Part 10

10.8K 257 0
                                    

Keluar dari workshop Yusman di pinggir bandar Klang, Widya terus memandu pulang ke Setia Impian. Kali ini dia dapat hindarkan diri dari dipaksa Redza untuk makan malam bersama kerana dia memandu sendiri.

Beberapa sampul surat yang terdapat dalam post box, Widya bawa masuk ke dalam.
Bil-bil lagi? Dia campakkan kesemuanya di atas meja kopi dan menyandar lemah di sofa.

Kebelakangan ini Widya sedar, belanja bulanannya kian meningkat. Duit simpanannya juga semakin menyusut. Nak harapkan pendapatan dari yuran bulanan para pelajar di Kiwi arts studio pun, cukup-cukup untuk membayar tenaga pengajar sambilan, sewa kedai dan segala alatan melukis.

Itu belum lagi dia memikirkan kos minyak dan juga maintenance kereta buruknya yang selalu meragam. Tadi pun, abang Yusman menyerahkan bil berharga RM1,200.00. Widya hanya mampu menyerahkan tiga ratus ringgit yang ada dalam beg duitnya.

Harus? Bagaimana mahu meneruskan hidup untuk hari-hari mendatang?

Beg silangnya, Widya capai. Dia mendaki tangga ke bilik. Mujurlah dia masih bertuah kerana punya tempat tinggal. Rumah besar ini adalah peninggalan daddy yang sudah dibayar sepenuhnya sebelum daddy meninggal dunia.

Payahnya sebuah kehidupan tanpa tempat bergantung!

Selesai mandi, Widya hempaskan tubuhny ke katil. Fikirannya kusut dengan masalah kewangan yang kian meruncing.

Lengan, Widya labuhkan ke atas dahi. Pernah juga terlintas di kepala, mahu menjual rumah daddynya dan membeli rumah lain. Tak kisahlah sekecil mana asalkan ianya selesa untuk dia tinggal berseorangan. Tapi.... inilah satu-satunya harta peninggalan orangtuanya. Apa lagi yang kenangan yang boleh dia simpan?

Dalam mengelamun itulah, telefon bimbitnya berdering. Melihat nama di skrin, serasakan malas untuk dia menjawab.

Bila deringan kali ke-dua kedengaran, barulah Widya menguis butang hijau.

"Hello...."

"Widya... you dah sampai rumah ke? Kenapa lambat pick-up my call?"

"Sorry, saya baru siap mandi."

"Oh.... I risaukan you. Bimbang jugak kalau-kalau kereta you ada masalah lagi."

"No... My car okey je. Saya dah selamat pun sampai rumah. Okeylah, saya nak berehat, see you around,"

"Widya... wait!"

"Apa lagi yang awak nak, Redza? Kalau pasal hutang saya dengan Yusman, hujung bulan nanti saya cuba settle,"

"Bukan pasal bayaran repair kereta you. Ini pasal tawaran I. You dah fikirkan ke?" Redza dapat menangkap keresahan hati Widya yang kekurangan duit. Hujung bulan baru nak cuba settle? Hmmmm....

"Oh... about that, saya belum decide apa-apa lagi." Memang dia lupa terus akan harga yang tak masuk akal Redza tawarkan.

"I can feel you need money to survive,"

"Eh! Mana ada? Saya tak pernah cakap macam tu pun? Tadi... saya tak sempat pergi ATM, sebab tu saya bayar tiga ratus saja. Esok lusa, saya pergi bayar lah." Dalih Widya.

"Don't lie to me, Widya. Baru sekejap you bagitahu hujung bulan nanti, you mahu settle hutang you pada Yusman. Now, cerita you dah lain pula."

Terdiam Widya. Dalihnya memakan diri sendiri.

"Are you still there?"

"Yeah, I'm listening." Widya menjawab lemah.

"Take my offer. I promise, you won't regret it." Pujuk Redza penuh berhemah. Dia tahu, Widya dalam kesempitan dan haruslah kesempatan yang ada dia gunakan sebaik mungkin.

"Kenapa kena pergi rumah you? Can we just meet somewhere else? At cafe for example?"

"My house, 8.00pm. Take it or leave it. I'm sending you my location now." Panggilan diputuskan.

Seketika kemudian, notifikasi di watsapp pula berbunyi.

Widya menelitinya. Suria Alam U10? Ini kawasan baru. Haish... harap-harap esok petang dia tak sesatlah.

Lantas jari jemarinya menaip.
<<Will be there to pursue your offer>>
Widya mengeluh perlahan. Tidak pasti adakah keputusan yang dia buat ini bakal menyelesaikan masalah atau membelitkan lagi keadaan?

ESCORTWhere stories live. Discover now