Awal pagi Widya ke Kiwi Arts Studio. Entah mengapa Kak Mas menelefonnya malam tadi menyuruh dia ke studio hari ini. Beritahu Kak Mas, ada tetamu penting mahu berjumpa Widya. Bila Widya bertanya siapa tetamu itu, Kak Mas hanya ketawa. Katanya rahsia dan menyuruh Widya berjumpa dengan mata sendiri.
"Widya Aruna!" seseorang melaungkan namanya dari jarak jauh sewaktu dia hendak menutup pintu keretanya. Dia kehairanan. Tak pernah lagi orang yang dia kenali memanggilnya dengan nama penuhnya. Tidak Fiqri dan bukan juga Redza. Inikah dia tetamu yang Kak Mas maksud kan?
"Ya?" dia memusingkan tubuhnya apabila terasa bahang tubuh seseorang di belakangnya.
Berkerut dahinya serta-merta. Bukan
Widya tidak ingat akan wajah lelaki yang saling berhadapan dengannya ini. Tapi... setelah sekian lama, kenapa baru sekarang dia muncul?"Wid......" panggil Iqbal dengan nama pendek pula. Takkan Widya sudah melupakan dia?
"Ab.... er... apa you buat kat sini? Ada appointment dengan Maslina ke?"
"Siapa Maslina? Abang baru je lepas sarapan dengan kawan abang kat restoran kat sana tu. Tiba-tiba ternampak Wid. Wid apa khabar sekarang? Dah lama kita tak jumpa, kan? Wid dah besar dan makin cantik," sedih hatinya kerana Widya sudah tidak pandai ber'abang' dengannya.
Widya hela nafas perlahan. Jadi, anak tiri kepada papanya ini bukanlah tetamu Kiwi Arts Studio.
"Haah, dah lama. Er... maaf, I ada appointment sekejap lagi. I pergi dulu...""Tunggu sekejap boleh tak? Boleh abang dapatkan nombor Wid?"
"Tak payah la kot. Sejak papa pergi, kita dah tak ada kaitan apa-apa lagi. You... ada life sendiri dan kalau boleh lepas ni, kalau kita terserempak kat mana-mana, anggap je kita tak pernah kenal."
"Kenapa ni, dik? Abang ada buat salah apa-apa ke dekat Wid? Lagi satu, Wid kerja apa sampai boleh pakai kereta mahal macam ni?"
"Kerja sendiri, uruskan art studio mendiang mama. Okeylah, I betul-betul kena pergi sekarang. Sorry," remote kereta Widya picit lalu melepasi tubuh Iqbal yang seakan payah untuk melepaskan dia pergi."
"Abang nak Wid kerja dengan abang. Kerja di company arwah papa." Pinta Iqbal. Widya juga ada hak ke atas syarikat arwah bapa tirinya.
Terhenti langkah Widya seketika.
"Sejak papa tukar agama dan kahwin dengan mama you, I anggap papa I dah mati." Lalu, langkah pincangnya tadi, dia teruskan ke koridor bangunan lot kedai dan menuju ke tangga untuk ke Kiwi Arts Studio. Mungkin Kak Mas sudah lama menunggunya."Morning Kak Mas," dia terus menyapa Kak Mas yang baru habis bercakap di telefon.
"Ha... baru sampai ke? Nasib baik our guest lewat sikit. Katanya sangkut jammed."
Widya sengih. Kebetulan pula. Dia tersangkut juga dekat bawah tadi. Tersangkut disoal siasat bekas abang tirinya Iqbal Hazwan.
"Siapa yang nak datang sebenarnya kak Mas? Apa cerita? Pukul 11.00 nanti kita ada kelas. Sempat ke?"
"Kalau mereka lambat, Wid ajak lah mereka ke mana-mana restoran. Bincang dekat sana,"
"Mereka? Ramai ke tetamu kita?"
"Dua orang je. Katanya investor yang berminat dengan studio ni."
"Investor? Isyhhh, tak mungkinlah!" agak susah Widya mahu percaya. Dia bergerak ke sudut pantry untuk membancuh minuman panas.
"Percaya atau tak, Wid kenalah hadap sendiri. Ha... panjang umur. Kak Mas rasa, mesti Wid suka bila nampak dia nanti." Kebetulan pula, loceng pintu berbunyi. Maslina terus bangun dari kerusi dan membuja pintu.
"Sila masuk Tengku Redza,"
Dengar tak dengar saja nama yang disebut Kak Mas. Betul ke Kak Mas menyebut nama Redza?
Kak Mas iringi dua lelaki ke sofa tetamu.
"Have a seat. Saya panggil Cik Widya,"Tak perlu memanggil, Widya sudah tercongok di situ. Tercengang dan keliru. Hampir dua minggu tak bersua, tiba-tiba saja Redza muncul di studionya. Malam tadi, Redza berbual rancak di telefon. Tak adalah pula dia memberitahu tentang kedatangannya hari ini. Betul-betul suprise!
"You?"
Redza senyum dan mengangguk.
Maslina geleng perlahan. Patutlah Widya sanggup serahkan tubuh pada Tengku Redza Naufal. Memanh handsome sungguh!
Tengok dari penampilan saja, dia tahu lelaki keturunan kerabat ini kaya raya. Mana taknya, sanggup membayar Widya sepuluh ribu hanya untul menemankan dia bercuti ke Krabi.
Dunia! Dunia!
YOU ARE READING
ESCORT
RomanceAKU BUKAN PEREMPUAN SIMPANAN Sinopsis : -Widya Aruna Willis - Dia terlalu muda untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Terlalu lurus hingga tidak sedar ada 'pemangsa' yang cuba mengintai peluang atas kesempitan hidupnya tanpa tempat bergantun...