Part 71

3.4K 88 1
                                    



Wajah muram, Iqbal bawa masuk ke biliknya selepas gagal menenangkan hati Dhiya yang sedang marah. Sudah tentulah kekasihnya itu salah faham. Siapa-siapa pun akan tersalah tafsir jika ternampak dua manusia berlainan jantina berpelukan erat seperti tadi.

"Mana dia? Your girlfriend merajuk ke?" 

Iqbal memaksa senyuman tawar buat adik tirinya.

"Tak mengapalah! Nanti, pandai-pandailah abang pujuk dia. Hadiahkan dia bunga dan ceritakan apa hubungan Wid dengan abang,"

"Tapi, kita tetap bukan ada pertalian darah. Ibu-bapa kita lain-lain. Macamana pun, mesti dia cemburu jugak. Macam abang jelous Wid dengan Redza? Lagi teruk sampai bertumbuk!" Widya mengungkit kejadian di pub tempohari.

Bertambah kelat senyuman Iqbal. "Wid nak abang mintak maaf dengan Redza? Abang tak rasa yang Redza boleh maafkan abang,"

"Tak payah panjangkan ceritalah abang, Redza pun dah tak sebut pasal kes tu lagi,"

"Redza dah tak sebut lagi? Wid masih bercinta dengan dia? Redza kan, dah kahwin? Abang dapat tahu yang Nelly Zehra tengah mengandung."

Widya diam sejenak. Apa Iqbal fikir, Redza akan buang dia lepas bergelar suami orang? Oh tidak sama sekali! Buktinya, pagi ini Redza masih lena di atas katil empuk bilik Widya sewaktu dia meninggalkan apartmentnya.

"Wid datang sini bukan nak dengar abang lecture pasal cinta Wid dengan Redza. Wid datang nak tahu tentang saham Wid dalam syarikat daddy Wid ni. Uncle Wildan cakap, bila umur Wid masuk dua puluh satu tahun, Wid berhak ke atas semua saham Wid. Hanya tinggal beberapa bulan je lagi......"

"Jadi, Wid datang sini hanya untuk saham-saham Wid? Kenapa? Wid rasa, Redza akan tinggalkan Wid lepas anak dia lahir?" Iqbal menuju ke mejanya lalu duduk bersandar dengan selesa di kerusi tinggi.

"Tak salah kalau Wid bersedia dari awal, kan? Macam abang cakap tadi, kemungkinan Redza akan buang Wid. Jadi... Wid nak pastikan yang galeri Wid selamat sebelum Redza rampas kesemuanya.

"Hurmmmm...." Iqbal terdiam lama. Betul juga kata-kata adik tirinya ini. Tak mustahil Alampuri Marketing akan ambil-alih Kiwi Art Gallery suatu masa nanti. Tengku Redza punya pemikiran lain macam. Sebab itu dia mampu jadi ahli perniagaan yang berjaya sama seperti arwah papanya, Tengku Redzuan.

"Kalau galeri Wid jatuh ke tangan Alampuri sekalipun, Wid tetap boleh bekerja dengan Geogis. Inikan, syarikat daddy Wid jugak?"

Widya geleng kepala perlahan-lahan. "Wid tak minat kerja dalam pejabat. Arts and paintings dah sebati dalam diri Wid sejak Wid kecil. Wid yakin abang dan Uncle Wildan boleh uruskan syarikat daddy dengan baik. Wid tak nak apa-apa. Wid cuma nak beli semula Kiwi Art Gallery dekat Setia Mall dan juga arts studio Wid dekat Setia Prima dari Alampuri Marketing."

"Suatu masa nanti, Uncle Wildan akan pulang ke Sulawesi. Yang dia harapkan, Wid bakal ambil-alih tempatnya."

"Tak mahulah! Lebih baik Wid serahkan bisnes pada abang sebab abang lebih berhak. Wid o.k. dengan bahagian kecil yang Wid ada. Sekali-sekala Wid akan datang sini jumpa abang. Itupun, kalau girlfriend abang tak cemburu la..." Widya ketawa kecil setelah menghabiskan ayatnya.

"Sebenarnya, tak lama lagi kami nak bertunang. Kalau Wid tak keberatan, Wid boleb ikut sekali dalam rombongan pihak abang,"

"Tak payah kot! Dari dulu, mama abang tak pernah suka Wid. Mesti dia tak nak tengok muka Wid. Anyway, congratulations!"

"Mama abang dah lumpuh sebelah badan, Wid. Dia hanya terlantar di katil." Iqbal bersuara sayu. Sedih mengenangkan keadaan mamanya yang dulu sihat dan gah dengan kekayaan yang dia miliki setelah berjaya mengahwini Willis Wilson.

"Sorry to hear that," mulut menzahirkan simpati. Dalam hati Widya sebaliknya.

'Padan muka kau!' getusnya.

Itu balasan untuk kau kerana buat mummy aku merana hingga ambil keputusan nekad membunuh diri. Dan dia pula, kehilangan seorang ibu dalam sekelip mata. 

ESCORTWhere stories live. Discover now