Part 18

10.9K 270 3
                                    

Siap menukar pakaian, Widya mendapatkan clutch miliknya yang terletak bersebelahan sampul surat berisi wang tunai.

Purse kecil ada di dalam, tapi... mana pula handphone? Dia menyangka, ianya berada di tempat yang sama dengan purse miliknya sekali.

Fikir Widya..... fikir!
Berkerut dahinya cuba mengingati di mana dia cicirkan barang penting masakini itu.

Alamak, poket jeans! Jeans yang dia pakai pagi tadi, yang terbenam sekali ke dalam kolam renang. Widya bergegas masuk ke dalam kamar mandi. Matanya melilau ke serata bilik kecil itu. Di mana pakaiannya yang sudah lencun pagi tadi?

Kecewa apabila tidak menjumpai barang yang dicari, Widya keluar dari bilik dan turun ke ruang tamu. Berhenti sekejap di tengah-tengahnya. Laluan manakah arah ke dapur? Susah juga berada dalam rumah besar. Sampaikan ruang dapur pun terpisah.

"Cik Widya cari apa?"

Kus semangat! Dalam tercangak-cangak itu, Yazid menegur. Tapi, cukup buat Widya merasa lega. Orang yang mahu dia bertemu, muncul di depan mata.

"Yazid, you tahu tak, dekat mana pakaian basah I pagi tadi? Maksud I, jeans yang I pakai masa lemas dalam pool. My phone ada dalam poket."

"Oh ya ke? I rasa, pakaian Cik Widya tukang cuci sudah bawa ke laundary. I boleh tolong pergi tengok."

"I ikut," berdebar-debar dada Widya. Harap-harap telefonnya tidak dihumban ke dalam mesin basuh!

"You nak ikut Yazid pergi mana?" satu suara lain pula menegur.

Widya berpaling. Terpegun dengan penampilan Tengku Redza Naufal. Kemeja denim tak berbutang, di bahagian dalam T-shirt putih digandingkan dengan jeans hitam. Juga, boot sneakers berwarna putih dan hitam melengkapkan gaya kasual lelaki kacak itu. Tak berkelip mata Widya.

"Hello...." jari, Redza petik beberapa kali di depan mata Widya. Dah kenapa dengan gadis ini?

"Oh! Apa you tanya tadi?" termalu Widya dengan kelakuannya.

"I tanya... you nak ikut Yazid ke mana?"

"I er.... ha! My phone! I lost my phone. Dalam poket jeans pagi tadi."

Redza keluarkan telefon kecil milik Widya dari poket seluarnya.
"This one? But sorry.... dah masuk air, Tak boleh diselamatkan lagi."

"What?" terus berubah riak wajah Widya. Itulah satu-satunya peranti komunikasi yang dia ada. Macamana dia mahu berhubung dengan orang lain?

"You dah siap nak keluar?"

Widya angguk. Walau sedih, dia terpaksa juga terima hakikat yang telefonnya sudah jahanam. Duit upah 'escort' Redza yang belum dia terima sudah punya manafaatnya. Sebuah telefon baru!

"Come, kita keluar awal sikit. I'll get you a new phone," habis saja ayat yang keluar dari bibirnya, tangan Redza sudah mencapai lengan Widya.

"Wait, I nak naik ambil kasut." Tunduk merenung selipar tidur yang nipis yang tersarung di kakinya. Tak kan mahu ke lounge dengan ini?

@@@@@

Dari cermin kereta, Widya mendongak ke papan tanda Pub & bistro 'THE ONE NIGHT STAND – Livehouse & Lounge'. Macam berjanji-janji pula nama tempat lepak Redza dengan keadaan diri Widya.
'One Night Stand' hurm....

"Okey... kita dah sampai." Hampir 9.30 sekarang ini. Eloklah dia dan Widya makan malam di lounge. Sebelum ini, dia bawa Widya ke kedai telefon menggantikan handphone Widya yang sudah kong! Lama jugalah Widya ambil masa untuk memilih. Rambang mata Widya melihat bermacam-macam jenama. Sehingga Redza sendiri yang membuat keputusan kerana dialah yang membayarnya walaupun Widya menolak dengan keras.

"You kaki clubbing ke?" duga Widya.

"Not so, so. I tak suka tempat penuh sesak. I lagi prefer relaxing lounge like here. You know.... I'm a jazz lover."

"Tak tanya pun?" usik Widya.

"Naughty!" jari Widya dalam genggamannya di bawa ke bibir lalu digigit kecil.

"Auwww.. sakitlah!" Widya menjerit halus

Tergelak Redza.
"Itu balasan untuk mulut nakal you,"

Mereka sudah memasuki lounge. Tidak ramai mana pengunjung malam ini. Maklumlah, hari bekerja. Kalau malam minggu, penuh meja.

Redza tarik kerusi untuk Widya. Seketika kemudian, seoramg waiter menghampiri meja mereka dan menghulurkan menu. Redza langsung memesan makan malam untuk dirinya dan Widya sekaligus.

Seorang penyanyi wanita sedang menyanyi dengan iringan sebuah band di atas pentas. Dan tentulah Widya dan Redza menikmati setiap persembahan dengan tepukan gemuruh sebaik sahaja setiap lagu habis didendangkan. Hilang sebentar permasalahan yang menghimpit jiwa Widya untuk seketika. Betul kata Redza, tempat ini sangat-sangat menghiburkan.

@@@@@

Pub hampir tutup, barulah mereka pulang ke banglo Redza semula. Melewati tengah malam begini, Suria Alam sudah sunyi sepi. Kenderaan juga jarang-jarang kelihatan.

"Enjoyed yourself?"

"Very much," balas Widya bersama senyuman. Dia rasa lega bila Redza tak memesan apa-apa minuman keras di lounge tadi. Kalau Redza mabuk, berani ke dia memandu kereta Redza? Isyh.. kalau apa-apa terjadi, siapa mahu bayar ganti rugi?
"Nah!" sekeping debit card, Redza hulurkan sesudah dia melepaskan tali pinggang keledar.

"Kad debit siapa ni?"

"I punya. Sebab I tak ada cash money lagi, I dah transfer dua ribu ringgit. Pin number, ada belakang kad tu. Make sure you tak hilangkannya."

"Lepas tu, I kena pulangkan semula?"

"No need. Apa kata kita buat deal. Kalau.... I perlukan you temankan I ke mana-mana function, I bank in dulu sebelum kita berjumpa."

"Hah? Maksud you? Ada lagi next time?"

"There is always next time. Kita masuk rumah dulu. We need to discuss about it." Central lock, Redza lepaskan.

Widya termanggu-manggu. Betullah Redza ini jelmaan Christian Grey di alam realiti.

ESCORTWhere stories live. Discover now