Part 66

3.3K 80 6
                                    

"Good night, Widya. Hope you selesa tidur dalam bilik kecik ni." Harraz iringi Widya sehingga ke depan bilik paling belakang. Bilik-bilik lain sudah penuh dan Harraz tak mahu Widya berkongsi bilik dengan Effa dan Wardah. Bimbang lebih banyak lagi bakal isteri kepada sepupu-sepupunya mencungkil tentang hubungan 'palsu' mereka.

"Good night to you too. Thanks bawak I jalan-jalan tadi."

"No... thanks to you for one sweet day ahead. Especially, that yours was the best kiss I've ever had in my life."

"Oh really? Yang ke berapa?" soalnya sinis.

"Sorry?" Harraz tak berapa faham dengan apa yang Widya tanyakan.

"How many girls have you romantically kissed so far?"

"Widya......" barulah Harraz sedar yang Widya mempermainkan dia.

"Gotcha!" Widya tergelak-gelak. Terhibur dengan wajah Harraz yang kelihatan geram.

"That's very naughty of you," omel Harraz lalu tapak tangannya pantas memaut leher Widya mendekatinya. Harraz kucup bibir sexy Widya sekali lagi menggantikan ucapan 'see you tomorrow'.

"Ehemmm!"

Sergahan di belakang menamatkan keasyikan mereka. Harraz berpaling ke belakang dan Widya cepat-cepat buka pintu bilik yang bakal dia tiduri. Malu tak terkata. Lupa yang bukan hanya mereka berdua bermalam di banglo yang mempunyai 5 bilik kesemuanya.

"Apa? Kacau je lah kau ni!" Harraz kononnya marah tapi dia tetap bersyukur. Kalau tak kerana Najmi yang muncul, kemungkinan aksi dia dan Widya tadi bakal bersambung di dalam bilik.

Najmi ketawa.

"Bilik kau kan ada? Kenapa tak heret je Widya masuk bilik kau?" saja dia memerli padahal dia tahu Harraz bukannya berani mahu buat begitu.

"Kau gila? Nak kena pelangkung dengan bonda aku?"

"Tau pun takut!" sengih Najmi. "Nasib baik aku yang lalu sini. Kalau Hasya, mau gegak gempita satu rumah." Najmi sambung gelak.

"Ya ... nasib baik!" Harraz menjawab perlahan lalu bergerak melepasi tubuh Najmi untuk ke biliknya.

%%%%%%%%%%%%

Sebelum menuruni Bukit Fraser, Harraz membawa Widya makan tengahari di Aida Daniya Tea House. Cantik pemandangan dari teres yang mereka duduki. Di bawah ada taman buatan ditumbuhi pokok-pokok bunga pelbagai warna.

Terasa nyaman sekali apabila dalam cuaca sejuk begini, dapat menikmati fish & chip dengan creamy sauce ditambah dengan minuman English tea. Scones di kaunter juga menyelerakan tapi disebabkan sudah pun merasainya ketika di Rompin House, tak jadi Widya memesannya.

"Harraz, I hope you're not telling Redza pasal malam tadi." Mohon Widya. Tak suka jikalau bakal ada sengketa di antara dua sepupu itu.

"Kenapa tak boleh? You takut Redza akan tinggalkan you? Sooner or later, Redza tetap akan buang you selepas dia dapat anak. Selepas anak kandung Redza lahir, semua harta peninggalan arwah Tengku Redzuan akan jadi milik Redza sepenuhnya. "

"I tak percaya. Redza janji tak akan lepaskan I." Widya cuba mempertahankan lelaki itu walaupun dia terkejut mendengar satu demi satu rahsia yang diungkap Harraz.

Siapa dia untuk menyalahkan Redza yang tak pernah berterus-terang?

Telah berkali-kali Widya yakini diri. Hakikat yang dia hanyalah 'Escort Girl' yang dibayar Redza apabila khidmatnya diperlukan! Dia tak layak untuk masuk campur dalam urusan peribadi Redza.

"You masih muda, Widya. Masih mentah nak faham tentang janji lelaki. Especially a womanizer like him."

"Apa bezanya you dengan Redza? Sama saja, kan?"

"Macam yang I pernah cakap dulu, I tak ada mistress macam Redza."

Widya gelak sinis.

"Maksudnya, you tidur dengan mana-mana perempuan for free? You lagi keji dari Redza. At least Redza bayar I banyak atas khidmat I."

"Siapa kata I pernah tidur dengan mana-mana perempuan? You je yang suka-suka buat andaian."

"What? I tak percaya."

"Up to you nak percaya atau sebaliknya? Susah untuk lelaki nak membuktikan mereka masih teruna. Lainlah perempuan. You know what I mean....."

Widya tunduk. Segan bila Harraz seolah menyelarnya yang dia sudah hilang 'dara'.

"But you kissed me like you –,"

"Kiss is just a kiss, Widya." Harraz pandang sekeliling bagi memastikan tiada pelanggan lain berhampiran meja mereka.

"You dah habis makan? Kita borak lagi pasal ni dalam kereta nanti," Harraz rasa kurang selesa membicarakan tentang hubungan nafsu di tempat terbuka begini.

Widya angguk dan menunggu seketika Harraz membayar bil di kaunter. Kemudian, mereka beriringan ke Ford Ranger hitam yang diparkir di hadapan restoran.

ESCORTWhere stories live. Discover now