perempuan yang dipujanya itu?
"Stop it, Redza!" Widya berang lalu merungkai pelukan di pinggangnya.
"What?" Redza menanyakan kembali mengapa Widya marah sangat dengan apa yang berlaku.
"Your winning smile! I'm still annoyed with you,"
"Yes, be mad at me." Redza memprovok. Sengaja mahu mencari gaduh lagi.
Widya melangkah ke bilik dengan hati penuh rawan. Inikah yang dia mahu? Supaya Alex sedar yang dia tak pernah ada cinta buat lelaki itu?
"I think, I need to take a nap for a thousand years," Widya mengomel bila mendapati Redza sudah berada di dalam bilik tidur. Dari niat hendak mandi tadi, Widya panjat katil semula dan membenamkan wajahnya ke bantal.
Air matanya menitis.
Perut yang lapar, Widya malas mahu hiraukan lagi.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...