Part 49

6.6K 180 3
                                    

Malam itu, Widya kembali ke rumahnya ketika jam sudah melewati pukul 9.00 malam. Berbagai perkara yang dibincangkan bersama Maslina sepanjang hari ini mengenai Kiwi Arts Studio. Demi Redza, Widya turuti segala rancangan Redza demi untuk memajukan bisnes hasil titik peluh mendiang mamanya.

Lot hujung di bangunan yang sama dengan studionya, bakal dijadikan tempat baru untuk para pelajarnya mengikuti kelas senilukis. Widya pula bakal meenerajui galeri dan art class di Setia Alam Mall.

Pintu pagarnya dia buka luas dan kembali ke keretanya. Tangan Widya baru saja menyentuh pemegang pintu, terkejut apabila ternampak bayang-bayang tubuh seseorang di cermin kereta.

"Wid!"

Segera Widya berpaling. Terkejut! Macamana abang tirinya boleh meencari dia sehingga ke rumah?

"You nak apa sampai cari I dekat sini? Tak cukup ke lagi you buat kecoh malam tu?" Widya mengingatkan Iqbal tentang perlakuan kurang warasnya ketika di pub.

"Abang datang ni, atas permintaan Uncle Wildan. Dia nak jumpa Wid. Tentu Wid dah tahu pasal saham syarikat milik Wid dari Maslina."

"Sorry, kalau pasal hal tu..... I tak berminat. Dan ... I tak nak jumpa dia." Widya buka pintu keretanya luas dan ingin membawa keretanya masuk ke bawah porch.

Tak semena-mena Iqbal menekan punat enjin.

"Apa ni, abang???" dalam marah, Widya tersasul memanggil Iqbal 'abang'. Gelaran yang sudah bertahun dia tinggalkan.

"Jangan degil Wid. Abang nak Wid ikut abang sekarang."

"Tak nak!" Widya cuba tarik lengannya semula tapi Iqbal tidak peduli dengan rontaan Widya. Tak dapat pujuk, dia harus menggunakan paksaan kasar.

"Leave me alone!" jerit Widya tapi tubuh Iqbal yang dua kali ganda besarnya dari tubuh Widya, mudah saja dia di heret ke bently hitam yang sudah menunggu.

Iqbal menolak tubuh kurus Widya ke tempat duduk belakang. Malangnya, Widya berkeras cuba keluar dari kereta mewah itu. Iqbal mengah dengan rontaan Widya yang berkali-kali memukul dadanya.
"Joey!!!" Iqbal meminta bantuan yang dari tadi menunggu di sisi pintu pemandu.
Lelaki yang dipanggil Joey itu mengeluarkan sehelai sapu tangan dan menekup hidung Widya.

Semakin kuat rontaan Widya bila dia tak dapat bernafas.
Bau apa ni? Sangat menyakitkan rongga hidungnya. Sekejap saja, baunya meresap hinga ke kawasan mata, Widya akhirnya lemah dan dia longlai dalam pelukan Iqbal.

"Cari kunci dalam beg dan kunci kereta dan pagar rumah dia sekali." Arah Iqbal dan Joey menurutnya dengan pantas. Dia pun tak mahu berlama-lama di situ. Bimbang terserempak dengan jiran Widya dan nampak apa yang mereka lakukan.

♡♡♡♡♡♡♡♡
Widya buka mata. Kepalanya terasa berat sekali. Dalam kerutan di dahi, dia cuba mengingati di mana dia berada sekarang? Mengapa persekitaran bilik ini terasa begitu asing? Ini bukannya bilik Redza atau biliknya di rumah daddy?
Apa yang sudah berlaku?

"Morning!"

Widya menoleh.
"Hah? Iqbal?"
"Where am I? What have you done to me?" Wildad mengintai di dalam gebarnya. Leganya bila mendapati dia masih berpakaian lengkap.

Iqbal senyum mengejek melihat kelakuan Widya yang acah-acah gadis baik.
"Abang tak ada buat apa-apa pun."

"Tapi you dah kidnapped I tau? I boleh report polis."

"Atas tujuan apa? Polis pun tak dapat buat apa-apa kalau tahu yang abang bawa Wid pada Uncle Widya sendiri."

Widya mendengus.
"I nak balik."

ESCORTWhere stories live. Discover now