Part 6

11K 286 6
                                    

Pin! Pin!!!!

'Gerangan siapakah yang memekak di pagi hari ni? Aku mengantuklah!!'
Sebiji bantal di sisi, Widya tarik lalu menekup kepalanya.

Bunyi hon berhenti, tapi berganti pula dengan irama lagu kegemarannya di telefon bimbit.

Huarghhh!! Ada lagi yang mengacau! Tangannya meraba handphone di meja sisi katil.
"Hel..llo..." suara seraknya menjawab tanpa memeriksa nombor di skrin.

"Cik adik.... belum bangun tidur ke? Dah dekat tengahari ni..."

"Awak siapa? Salah nombor lah!" marahnya. Mata sudah dipejamkan semula.

"Widya! It's me, Redza!"

Hah? Terloncat dia dari pembaringan. Terus duduk tegak di atas katil.

"Aa.... wak?"

"I ada depan pintu pagar rumah you. Jom.... breakfast? Or... should I ask, would you join me for brunch?"

Widya turuni katil dan menginjak ke balkoni bilik utama. Membuka pintu gelangsar dan dia menjenguk ke bawah. Memang benar, BMW hitam yang ditumpanginya malam tadi ada di depan pintu pagar.
Bagaikan terpanggil, Redza juga mendongak ke atas. Kelihatan olehnya seorang perempuan muda yang masih lagi mengenakan pijama tidur berdiri di tepi palang balkoni memegang telefon bimbit. Sahlah itu Widya.
Wah! Anak pembantu rumah tidur di bilik utama? Tak mungkinlah!

"Saya... er...saya belum mandi. Awak nak tunggu ke?" lupa semalam dia ber'saya'- 'you' dengan Redza.

"Cepatlah! I tunggu. I tahu, you tak ada transport untuk keluar cari makanan. I pulak... free hari ni."

"If you say so. Bagi saya dua puluh minit," mencicit Widya masuk ke dalam semula dan mencapai tuala.

Tepat dua puluh minit kemudian, Widya membuka pintu depan rumahnya. Redza mengerling jam ditangan. Memang menepati masa betul!

"Okey... I'm ready." Beritahu Widya selesai mengenakan tali pinggang keselamatan.

Redza senyum sahaja. Mandi ala-ala P.Ramlee je ke dia ni? Tapi... harumana shower foam yang manis menerjah ruang keretanya.

"Kenapa tenung saya macam tu?"

"Nothing!" balasnya sepatah lalu dia memulas sterengnya naik ke lorong bertar semula.

"Awak nak bawak saya ke mana hari ni?"

"You suka makan apa?" soalan Widya, Redza balas semula dengan soalan.

"Nasi." Laju Widya menjawab tanpa perlu berfikir panjang.

"Okey... kita makan nasi. Sebelum tu, I ada banyak soalan nak tanya dan you.... wajib menjawabnya."

"Anything?"

"Betul ke your parents tak ada dekat rumah?"

"Yes....they'd gone."

"Where?" ringkas jawapan Widya, ringkas juga soalannya.

"Kenapa nak tahu?"

"Malam tadi you kata I belum kenal you sepenuhnya. Jadi.... it's time to know you better."

"Saya rasa, tak perlulah awak ambil tahu pasal saya. Tak penting pun....." Widya memberi alasan. Dia tak perlukan simpati dari sesiapa.

"Penting kalau you mahukan semula kereta you tanpa bayaran. Atau.... you suka kalau I jadi driver you setiap hari? You tumpang kereta I, ke mana saja you nak pergi, I hantar."

"What? No!"

"So.. tell me. Where were your parents. I hate liars."

"Dua-dua dah tak ada." Widya menjawab dengan nada yang dengar tak dengar.

"Say it again? I tak berapa dengar."

"Both of them, died."

Tersentak kecil Redza.
"You mean, you lived there by yourself. Alone?"

Widya mengangguk. Memang begitulah nasib dirinya yang sudah menjadi yatim piatu di usia yang masih muda.

"What do you do for living?"

"Work."

"What kind of job?" Redza masih tak puas hati. Umur 19 tahun dengan tiada diploma atau ijazah, bagaimana Widya mampu hidup sendirian?

"Any kind. Asalkan boleh buat duit."

"Buat duit dengan jual tubuh you?" gadis cantik seperti Widya tak mustahil jadi GRO untuk mendapatkan pulangan yang lumayan. Tinggal pula di kediaman mewah. Boleh jadi juga Widya ini perempuan simpanan lelaki kaya?

Widya jegilkan mata.
"Saya masih tahu di mana letaknya maruah saya."

Redza ketawa kecil. Maruah? Di era canggih ini ada lagi perempuan yang masih mementingkan soal maruah?
Malam tadi, Widya menuduh dia menjual orang. Jadi, tak salah kan? Kalau dia juga membuat tafsiran sebegitu ke atas gadis cantik di sebelahnya ini?

ESCORTWhere stories live. Discover now