Widya sorokkan wajahnya di dada Redza.
Malu!
Malu pada Redza dan malu pada dirinya sendiri yang mudah sangat cair dengan godaan lelaki kacak ini."Widya Aruna....." seru Redza, gemersik di tepi dahi Widya.
"Why you so shy?" dagu Widya, Redza tarik memaksa Widya mendongak memandang wajahnya.
Yang hanya mampu dia membalas dengan gelengan kecil. Lidahnya masih kelu dengan ciuman pertama yang dia kecapi dari seorang lelaki.
"What's the matter?" bagaikan mengerti wajah penuh tanda tanya Widya, Redza mengajukan soalan."You should ask my permission to kiss me," Widya membantah tindakan Redza yang dirasakan agak keterlaluan bagi menghilangkan getar perasaannya yang belum mahu surut lagi.
"It's not a big deal."
"Yes it is!"
Redza hanya ketawa.
"Marah ke? You pun tak menolak. Dada I dapat rasa jantung you berdegup kencang. You felt something here, aren't you?" tapak tangannya melekap di tengah dada Widya yang berlapikkan fabrik lembut blaus yang dipakai Widya.Widya telan air liur. Tangan besar Redza bukan saja menekup dadanya, malah sudah meliputi sebahagian dari gunung comel miliknya.
Redza juga tidak menjangkakan apa yang disentuhnya. Bila mendapati Widya terpaku, jari nakalnya mula bergerak lebih jauh.
"Redza...." Widya tersedar dari alpa takala jari-jemari Redza sudah membuka satu butang blausnya. Sebelum Redza meneruskan dengan satu lagi butang, cepat-cepat dia menolak tangan Widya dan bangkit dari pangkuan Redza.
Redza hampa. Dia turut berdiri dan pantas tarik pinggang Widya semula.
Dengan geram, sebelah tangan lagi meraih peha Widya dan mencempung Widya ke birai kolam."Redza, no!!!" Widya melarang tapi Redza tak peduli.
Tubuh langsing itu dihumban ke kolam. Redza turut terjun dengan pakaian yang masih melekap ditubuhnya.Kepala Widya timbul tak lama kemudian. Dia terkapai-kapai dan tercungap-cungap. Air kolam sudah banyak masuk ke dalam rongga tekaknya.
"Help! I can't swim!" itu saja yang dapat dia beritahu sebelum tubuhnya tenggelam semula."Widya!!" Redza cemas. Dia menyelam mendapatkan tubuh Widya yang hampir mencecah dasar kolam. Patutlah Widya meronta dalam dukungannya tadi. Widya tak pandai berenang?
Tubuh Widya, dibawa naik ke permukaan.
"Yazzidddd!!" jerit Redza sekuat hati bila ternampak Yazid sedang menuruni tangga dari aras atas."Kenapa Tuan?" Yazid juga kelihatan cemas melihat Widya yang terkulai dalam di lengan Yazid.
"Help me. Widya lemas."
Yazid melutut di lantai kayu. Menarik Widya keluar dari kolam.
"Cepat Tuan. Dia tak bergerak. Nak saya panggil ambulan ke?"Redza turut melutut.
"Tak payah! Widya, wake up!" pipi gadis itu ditepuk beberapa kali tapi Widya tak juga beri sebarang respon.Redza semakin cemas. Apa yang harus dia buat sekarang?
"Try CPR, Tuan. It can help." Suruh Yazid.
Redza buat apa yang Yazid suruh. Mulutnya menekup bibir Widya selepas mendongakkan kepala gadis itu.
Hanya sekali bantuan mouth-to-mouth diberikan, Widya tersedak. Terbatuk-batuk dia memuntahkan air kolam ke lantai kayu.
"Widya...." Redza merangkul leher Widya, membawa ke dadanya. Dia cukup lega bila Widya bernafas semula.
Kalaulah Widya hilang nyawa tadi, pastilah dia akan rasa bersalah seumur hidup."Saya pergi ambil tuala."
"Re.... dza...." Widya memanggil dengan lemah. Kemudian, matanya yang sedikit terbuka tadi, pejam semula.
"Widya!!" tubuh Widya, Redza goncang berapa kali memaksa Widya membuka matanya semula.
"Stay with me, Widya. Hold on!"
"Call doktor Kumar, Yazid. Now!!" jerit Redza apabila Yazid datang semula bersama tuala besar.
Dia melutut, mengangkat tubuh Widya yang sedang menggigil ke dalam dukungan. Satu persatu anak tangga didaki membawa Widya naik ke bilik yang sama Widya tidur semalam.
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...