Bukan setakat tangan Widya saja yang sejuk, dadanya turut berdebar-debar. Redza sudah terbiasa dengan parti sex liar seperti yang digembur-gemburkan kawan-kawannya dulu?
Isyhh!! Macam tak logik je! Redza pernah memberitahu yang dia tak suka berkongsi wanita dengan lelaki lain."Diam je? Kenapa takut sangat? I'm not going to share you with anyone," bagaikan tahu apa yang meresahkan Widya saat ini. Jari-jemari Widya tetap kemas dalam genggaman Redza sehinggalah mereka tiba di balkoni aras 1. Di situ pemandangannya di kepung oleh tembok tinggi di bahagian belakang rumah. Memisahkan dari bangunan rumah di belakangnya.
"Hai Redza! Lambatnya sampai? Kami dah mula dah!" laung seorang wanita yang seksi hanya berbikini 2-piece di dalam sebuah jakuzi bulat yang sangat besar. Dia sedang bersandar di dada seorang lelaki yang berwajah kacukan.
"Sorry! Ada hal sikit tadi." Redza senyum lebar.
Widya tarik nafas lega. Jacuzzi yang berbuih rupa-rupanya. Redza ni... sajalah tu nak mengenakan dia!
"Widya... I kenalkan, itu Joyce and his boyfriend Raymond. Yang tengah bakar ayam tu, Azad. Yang ni, Sharmaine."
"Hye Sharmaine, I'm Widya," Widya hulurkan tangan pada seorang lagi kawan Redza yang sedang menokmati ayam bakar di meja bulat di sisi tempat mereka berdiri.
"Hye! It's okey, tangan I comot," Senyum Sharmaine dengan ramah. Macam pernah nampak je perempuan muda yang Redza bawa ni? Aha! Girl yang menari dengan Redza semasa birthday party Redza. Tak silap lagi. Hurm... mesti mistress terbaru.
Redza... Redza! Tak sampai dua bulan nak menikah pun sempat sambar sorang lagi?
"You duduklah dulu temankan Sharmaine makan. I nak tukar baju sekejap."
Widya mengangguk lalu tarik kerusi plastik selepas Redza meleraikan genggamannya.
"Kalau you nak makan, pergilah ambil dekat grill tu?" bibirnya, Sharmaine juihkan kepada Azad yang sedang berpeluh-peluh membalik-balik ayam, daging dan sosej.
"Tak apalah, I kenyang lagi. Actually, hari ni ada majlis apa?"
"Tak ada apa-apa pun. Saja-saja je, buat barbeque, Joyce punya idea sebab dah lama lama kami tak gather-gather. Masa birthday Redza, Joyce dengan Ray ada dekat London."
"I see..... " Widya memerhatikan pasangan Joyce dan Ray yang masih berendam di dalam kolam jacuzzi. Sungguh romantik berkulum lidah tanpa mempedulikan orang-orang di sekeliling.
"Apa yang you tengok?" Sharmaine tiba-tiba menyergah.
Tersipu-sipu Widya sebentar. "Er, nothing!"
" Jangan nak tipulah! Syok kan tengok Joyce and Ray?"
"Hurm... ah ah!" Widya legakan tekak yang rasa tersumbat.
"Macamlah you dengan Redza tak pernah buat macam tu. Percayalah, they will make out in the water any minutes."
"What?" bulat mata Widya. Segera dia palingkan wajah dari kolam jakuzi dan memberi perhatian pada Sharmaine.
"You pun, pernah buat macam tu?" tidak sedar, soalan sebegitu yang terkeluar dari mulutnya. Widya rasa mahu tampar bibir sendiri. Aiseyhh!! Kenapa celupar sangat ni?
Sharmaine senyum lebar.
"Kalau you nak rasa, you ajaklah Redza to join us dalam kolam sekejap lagi." Mata Sharmaine melirik pada tubuh sasa milik Azad. Ah! Dah lama juga dia dan Azad tak 'bersama'. Ye lah! Azad asyik ke luar daerah je akhir-akhir ni. Jarang sangat mereka berjumpa. Entah-entah Azad dah ada girlfriend baru sekarang."Tak apalah. I tak bawak baju mandi."
"Joyce ada banyak bikini collections. Boleh aje you pinjam."
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...